83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

21 Januari 2019          Analisis Mingguan

 

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Januari 21 – Januari 25

Reviu Pasaran (Forex): Januari 14 – Januari 18

US Dollar

Dolar AS telah melanjutkan pemulihannya dari paras rendah sementara menutup dagangan minggu lepas di 95.95 berbanding dengan sebakul enam mata wang utama yang lain.

Dolar AS telah menerima permintaan yang tinggi di dalam pasaran berikutan dengan sentimen positif terhadap rundingan perdagangan diantara AS dan China serta data ekonomi yang optimistik dari rantau tersebut. Menurut kepada beberapa laporan media, kedua-dua negara tersebut sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk menyelesaikan masalah perdagangan sebelum lawatan Timbalan Perdana Menteri China Liu He ke Washington pada akhir bulan nanti. Ia juga telah dilaporkan bahawa kerajaan Trump sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk memansuhkan tarif yang dikenakan pada China pada tahun lepas dan ia boleh mengurangkan ketegangan perdagangan dengan lebih lanjut.

Selain itu, dolar AS telah menerima sokongan bullish yang lebih lanjut berikutan dengan pembebasan laporan ekonomi dari Philadelphia Fed. Bagi bulan Januari, Philadelphia Fed Manufacturing Index telah melonjak ke paras 17.0, lebih tinggi berbanding dengan ramalan ekonomis iaitu 9.7. Tambahan pula, kadar initial jobless claims telah susut ke paras 213,000, paras yang terendah di dalam tempoh lima minggu. Keputusan data tersebut memberikan pandangan bahawa pasaran buruh di AS adalah masih kukuh. Namun, keuntungan yang dialami oleh dolar adalah terhad berikutan dengan isyarat dovish yang disampaikan oleh beberapa pegawai Fed yang menyeru untuk menghentikan pengetatan dasar berikutan dengan risiko kemelesetan ekonomi global.

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah melanjutkan keuntungannya semenjak awal minggu lepas sambil menutup niaganya di paras 109.73 pada hari Jumaat yang lalu. Aset safe-haven seperti Yen Jepun menerima tekanan penjualan yang ketara berikutan dengan kemungkinan penyelesaian perang perdagangan diantara AS dan China. Ia telah mendorong kepada permintaan yang tinggi ke atas aset berisiko seperti saham, bon dan mata wang asing serta mengurangkan pegangan pasaran ke atas aset safe-haven.

EUR/USD

Euro telah didagang dengan aliran menurun bagi sepanjang minggu lepas sambil menutup niaganya di paras 1.1360. Mata wang tunggal tersebut mengalami beberapa sesi penjualan yang ketara berikutan dengan penyusutan optimisme terhadap zon Eropah dari segi pandangan ekonomi jangka panjang. Walaupun beberapa pembebasan laporan ekonomi dari Jerman dan EU berada di dalam jangkaan, kegagalan data tersebut untuk memberikan sebarang pemulihan yang positif telah menjadi tanda tanya samada Bank Pusat Eropah (ECB) mampu untuk mengetatkan dasarnya pada musim luruh tahun ini. Oleh itu, para pelabur akan meneruskan pemantauan mereka ke atas data ekonomi yang lebih lanjut dari EU untuk melihat kemungkinan kenaikan kadar dari bank pusat tersebut.

GBP/USD

Pound sterling telah didagang dengan momentum yang ketara sambil menutup dagangan minggu lepas di kadar 1.2874 berbanding dengan dolar AS. Walaupun sterling menerima tekanan menurun pada hari Jumaat yang lepas, trend pada pasangan GBP/USD adalah masih bullish berikutan dengan optimisme yang tinggi ke atas penyelesaian Brexit yang bakal menjelang. Para pelabur sedang memberikan spekulasi ke atas undian Brexit kali kedua yang boleh membawa kepada pembatalan Brexit sama sekali.

Reviu Pasaran (Komoditi): Januari 14 – Januari 18

GOLD

Harga emas telah menjunam sehingga ke paras rendah di dalam tempoh seminggu sambil menutup niaga minggu lepas di kadar $1,281.27 se troy auns. Aset selamat seperti Yen Jepun dan emas telah menerima tekanan menurun yang ketara berikutan dengan pertukaran sentimen serta permintaan bagi aset berisiko di dalam pasaran. Pertukaran tersebut telah tercetus selepas beberapa laporan mencadangkan kemungkinan AS dan China untuk mencapai penyelesaian dalam masalah perdagangan dengan Washington mempertimbang untuk memansuhkan tarif ke atas Beijing. Namun, kerugian yang dialami oleh komoditi tersebut adalah terhad sementara para pelabur memberi fokus kepada perkembangan Brexit – acara berisiko tinggi yang boleh mencetuskan pergerakan ketara di dalam pasaran.

Crude Oil

Harga minyak mentah telah meneruskan aliran bullish pada minggu lepas sambil menutup niaganya di $53.92 setong. Niaga hadapan komoditi ini telah melonjak lebih daripada 3% pada hari Jumaat yang lalu selepas laporan memaparkan bahawa AS dan China sedang mempertimbangkan untuk mencapai konsesi sebelum lawatan Timbalan Perdana Menteri China Liu He ke Washington. Penyusutan dalam sentimen bearish pasaran telah meningkatkan permintaan bagi aset ini oleh kerana ia bergantung kepada pertumbuhan ekonomi global.

Tambahan pula, harga minyak mentah telah menerima sokongan menaik yang lebih lanjut berikutan dengan laporan optimistik dari Baker Hughes. Menurut kepada laporan yang dibebaskan, bilangan pelantar minyak yang aktif telah menurun sebanyak 21 ke paras 852 bagi minggu yang berakhir pada 11hb Januari 2019. Data tersebut telah mencatat penurunan minggu ketiga dalam bilangan pelantar minyak dan penyusutan yang terbesar semenjak bulan Februari 2016. Aliran menurun yang ketara ini mencadangkan kemungkinan untuk melambatkan pembekalan minyak domestik dan ia mampu membantu dalam mengurangkan kelebihan stok global bagi sementara waktu.

Sementara itu, pembebasan laporan bulanan dari Organization of the Petroleum Exporting Countries juga telah memberikan sentimen optimistik kepada pasaran. Menurut kepada laporan, OPEC mengulas bahawa pembekalan dari kartel tersebut telah menurun sebanyak 751,000 tong ke paras 31.6 juta tong bagi bulan Disember. Penyusutan tersebut adalah didorong oleh pengurangan sukarela serta masalah pembekalan dari Libya dan Syria.

Pandangan Mingguan: Januari 21 – Januari 25

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi fokus kepada beberapa acara berisiko dari Eropah seperti perkembangan Brexit di UK serta keputusan kadar faedah oleh Bank Pusat Eropah untuk melihat sentimen pasaran serta pandangan mereka. Selain itu, para pelabur juga akan memberi tumpuan kepada data utama dari AS yang bakal dilepaskan pada lewat minggu ini.

Bagi para pedagang komoditi minyak mentah, mereka akan memberi tumpuan kepada data inventori dari API dan EIA untuk melihat kekukuhan permintaan dari pengimport minyak yang terbesar di dunia.

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Januari 21 – 25

Isnin, Januari 21  

Data

CNY – GDP (QoQ) (Q4)
CNY – Industrial Production (YoY) (Dec)

 

Acara

GBP – UK Prime Minister May Speaks

 

Selasa, Januari 22 Data

GBP – Average Earnings Index +Bonus (Nov)

GBP – Claimant Count Change (Dec)

EUR – German ZEW Economic Sentiment (Jan)

USD – Existing Home Sales (Dec)

 

Acara

N/A

 

Rabu, Januari 23  

Data

NZD – CPI (QoQ) (Q4)

JPY – BoJ Interest Rate Decision

GBP – CBI Industrial Trends Orders (Jan)

CAD – Core Retail Sales (MoM) (Nov)

USD – Crude Oil Inventories

 

Acara

JPY – BoJ Monetary Policy Statement

JPY – BoJ Outlook Report

JPY – BoJ Press Conference

 

Khamis, Januari 24  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

AUD – Employment Change (Dec)

EUR – German Manufacturing PMI (Jan)

EUR – ECB Interest Rate Decision

USD – Initial Jobless Claims

USD – Manufacturing PMI (Jan)

USD – Markit Composite PMI (Jan)

USD – Services PMI (Jan)

 

Acara

EUR – ECB Press Conference

 

 

Jumaat, Januari 25

 

 

Data

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

EUR – German Ifo Business Climate Index

USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Dec)

USD – New Home Sales

CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

N/A