83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

24 Februari 2020                    Analisis Mingguan

 

 Laporan Mingguan GCMAsia: Februari 24 – 29

Reviu Pasaran (Forex): Februari 17 – 22

US Dollar

Dolar AS telah memangkas keuntungannya pada hari Jumaat yang lepas sambil menutup niaga di sekitar 99.20 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain. Dolar telah menerima tekanan bearish selepas data ekonomi baru-baru ini memaparkan pengecutan dari segi sektor pembuatan dan perkhidmatan.

 

Menurut kepada Markit, Manufacturing PMI bagi bulan Februari telah mengecut ke paras 50.8, tersasar daripada ramalan ekonomis iaitu 51.5. Selain itu, Services PMI telah menurun ke paras 49.4, tersasar daripada ramalan ekonomis iaitu 53.0 bagi bulan Februari. Pengecutan di dalam kedua-dua sektor utama ini telah meningkatkan kekhuatiran para pelabur terhadap momentum ekonomi AS yang berkemungkinan terjejas akibat daripada risiko luaran seperti epidemik koronavirus dari China.

 

Namun, kerugian pada dolar AS adalah terhad selepas Existing Home Sales bagi bulan Januari meningkat ke paras 5.46 juta unit, lebih tinggi daripada ramalan iaitu 5.43 juta unit. Secara keseluruhannya, permintaan bagi dolar AS adalah masih mampan memandangkan aspek fundamental di AS adalah lebih kukuh apabila dibandingkan dengan negara lain seperti zon EU dan UK. Untuk setakat ini, para pelabur akan meneruskan pemantauan ke atas pembebasan data ekonomi yang lain dari AS bagi memperoleh isyarat yang lebih lanjut.

 


 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY berundur dari paras tinggi dan menutup pasaran minggu lepas di kadar 111.58. Permintaan bagi Yen Jepun telah meningkat pada minggu lepas susulan dengan peningkatan kes koronavirus di luar China. Menurut kepada CNN, jumlah kes yang telah disahkan telah meningkat dari 3 ke 132 di Itali. Di Timur Tengah, Menteri Kesihatan Iran telah mengumumkan bahawa jumlah kes kini telah mencecah 43 sementara jumlah kematian telah meningkat ke 8. Para pelabur khuatir bahawa peningkatan kes koronavirus di beberapa negara yang lain bakal menjejaskan perkembangan ekonomi dunia dan ini telah meningkatkan permintaan bagi aset selamat di dalam pasaran seperti Yen Jepun.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah melantun dari paras rendah pada hari Jumaat lepas sambil menutup niaga di kadar 1.0847. Euro telah menerima sokongan bullish selepas Eurozone Manufacturing PMI dan Services PMI meningkat ke 49.1 dan 52.8, lebih tinggi daripada ramalan iaitu 47.5 dan 51.0 masing-masing. Data tersebut memaparkan bahawa zon EU mula untuk memaparkan isyarat pemulihan walaupun data terkini dari Jerman memaparkan isyarat yang bertentangan. Namun, peningkatan pada pasangan ini adalah terhad sementara para pelabur menunggu data ekonomi yang lebih lanjut dari EU untuk melihat arah alirannya bagi tempoh masa yang terdekat.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah melanjutkan kenaikannya dan menutup pasaran minggu lepas di 1.2956. Pound sterling menerima sokongan bullish selepas bacaan awal bagi Manufacturing PMI meningkat ke 51.9, lebih tinggi daripada ramalan ekonomis iaitu 49.7. Namun, kenaikan pada pound sterling adalah terhad selepas bacaan awal bagi Services PMI memaparkan pengecutan ke 53.3, tersasar daripada ramalan ekonomis iaitu 53.9. Selain itu, para pelabur masih memberi tumpuan ke atas masalah Brexit diantara UK dan EU dan ini telah menurunkan penampilan pound sterling di dalam pasaran FX.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Februari 17 – 22

GOLD

Harga emas telah melanjutkan kenaikannya pada minggu lepas sambil menutup pasaran di $1,665.12 se troy auns. Permintaan bagi aset selamat makin meningkat selepas koronavirus merebak di luar China dengan bilangan kes tinggi dilaporkan di Korea Selatan, Jepun, Itali dan Iran. Para pelabur khuatir bahawa ia bakal menjejaskan momentum ekonomi global yang rapuh dan ini telah mendorong kepada penjualan ekuiti sementara fokus diberikan kepada aset selamat.

Crude Oil

Harga minyak mentah telah meneruskan penyusutannya dan menutup pasaran minggu lepas di sekitar $53.41 setong. Niaga hadapan minyak menerima tekanan bearish selepas momentum ekonomi global memaparkan isyarat penyusutan akibat daripada penyebaran wabak koronavirus di luar daripada China. Para pelabur khuatir bahawa ia boleh menjejaskan permintaan global terhadap minyak mentah kelak sambil menurunkan harganya di dalam proses tersebut.

 

Tambahan pula, harga minyak menerima tekanan bearish yang lebih lanjut susulan dengan pembebasan laporan mingguan dari Energy Information Administration (EIA) dan Baker Hughes. Menurut kepada EIA, Crude Oil Inventories di AS bagi minggu lepas telah meningkat sebanyak 0.414 juta tong, lebih rendah daripada ramalan iaitu 2.494 juta tong. Namun, data ini telah mencatat peningkatan bagi minggu ke-4 berturut-turut dan ini memaparkan penyusutan permintaan di dalam pasaran. Selain itu, Baker Hughes telah melaporkan bahawa bilangan pelantar minyak yang aktif telah meningkat sebanyak 1 ke 649.

 

Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada laporan mingguan dari EIA dan Baker Hughes bagi mendapat isyarat yang lebih lanjut. Selain itu, mereka juga akan memberi tumpuan kepada OPEC dan sekutunya selepas Rusia menyeru untuk memberikan masa yang lebih panjang bagi menilai impak koronavirus ke atas permintaan minyak global.

 

Tinjauan Pasaran: Februari 24 – 29

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data ekonomi utama dari AS, UK dan EU untuk mendapat isyarat yang lebih lanjut.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas laporan inventori mingguan dari American Petroleum Institute (API) dan Energy Information Administration (EIA) untuk mendapat isyarat yang lebih lanjut.

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Februari 24 – 29

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 24hb Februari 2019
17:00 EUR German Ifo Business Climate Index (Feb) 95.3 95.9
Selasa – 25hb Februari 2019
15:00 EUR German GDP (QoQ) (Q4) 0.1% 0.1%
23:00 USD CB Consumer Confidence (Feb) 132.0 131.6
Rabu – 26hb Februari 2020
05:30 CrudeOIL API Weekly Crude Oil Stock 4.200M
21:30 EUR ECB President Lagarde Speaks
23:00 USD New Home Sales (Jan) 715K 694K
23:30 USD Crude Oil Inventories 2.494M 0.414M
Khamis –27hb Februari 2020
21:30 USD Core Durable Goods Orders (MoM) (Jan) 0.2% -0.1%
21:30 USD GDP (QoQ) (Q4) 2.1% 2.1%
21:30 USD Initial Jobless Claims 211K 210K
23:00 USD Pending Home Sales (MoM) (Jan) 2.9% -4.9%
Jumaat– 28hb Februari 2020
16:55 EUR German Unemployment Change (Feb) 3K 2K
21:30 CAD GDP (MoM) (Dec) 0.2% 0.1%
23:00 USD Michigan Consumer Sentiment (Feb) 100.9 100.9
02:00

(29hb)

CrudeOIL U.S. Baker Hughes Oil Rig Count 679