83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

24 Januari 2022                      Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Januari 24 – 28

Reviu Pasaran (Forex): Januari 17 – 21

US Dollar

Indeks dolar telah didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah melanjutkan keuntungannya pada minggu yang lalu sementara itu para pelabur akan memantau perkembangan mengenai mesyuarat Rizab Persekutuan minggu ini untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya. Para pelabur kekal yakin bahawa Rizab Persekutuan akan mula mengetatkan dasar monetari untuk memerangi risiko inflasi yang tinggi, mendorong hasil Perbendaharaan AS meningkat kepada paras tertinggi 2 tahun sekitar 1.88% minggu lepas sambil mencetuskan momentum bullish ke atas Dolar AS. Indeks Dolar telah menamatkan sesi minggu lepas pada harga 95.65.

 

Terdahulu, beberapa Monetari Polisi Komite (MPC) daripada Fed seperti John Williams dan Mary Daiy menegaskan bahawa kadar inflasi semasa adalah terlalu tinggi dan menyeru tindakan yang lebih lanjut bagi menstabilkannya. Peningkatan kes Omicron baru-baru ini serta kenaikan harga minyak mentah disebabkan kekangan bekalan global telah meningkatkan risiko inflasi pada masa yang akan datang. Mereka juga mengulas bahawa pengetatan dasar kewangan semasa adalah tidak mencukupi dan menyeru untuk menukar pendekatan yang diambil. Walau bagaimanapun, para pelabur  masih menunggu isyarat daripada mesyuarat Rizab Persekutuan minggu ini untuk menjangkakan prospek kenaikan kadar faedah dalam jangka pendek. Jangkaan hawkish dari Fed untuk mengetatkan dasar monetari lebih pantas daripada yang dijangkakan akan mengurangkan peredaran wang dalam pasaran kewangan AS, meningkatkan daya tarikan ke atas Dolar AS. Para pelabur membuat spekulasi bahawa Rizab Persekutuan akan meningkatkan kadar faedah sebanyak empat kali pada tahun 2022 sambil menjangkakan Rizab Persekutuan akan mula mengurangkan liabiliti yang sebanyak $8 trilion dalam kunci kira-kira

 

Bagi data ekonomi, keseluruhan data penting dari Amerika Syarikat telah memberi bacaan yang bercampuran. Dari segi positif, AS Building Permits dan AS Philadelphia Fed Manufacturing Indeks memberi bacaan sebanyak 1.873M dan 23.2, yang kedua-duanya lebih baik daripada jangkaan masing-masing pada 1.701M dan 20.0. Walaupun, Dolar AS telah mengehadkan keuntungannya selepas  data pekerjaan bearish dibebaskan. Menurut kepada Department of labor, AS Initial Jobless Claims telah memberi bacaan sebanyak 286K, lebih teruk daripada ramalan pasaran sebanyak 220K. Namun begitu, para pelabur akan terus memberikan pemantauan terhadap perkembangan mengenai data-data ekonomi yang lanjut dan keputusan dasar monetari dari Rizab Persekutuan untuk menjangkakan pergerakan ke atas Dolar AS.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY telah didagang dengan lebih rendah secara keseluruhan pada minggu lepas sambil menamatkan sesi Jumaat lepas dengan harga 113.65. Momentum bullish keseluruhan untuk USD/JPY adalah disebabkan terutamanya oleh peningkatan untuk Yen Jepun. Peningkatan risiko geopolitik di antara Rusia dan Ukraine telah mengurangkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX, yang selanjutnya mencetuskan momentum bullish ke atas aset selamat Yen Jepun. Selain itu, Yen Jepun melanjutkan keuntungannya susulan dengan data ekonomi yang bullish. Jepun Jibun Bank Manufacturing PMI telah meningkat daripada bacaan sebanyak 54.3 ke bacaan sebanyak 54.6, mencecah paras tertinggi empat tahun.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD telah didagang dengan tinggi minggu lepas tetapi tetap tertekan secara keseluruhan sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.1415. Momentum keseluruhan untuk Euro kekal bearish selepas Bank Pusat Eropah melepaskan nada dovish mereka. Menurut kepada minit mesyuarat daripada ECB, beberapa ahli-ahli ECB telah menyuarakan pandangan mereka bahawa kenaikan kadar inflasi semasa hanya sementara dan berkemungkinan akan menurun sepanjang tahun 2022. Berikutan pengumuman minit mesyuarat, Presiden ECB Christine Lagarde menegaskan ia masih terlalu awal untuk memulakan kenaikan kadar faedah susulan dengan dasar tersebut akan menjejaskan momentum pemulihan ekonomi. Risiko inflasi yang tinggi pada masa hadapan bersama-sama dengan pelonggaran dasar monetari berkemungkinan akan mengurangkan kuasa beli di negara-negara EU, mencetuskan prospek negatif ke arah perkembangan ekonomi di Kesatuan Eropah sambil mengurangkan daya tarikan ke atas Euro.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD telah didagang dengan lebih rendah sebelum menamatkan sesi perdagangan minggu lepas pada harga 1.3555. Pound Sterling telah mencatat kerugiannya susulan dengan data ekonomi yang negatif pada minggu lalu, mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di United Kingdom. Menurut kepada Office for National Statistics, Retail Sales UK untuk bulan lepas mencatatkan penurunan yang ketara daripada bacaan terdahulu sebanyak 1.0% ke bacaan sebanyak -3.7%, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak -0.6%, disebabkan oleh peningkatan bilangan varian Omicron yang terus membebankan momentum ekonomi di United Kingdom. Walau bagaimanapun, ekonomis masih menjangkakan bahawa Bank Pusat UK masih akan menaikkan kadar faedah buat kali kedua dalam tempoh dua bulan pada bulan Februari untuk memerangi kadar inflasi yang tinggi. Menurut data inflasi terkini, inflasi harga pengguna Britain telah mencecah paras tertinggi hampir 30 tahun sebanyak 5.4% bagi tahun 2021. Kenaikan harga tenaga dan kos buruh akibat kekangan bekalan terus meningkatkan risiko inflasi pada masa hadapan. Pasa masa kini, para pelabur akan terus meneliti kemas kini terkini mengenai keputusan dasar monetari untuk menjangkakan pergerakan ke atas Pound Sterling.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Januari 17 – 21

GOLD

Harga emas telah didagang dengan rata pada minggu lalu dengan harga $1812.05 se troy auns menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan untuk pengesahan lanjut mengenai kenaikan kadar faedahnya. Buat masa ini, para pelabur membuat spekulasi bahawa Fed akan mula mengetatkan dasar monetari pada kadar yang lebih pantas daripada yang jangkaan untuk memerangi kadar inflasi yang sentiasa tinggi. Para pelabur akan terus memantau mesyuarat Federal Open Market Committee (FOMC) yang dijadualkan pada Selasa dan Rabu untuk menerima isyarat dagangan selanjutnya. Namun, kebimbangan terhadap kadar inflasi yang tinggi dan peningkatan ketegangan geopolitik di antara Rusia dan Ukraine telah mengurangkan sentiment selera risiko dalam pasaran kewangan global, meningkatkan daya tarikan ke atas aset selamat emas.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah meningkat dengan ketara pada minggu lepas sementara menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $83.68. Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi di tengah-tengah peningkatan ketegangan geopolitik di Eropah Timur dan Timur Tengah telah meningkatkan kebimbangan terhadap gangguan bekalan pada masa hadapan, manakala OPEC dan sekutunya terus bergelut untuk meningkatkan pengeluaran mereka kerana kekurangan kapasiti.. Selain itu, harga minyak mentah telah mengehadkan keuntungannya selepas data inventori yang bearish telah dibebaskan. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA),  Inventori Minyak Mentah A.S. telah memberi bacaan sebanyak 0.515M, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak -0.938M.

 

Tinjauan Pasaran: Januari 24 – 28

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti Initial Jobless Claims dan data inflasi bagi menentukan arah aliran pada dolar AS. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai penularan Omicron di seluruh dunia bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Januari 24 – 28

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 24hb Januari 2022
16:30   EUR German Manufacturing PMI (Jan) 57 57.4
17:30   GBP Composite PMI 53.6
17:30   GBP Manufacturing PMI 57.7 57.9
17:30   GBP Services PMI 53.9 53.6
Selasa – 25hb Januari 2022
8:30   AUD CPI (QoQ) (Q4) 1.00% 0.80%
17:00   EUR German Ifo Business Climate Index (Jan) 94.7 94.7
23:00   USD CB Consumer Confidence (Jan) 111.8 115.8
Rabu – 26hb Januari 2022
23:00   USD New Home Sales (Dec) 760K 744K
23:00   CAD BoC Monetary Policy Report
23:00   CAD BoC Interest Rate Decision 0.25% 0.25%
23:30   CrudeOIL Crude Oil Inventories 0.515M
23:30   CAD BOC Press Conference
Khamis – 27hb Januari 2022
3:00   USD FOMC Statement
3:00   USD Fed Interest Rate Decision 0.25% 0.25%
3:30   USD FOMC Press Conference
5:45   NZD CPI (QoQ) (Q4) 1.20% 2.20%
21:30   USD Core Durable Goods Orders (MoM) (Dec) 0.40% 0.80%
21:30   USD GDP (QoQ) (Q4) 5.40% 2.30%
21:30   USD Initial Jobless Claims 255K 286K
23:00   USD Pending Home Sales (MoM) (Dec) 0.30% -2.20%
Jumaat – 28hb Januari 2022
17:00 EUR German GDP (QoQ) (Q4) -0.20% 1.70%