22 Ogos 2022 Analisis Mingguan
Laporan Mingguan GCMAsia: Ogos 22 – 26
Reviu Pasaran (Forex): Ogos 15 – 19
US Dollar
Indeks Dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama menerima momentum bullish yang ketara minggu lepas selepas kenyataan hawkish daripada ahli Fed telah dikeluarkan, yang mendorong para pelabur mengalihkan modal mereka ke arah Dolar AS. Indeks Dolar telah menutup harga pasarannya pada 107.96.
Pada minggu lalu, Indeks Dolar AS melanjutkan keuntungannya berikutan ahli Rizab Persekutuan telah mengumumkan kenyataan hawkish mereka yang mengenai kenaikan kadar faedah. Menurut kepada minit mesyuarat dasar monetari terkini, pegawai Rizab Persekutuan menyatakan bahawa mereka berkemungkinan akan mengekalkan keputusan kenaikan kadar mereka sehingga kadar inflasi reda dengan ketara. Selain itu, Presiden Fed St. Louis Jim Bullard telah berikrar bahawa bank pusat mungkin memerlukan kira-kira 18 bulan untuk menurunkan kadar inflasi ke sasaran Fed sebanyak 2%. Beliau juga mengulangi pandangannya bahawa kelonjakan inflasi masih belum mencapai kemuncaknya, yang membayangkan bahawa proses dasar monetari mengetat daripada Fed berkemungkinan kecil akan berhenti seketika pada masa ini. Oleh itu, peserta pasaran mungkin akan melibatkan diri ke dalam pasaran AS untuk memperoleh pulangan bebas risiko yang lebih tinggi. Di samping itu, keuntungan yang dialami oleh Dolar AS diperluaskan susulan dengan ketegangan yang semakin meningkat antara Rusia dan Ukraine, yang mendorong para pelabur untuk mengalihkan modal mereka ke arah aset selamat seperti Dolar AS. Sebaliknya, satu siri data ekonomi yang optimis seperti Initial Jobless Claims dan Philadelphia Fed Manufacturing Index telah membawa prospek positif ke arah kemajuan ekonomi di AS, yang mendorong momentum bullish pada Dolar AS.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY melanjutkan keuntungannya pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 136.96. Pasangan tersebut menerima momentum bullish di tengah-tengah latar belakang Bank of Japan (BoJ) mengekal nada dovishnya. BoJ adalah salah satu daripada beberapa bank pusat global yang mengekalkan pendirian dovish manakala yang lain telah menerima pakai dasar mengetatkan kenaikan kadar faedah untuk memerangi inflasi. Pada masa ini, BoJ mengekalkan kadar faedah jangka pendeknya pada -0.1% dan 0% untuk hasil bon 10 tahun. Keadaan ini berkemungkinan akan mencetuskan peralihan sentimen pasaran terhadap mata wang lain yang mempunyai prospek lebih baik seperti Dolar AS, kerana BoJ terus mengekalkan dasar monetarinya yang longgar akan mengurangkan pulangan bebas risiko para pelabur di Jepun.
EUR/USD
Pasangan mata wang EUR/USD merosot pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 1.0031. Euro menerima momentum bearish berikutan dengan kenyataan hawkish daripada ahli Fed. Oleh sebab ahli Fed telah mengulangi bahawa bank pusat AS berkemungkinan akan kekal mengetatkan laluan dasar monetarinya, ia menyebabkan para pelabur melarikan diri dari pasaran Euro untuk membeli Dolar AS yang mempunyai prospek yang lebih baik. Di samping itu, Euro melanjutkan kerugiannya di tengah-tengah data ekonomi yang lemah. Menurut kepada ZEW, ZEW Economic Sentiment Jerman telah mencatatkan pada bacaan sebanyak -55.3, melepasi jangkaan pasaran sebanyak -53.8.
GBP/USD
Pasangan mata wang GBP/USD menyusut pada minggu lepas sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.1814. Pound menerima momentum bearish pada minggu lepas berikutan prospek ekonomi yang pesimis di UK. Menurut kepada Pejabat Perangkaan Kebangsaan, data GDP UK mencapai -0.1%, lebih lemah daripada bacaan pertumbuhan 0.8% pada suku sebelumnya. Data GDP yang lebih lemah berbanding dengan sebelumnya telah menunjukkan bahawa negara tersebut sedang menghadapi risiko kemelesetan ekonomi. Sebaliknya, kadar inflasi di UK telah meningkat melebihi 10% untuk kali pertama dalam 40 tahun dan ini telah menambah kemungkinan risiko stagflasi. Tambahan pula, Bank of England (BoE) telah mendakwa bahawa ekonomi UK akan memasuki kemelesetan pada suku keempat tahun ini, dan kemelesetan dijangka berterusan selama lebih daripada setahun. Keadaan tersebut telah mengurangkan keyakinan pasaran terhadap Pound Sterling kerana ekonomi UK mengalami keadaan yang “berawan dan tidak menentu”.
Reviu Pasaran (Komoditi): Ogos 15 – 19
GOLD
Harga emas menyusut pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada $1745.18 se-troy auns. Harga emas menerima momentum bearish pada minggu lepas di tengah-tengah pengukuhan Dolar AS. Kenyataan hawkish baru-baru ini telah mencetuskan daya tarikan Dolar AS, yang mendorong momentum bearish ke atas harga emas selanjutnya. Oleh sebab ekonomi AS masih dikelilingi oleh tekanan inflasi yang tinggi, kadar faedah yang lebih tinggi dianggap sebagai alat “mesti” bagi Fed untuk membendung kepanasan ekonomi yang melampau.
Crude Oil
Harga minyak mentah merosot dan mengakhiri sesi minggu lalu pada harga $88.95 setong. Harga minyak mentah menerima momentum bearish pada minggu lepas di tengah-tengah kebimbangan pasaran terhadap kelembapan ekonomi global, yang menurunkan permintaan pasaran terhadap minyak mentah. Selain itu, harga minyak kekal di bawah tekanan kerana OPEC dan Pentadbiran Maklumat Tenaga AS telah mengurangkan ramalan permintaan jangka pendek mereka pada minggu lalu. Namun begitu, kerugian harga minyak adalah terhad di tengah-tengah isu perjanjian nuklear Iran-AS. Pada minggu lalu, rundingan antara AS dan Iran belum mencapai persetujuan, yang membayangkan bahawa sekatan ke atas minyak Iran akan diteruskan, menyebabkan kekurangan bekalan minyak dalam pasaran komoditi.
Tinjauan Pasaran: Ogos 22 – 26
Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti data GDP AS bagi menentukan arah aliran pada dolar AS. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai hubungan di antara Russia-Ukraine bagi menilai keadaan ekonomi.
Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.
Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Ogos 22 – 26
Masa | Pasaran | Acara | Sebenar | Ramalan | Terdahulu |
Isnin – 22hb Ogos 2022 | |||||
N/A | |||||
Selasa – 23hb Ogos 2022 | |||||
15:30 | EUR | German Manufacturing PMI (Aug) | – | – | – |
16:30 | GBP | Composite PMI | – | 51.3 | 52.1 |
16:30 | GBP | Manufacturing PMI | – | 51.0 | 52.1 |
16:30 | GBP | Services PMI | – | 52.0 | 52.6 |
22:00 | USD | New Home Sales (Jul) | – | 575K | 590K |
Rabu – 24hb Ogos 2022 | |||||
20:30 | USD | Core Durable Goods Orders (MoM) (Jul) | – | 0.2% | 0.4% |
22:00 | USD | Pending Home Sales (MoM) (Jul) | – | -3.8% | -8.6% |
22:30 | USD | Crude Oil Inventories | – | – | -7.056M |
Khamis – 25hb Ogos 2022 | |||||
14:00 | EUR | German GDP (QoQ) (Q2) | – | 0.0% | 0.2% |
16:00 | EUR | German Ifo Business Climate Index (Aug) | – | 86.7 | 88.6 |
19:30 | EUR | ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting | – | – | – |
20:30 | USD | GDP (QoQ) (Q2) | – | -0.8% | -0.9% |
20:30 | USD | Initial Jobless Claims | – | 253K | 250K |
Jumaat – 26hb Ogos 2022 | |||||
20:30 | USD | Core PCE Price Index (MoM) (Jul) | – | 0.3% | 0.6% |
Risk Statement:
Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.