83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

21 Jun 2021                 Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Jun 21 –  25

Reviu Pasaran (Forex): Jun 14 – 18

US Dollar

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah melonjak susulan dengan  bank pusat Fed melancarkan nada hawkish mereka terhadap prospek ekonomi. Hasil perbendaharaan 10 tahun melonjak dengan ketara di tengah-tengah Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang mengisyaratkan kenaikan kadar dua mata pada akhir 2023 dan ia mendorong optimisme pasaran terhadap daya tarikan dolar AS. Indeks dolar telah menutup harganya pada sesi Jumaat lalu dengan harga 92.20.

 

Menurut kepada laporan kewangan Fed, jawatankuasa telah meramalkan bahawa prospek ekonomi AS untuk inflasi akan terus meningkat tahun ini, sementara pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan dijangka akan mencapai 7%. Selain itu, Fed juga membuat perubahan teknikal yang bertujuan untuk mengekalkan kadar faedah daripada jatuh terlalu rendah. Fed menaikkan kadar repo terbalik  bank pusat A.S. pada akhir mesyuarat dasar dua tahun. Sesungguhnya, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) menjangkakan bahawa kenaikan kadar adalah berkemungkinan pada tahun 2022 jika ekonomi AS pulih dengan ketara dan mencapai sasaran awal mereka pada kadar inflasi 2%. Nada hawkish seperti ini telah memberi isyarat bahawa Fed mungkin akan mulai membincangkan kemungkinan untuk mengurangi program pembelian bon bulanan mereka dan meletakkan jalan untuk meningkatkan kadar faedah dengan lebih tinggi di masa depan.

 

Namun, keuntungan yang dialami oleh Dolar AS adalah terhad dengan latar belakang data ekonomi yang menurun. Menurut kepada statistik terbaru, data Retail Sales A.S. dan U.S. Philadelphia Fed Manufacturing Index berada pada -1.3% dan 30.7, lebih teruk daripada jangkaan masing-masing pada -0.8% dan 31.5. Selain itu, data Initial Jobless Claims A.S meningkat dengan ketara daripada bacaan sebelumnya sebanyak 375K kepada 412K, yang juga lebih teruk daripada ramalan pasaran pada 359K. Pada masa ini, para pelabur akan terus memantau perkembangan yang terkini berkenaan dengan data ekonomi masa depan dan juga dasar kewangan Fed untuk mengukur pergerakan kemungkinan untuk dolar AS.

 

USD/JPY

Pasangan USD / JPY mendapat momentum kenaikan pada minggu lalu dan mengakhiri pasaran sesi Jumaat lalu dengan harga 110.20. Momentum kenaikan secara keseluruhan bagi pasangan ini adalah disebabkan oleh kenaikan dolar AS. Selain itu, Yen Jepun juga melanjutkan kerugiannya susulan dengan bank pusat Jepun memutuskan untuk mengekalkan dasar kewangan yang sangat longgar untuk mengurangkan kesan yang negatif dari pandemik Covid-19. Bank pusat akan terus menetapkan kadar faedah jangka pendek pada -0.1% sambil mengekalkan bon kerajaan Jepun 10 tahun pada sekitar kosong peratus.

 

EUR/USD

Pasangan EUR / USD telah merosot sepanjang minggu dan mengakhiri pasaran minggu lalu dengan harga 1.1860. Momentum kejatuhan secara keseluruhan untuk pasangan EUR / USD adalah terutamanya disebabkan oleh kenaikan dolar AS. Sebenarnya, Euro telah melanjutkan kerugiannya berdasarkan dengan latar belakang kenyataan dovish dari Bank Pusat Eropah. Menurut CNBC, bank pusat Eropah memilih untuk tidak memberi isyarat bahawa ia mungkin akan bermula untuk mengurangkan program rangsangan era pandemik dan menjangkakan kadar inflasi zon Euro akan tetap di bawah sasarannya dalam masa yang akan datang. Selain itu, bank pusat juga memutuskan untuk mengekalkan program pembelian bon  yang agresif setinggi 1.85 trilion euro hingga Mac 2022 dan juga mengekalkan kadar faedah yang sangat rendah. Walaupun begitu, para pelabur akan tetap fokus pada data inflasi masa depan dan dasar kewangan bank pusat untuk menerima isyarat perdagangan yang lebih lanjut.

 

GBP/USD

Pasangan GBP / USD telah merosot pada minggu lalu sambil menutup harga pasaran pada 1.3810. Paun sterling telah merosot dengan ketara pada minggu lalu berikutan dengan Perdana Menteri U.K Boris Johnson melanjutkan peraturan sekatan pada masa ini di U.K kerana kebimbangan mengenai varian Covid-19. Menurut CNBC, Public Health England menunjukkan bahawa lebih daripada 42,000 kes yang berkaitan dengan varian delta Covid-19 kini telah disahkan di seluruh wilayah, peningkatan sebanyak 240% dari minggu lalu. Selain itu, Perdana Menteri U.K Boris Johnson mengumumkan penangguhan sebanyak empat minggu untuk fasa seterusnya bagi pembukaan ekonomi U.K. Dari segi data ekonomi, paun sterling melanjutkan kerugiannya berdasarkan dengan latar belakang data ekonomi menurun dari wilayah UK. Menurut kepada Office for National Statistics, data Retail Sales UK menurun dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak 9.2% kepada -1.4%, tersasar daripada ramalan pasaran pada 1.6%. Ini telah menurunkan optimisme pasaran terhadap kemajuan ekonomi di wilayah UK.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Jun 14 – 18

GOLD

Harga emas telah jatuh sepanjang minggu lalu dengan harga $ 1766.15 per troy ounce. Harga emas turun dengan mendadak berikutan dengan Fed memberi isyarat bahawa ia akan menaikkan kadar faedah lebih awal dari jangkaan. Kadar faedah yang lebih tinggi di A.S. menjadikan pelaburan bon Amerika lebih menarik bagi pelaburan asing dan mendorong hasil perbendaharaan untuk meningkat dengan ketara sambil mengurangkan daya tarikan emas sebagai aset selamat. Untuk masa ini, para pelabur dicadangkan untuk mengekalkan perhatian mereka terhadap data inflasi masa depan dan juga dasar kewangan masa depan untuk mengukur pergerakan emas yang berpotensi.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah melanjutkan kenaikannya sepanjang minggu lalu semasa menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $ 71.50 setong susulan dengan para pelabur berspekulasi bahawa perkembangan program vaksinasi Covid-19 yang positif akan meningkatkan prospek ekonomi dan permintaan minyak mentah pada masa akan datang. Sebaliknya, harga minyak melonjak berikutan dengan sumber OPEC mendakwa bahawa kumpulan para pengeluar menjangkakan akan mengehadkan pertumbuhan pengeluaran minyak A.S. pada tahun ini walaupun dengan kenaikan harga, menurut kepada Reuters. Dari segi data, Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) melaporkan bahawa inventori minyak mentah AS telah menyusut sebanyak -7.355M, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak -5.241M.

 

Tinjauan Pasaran: Jun 21 –  25

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada data ekonomi penting seperti GDP A.S untuk menentukan arah selanjutnya. Selain itu, situasi yang berterusan dengan koronavirus juga akan menjadi perhatian para pelabur.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Jun 21 – 25

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 21hb Jun 2021
22.15 EUR ECB President Lagarde Speaks
Selasa – 22hb Jun 2021
22:00 USD Existing Home Sales (May) 5.72M 5.85M
Rabu – 23hb Jun 2021
02:00   USD Fed Chair Powell Testifies 63.4 64.4
15:30   EUR German Manufacturing PMI (Jun) 62.9
16:30   GBP Manufacturing PMI 62.9
16:30   GBP Services PMI -5.00% 4.30%
20:30   CAD Core Retail Sales (MoM) (Apr) 875K 863K
22:00   USD New Home Sales (May) -3.290M -7.355M
Khamis – 24hb Jun 2021
16:00   EUR German Ifo Business Climate Index (Jun) 100.1 99.2
19:00   GBP BoE Interest Rate Decision (Jun) 0.10% 0.10%
19:00   GBP BoE MPC Meeting Minutes    
20:30   USD Core Durable Goods Orders (MoM) (May) 0.70% 1.00%
20:30   USD GDP (QoQ) (Q1) 6.40% 6.40%
20:30   USD Initial Jobless Claims 380K 412K
Jumaat – 25hb Jun 2021
N/A