21 Disember 2020 Analisis Mingguan
Laporan Mingguan GCMAsia: Disember 21 – 25
Reviu Pasaran (Forex): Disember 14 – 18
US Dollar
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah menyusut ke paras terendah hampir dua tahun pada minggu lalu susulan dengan penyataan yang dovish dari Bank Pusat AS dan juga harapan positif terhadap rancangan rangsagnan ekonomi yang agresif telah mengurangkan daya tarkinan ke atas Dolar AS. Indeks dolar telah menutup harganya pada hari Jumaat yang lalu pada harga 89.75.
Menurut kepada pernyataan dari FOMC, Federal Reserve menegaskan bahawa mereka akan komited untuk menggunakan pelbagai alat kewangan untuk memberangsangkan perkembangan ekonomi A.S. sambil memaksimumkan tujuan pekerjaan dan kestabilan inflasi. Jawatankuasa berusaha untuk mencapai perkerjaan dan kadar inflasi pada 2% dalam jangka masa panjang. Selain itu, Federal Reserve juga mengulangi bahawa mereka akan mengekalkan pelonggaran dasar monetarinya sambil mengekalkan kadar faedahnya pada 0.25% sehingga kadar pekerjaan dan keadaan inflasi mencapai tujuannya. Selain itu, Federal Reserve juga telah memperluaskan Program Kuantitatif untuk memupuk kestabilan pasaran kewangannya. Selain itu, para pelabur juga membuat spekulasi bahawa kerajaan A.S. akan melancarkan rancangan rangsangan ekonomi yang agresif sehingga $1.4 trillion untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat. Pelan rangsangan yang agresif akan mencetuskan risiko inflasi pada masa yang akan datang, yang selanjutnya mengurangkan daya tarikan ke atas mata wang Dolar AS.
Pada masa kini, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai pengembangan vaksin Covid-19, rangsangan ekonomi dari A.S dan juga data ekonomi yang penting untuk menjangkakan pergerakan ke atas indeks tersebut.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY telah didagang dengan lebih rendah pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi dagangan hari Jumaat lepas pada harga 103.30. Momentum bearish untuk pasangan USD/JPY kebanyakan didorong oleh penyusutan dalam Dolar AS. Tambahan pula, ketidakstabilan mengenai isu Brexit dan juga pemerintah kawalan yang dilaksanakan oleh kerajaan UK dan Amerika Syarikat telah mengurangkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat Yen Jepun.
EUR/USD
Pasangan EUR/USD telah mencatat kerugiannya pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.2205. Euro telah mengalami penjualan yang ketara susulan dengan ketidaktentuan mengenai isu Brexit telah mengurangkan keyakinan pasaran ke atas perkembangan ekonomi di Eropah, yang selanjutnya mencetuskan momentum bearish ke atas Euro. Walau bagaimanapun, Euro telah mengehadkan kerugiannya susulan dengan data-data ekonomi yang positif dari rantau Eropah pada minggu lepas. Menurut kepada statistik terbaru, Jerman Ifo Business Climate Index dan juga Manfuacturing Purchasing Managers Indeks (PMI) telah memberi bacaan sebanyak 92.1 dan 58.6, kedua-dua lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 90.0 dan 56.4 masing-masing.
GBP/USD
Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih rendah sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.3210. Paun Sterling telah menerima momenutm bearish yang ketara pada minggu yang lalu di tengah-tengah kebimbangan terhadap “hard-Brexit” dan juga dasar “lock-down” yang dilaksanakan dari kerajaan UK telah mencetuskan momentum bearish yang ketara ke atas Paun Sterling. Menurut kepada Reuters, Perdana Menteri UK mengumumkan untuk melaksanakan sekatan penguncian tahap 4 baru di kawasan tertentu di UK susulan dengan lonjakan baru-baru ini dalam kes Covid-19. Di bawah sekatan tahap 4, ibu kota Uk iaitu London,
tenggara dan timur UK adalah kawasan yang terjejas, kedai yang tidak penting, kedai gunting rambut, dan tempat hiburan mesti ditutup, sementara hanya orang yang ingin menjalankna aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan, penjagaan anak atau kerja akan dibenarkan. Keputusan itu telah dibuat oleh Boris Johnson sebagai sekatan baru untuk Krismas, dan merupakan cara baru untuk menghadapi wabak covid-19 yang merebak dengan cepat. Selain itu, kurangnya kemajuan dalam perbincangan perdagangan antara UK dan EU telah memberikan tekanan lebih lanjut terhadap pasaran pound. Menurut BBC, sumber daripada kerajaan telah mendedahkan bahawa tidak akan ada perjanjian perdagangan pasca-Brexit kecuali ada perubahan besar dari EU dalam beberapa hari mendatang.
Reviu Pasaran (Komoditi): Disember 14 – 18
GOLD
Harga emas telah mencatat keuntungannya sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1879.05 se troy auns susulan dengan harapan terhadap rancangan rangsangan ekonomi yang agresif dari kerajaan A.S. dan juga dasar pelonggaran dari Bank Pusat AS telah mencetuskan risiko inflasi pada masa yang akan datang, yang selanjutnya meningkatkan permintaan yang ketara ke atas aset selamat tersebut. Kadar inflasi yang lebih tinggi biasanya akan cendurung mengurangkan nilai mata wang. Justerunya, ketika inflasi tetap tinggi dalam jangka panjang, pasaran emas akan menjadi alat yang efektif untuk melindungi diri dari keadaan inflasi.
Crude Oil
Harga minyak didagangkan dengan lebih tinggi sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $49.20 se tong. Pasaran minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya susulan dengan berita yang positif mengenai vaksin Covid-19 telah meningkatkan sentimen optimisme ke atas permintaan minyak mentah pada masa yang akan datang. Tambahan pula, harga minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya selepas data inventori yang positif telah dibebaskan. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), Inventori minyak mentah A.S. telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 15.189M ke bacaan sebanyak -3.135M, lebih kurang daripada jangkaan pasaran sebanyak -1.937M. Walau bagaimanapun, pasaran minyak mentah telah mengehadkan keuntungannya selepas beberapa negara seperti UK dan A.S. telah melaksanakan dasar-dasar “lock-down” untuk mengurangkan penyebaran Covid-19, yang selanjtunya mencetuskan propsek negatif ke atas permintaan minyak mentah dalam jangka pendek.
Tinjauan Pasaran: Disember 21 – 25
Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan mengenai data penting seperti A..S Initial Jobless Claims dan juga perkembangan Brexit untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.
Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.
Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Disember 21 – 25
Masa | Pasaran | Acara | Sebenar | Ramalan | Terdahulu |
Isnin – 21hb Disember 2020 | |||||
N/A | |||||
Selasa – 22hb Disember 2020 | |||||
08:30 | AUD | Retail Sales (MoM) | – | – | 1.4% |
17:30 | GBP | GDP (QoQ) (Q3) | – | 15.5% | 15.5% |
23:00 | USD | Existing Home Sales (Nov) | – | 6.7M | 6.85M |
Rabu – 23hb Disember 2020 | |||||
21:30 | CAD | GDP (MoM)(Oct) | – | 0.2% | 0.8% |
23:00 | USSD | New Home Sales (Nov) | – | 990K | 999K |
23:30 | USD | Crude Oil Inventories | – | -1.937M | -3.135M |
Khamis – 24hb Disember 2020 | |||||
21:30 | USD | Core Durable Goods Orders (MoM) (Nov) | – | 0.6% | 1.3% |
21:30 | USD | Initial Jobless Claims | – | 900K | 885K |
Jumaat – 25hb Disember 2020 | |||||
N/A |