83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

22 Mac 2021                       Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Mac 22 – 26

Reviu Pasaran (Forex): Mac 15 – 19

US Dollar

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah didagang dengan lebih rendah selepas pengerusi Federal Reserve Jerome Powell menegaskan semasa mesyuarat dasar monetari bahawa Bank Pusat AK akan mengekalkan pendirian rangsangan monetari yang agresif, mengulangi hawa lonjakan inflasi jangka pendek hanya akan membukitkan hanya sementara sambil menjangkakan bahawa perkembangan ekonomi dan kadar inflasi dari rantau A.S. akan bermula memulih susulan dengan kekurangan kes-kes Covid-19 di negara A.S. Sentimen tersebut telah mencetuskan peningkatan baru-baru ini dalam hasil Perbendaharaan AS, yang selanjutnya memberikan momentum bullish ke atas Dolar AS. Indeks dolar telah menutup harganya pada hari Jumaat yang lalu pada harga 91.90.

 

Pada minggu yang lalu, Bank Pusat A.S. menjangkakan bahawa ekonomi AS akan berkempang pada kadar 6.5% tahun ini dan kadar pengangguran jatuh dari anggaran sebelumnya sebanyak 5.0% ke 4.5% sebelum tahun 2021 berakhir. Selain itu, bank pusat AS juga menjangka inflasi meningkat pada kadar 2.4% pada tahun ini, jauh melebihi ramalan sebelumnya pada 1.8%. Pemulihan ekonomi AS semasa telahmengubah pandangan bank pusat AS mengenai prospek ekonomi masa depan, menjadi lebih optimis disebabkan oleh kemajuan program vaksinasi dan kekurangan kes-kes Covid-19 di rantau A.S. Hasil perbendaharaan AS telah melonjak ke tahap tertinggi sejak Februari 2020, ketika para pelabur mulai mempertimbangkan kesan ekonomi dari rancangan rangsangan ekonomi yang bernilai sebanyak $1.9 trilion. Pergerakan yang besar di pasaran bon AS telah menunjukkan para pelabur bermula untuk membuat spekulasi pada pemulihan ekonomi yang lebih kuat. Tambahan pula, hasil bon yang lebih tinggi akan menarik lebih banyak aliran masuk ke A.S., yang selanjutnya mencetuskan momentum bullish ke atas Dolar AS.

 

Walau bagaimanapun, pada masa kini para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai Vaksin Covid-19 dan juga data-data ekonomi yang baru dari A.S. untuk menjangkakan pergerakan ke atas pasangan tersebut.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah berlegar pada tahap tinggi pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi dagangan hari Jumaat lepas pada harga 108.90. Momentum bullsih untuk pasangan USD/JPY kebanyakan didorong oleh peningkatan dalam Dolar AS. Tambahan pula, harapan positif terhadap resolusi wabak Covid-19 telah juga meningkatkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX, yang selanjutnya mengurangkan permintaan pasaran ke atas aset selamat Yen Jepun. “Untuk minggu ketiga berturut-turut, jumlah kes-kes Covid-19 yang baru di seluruh dunia telah menunjukkan tren menurun dengan ketara pada minggu lalu”, kata Ketua Pengarah World Health Organization (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus pada sidang media.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah mencatat kerugiannya pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.1860. Momentum bearish untuk pasangan EUR/USD kebanyakan didorong oleh peningkatan dalam Dolar AS. Tambahan pula, Euro telah menerima momentum bearish yang lanjut selepas beberapa negara-negara utama di Eropah telah menangguhkan vaksin Covid-19 dari Oxfor/AstraZeneca berikutan beberapa disyaki kematian dilaporkan oleh pembekuan dara selepas vaksinasi, yang mendorong program vaksinasi di Eropah lebih perlahan sambil mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembamgan ekonomi di Eropah pada masa yang akan datang.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih rendah sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.3820. Momentum penurunan keseluruhan bagi pasangan GBP/USD adalah disebabkan terutamanya oleh peningkatan dalam Dolar AS. Selain itu, Paun Sterling telah melanjutkan kerugiannya berikutan dengan Bank of England (BoE) memberikan pendirian yang dovish dalam mesyuarat. Dalam mesyuarat BoE, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) memutuskan untuk mengekalkan kadar faedahnya pada 0.10%, sementara mengekalkan program pembelian bon tidak berubah pada £875 bilion. Di segi ramalan, BoE mendedahkan bahawa sekatan dan penyebaran virus yang berkaitan dengan Covid-19 akan terus membebani ekonomi dalam jangka pendek. Walau bagaimanapun, BoE akan terus memantau kemajuan program vaksinasi serta penyebaran virus, dan alat pelonggaran dasar monetari yang lebih lanjut akan digunakan untuk menyokong ekonomi jika prospek inflasi semakin lemah.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Mac 15 – 19

GOLD

Harga emas telah mencatat kerugiannya sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1735.00 se troy auns susulan dengan kekurangan kes-kes Covid-19 telah dicatatkan di seluruh dunia, yang selanjutnya mencetuskan sentimen selera risiko dalam pasaran FX sambil mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka dari aset berisiko ke arah aset selamat seperti komoditi emas. Selan itu, aset selamat emas telah menerima momentum bearish yang lebih ketara susulan dengan peningkatan dalam hasil Perbendaharaan AS telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka dari emas ke arah bon Perbendaharaan AS, yang selanjutnya mencetuskan momentum bearish ke atas komoditi emas. Pada masa kini, para pelabur akan memberikan fokus pada perkembangan mengenai Covid-19 vaksinasi, pergerakan hasil perbendeharaan A.S. dan juga data-data ekonomi yang penting untuk menjangkakan pergerakan ke atas komoditi tersebut.

 

Crude Oil

Harga minyak telah didagang dengan lebih rendah sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $61.45 se tong susulan dengan prospek negatif ke atas perkembangan vaksinasi Covid-19 telah mengurangkan daya tarikan ke atas komoditi minyak mentah. Menurut kepada CNBC, negara-negara utama Erop[ah seperti Perancis, Itali, Sepanyol dan Jerman telah menangguhkan penggunaan vaksin AstraZeneca kerana kebimbangan mengenai pembekuan darah yang terjadi pada orang yang diberi vaksin. Walau bagaimanapun, minyak mentah telah mengehadkan kerugiannya selepas data inventori yang positif telah dibebaskan. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), inventori minyak mentah A.S. telah menyusut dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 13.798M ke bacaan sebanyak 2.396M, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 2.964M.

 

Tinjauan Pasaran: Mac 22 – 26

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan mengenai data penting seperti data GDP dari rantau A.S. dan juga perkembangan Covid-19 untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Mac 22 – 26

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 22hb Mac 2021
22:00 USD Existing Home Sales (Feb) 6.49M 6.69N
Selasa – 23hb Mac 2021
15:00 GBP Average Earnings Index +Bonus (Jan) 4.9% 4.7%
15:00 GBP Claimant Count Change (Feb) -20.0K
22:00 USD New Home Sales (Feb) 876K 923K
Rabu – 24hb Mac 2021
15:00 GBP CPI (YoY) (Feb) 0.9% 0.7%
16:30 EUR German Manufacturing PMI (Mar) 61.0 60.7
17:30 GBP Manufacturing PMI (Mar) 54.9 54.9
17:30 GBP Services PMI (Mar) 49.5
20:30 USD Core Durable Goods Orders (MoM) (Feb) 0.6% 1.3%
22:00 USD Fed Chair Powell Testifies
22:30 USD Crude Oil Inventories 2.964M 2.396M
Khamis – 25hb Mac 2021
16:30 CHF SNB Interest Rate Decision -0.75%
16:30 CHF SNB Monetary Policy Assessment
17:30 GBP BoE Gov Bailey Speaks
17:30 EUR ECB President Lagarde Speaks
20:30 USD GDP (QoQ) (Q4) 4.1% 4.1%
20:30 USD Initial Jobless Claims 770K
Jumaat – 26hb Mac 2021
15:00 GBP Retail Sales (MoM) (Feb) 2.2% -8.2%
17:00 EUR German Ifo Business Climate Index (Mar) 93.2 92.4