24 Mei 2021 Analisis Mingguan
Laporan Mingguan GCMAsia: Mei 24 – 29
Reviu Pasaran (Forex): Mei 17 – 21
US Dollar
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan para pelabur khuatir terhadap data inflasi AS yang tinggi pada masa yang akan datang. Bacaan data inflasi yang tinggi kemungkinan akan mengurangkan nilai untuk Dolar AS sambil mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan ke negara lain. Walau bagaimanapun, Dolar AS telah mengehadkan kerugiannya susulan dengan penyataan hawkish dari Bank Pusat AS. Indeks Dolar telah menutup harganya pada hari Jumaat yang lalu pada harga 92.00.
Menurut kepada Minit Mesyuarat Bank Pusat AS, beberapa pegawai Fed berkomentar untuk membincangkan mengenai pelan pengurangan program pembelian bonnya sambil mengurangkan pembelian asetnya secara besar-besaran sekiranya ekonomi AS memulih dengan ketara dari pandemi Covid-19. Sementara itu, ahli ekonomi mencadangkan bahawa sekiranya ekonomi terus membuat kemajuan pesat menuju tujuan komite, ia akan terus mendorong Bank Pusat AS untuk memulakan dan membicarakan rancangan dasar monetari kontraksi dalam beberapa bulan yang akan datang. Kali terakhir, cadangan pengurangan pembelian bon akan mencetuskan panik ke pasaran bon global dana menjejaskan pergerakan ke atas Dolar. Selain itu, beberapa anggota Fed telah mengulangi mengenai risiko tekanan inflasi pada masa yang akan datang. Banyak ahli ekonomi menekankan kepentingan untuk Jawatankuasa menyampaikan dengan jelas penilaian kemajuannya ke arah matlamat jangka panjang sambil mengekalkan kadar inflasi pada keadaan stabil. Walau bagaimanapun, pernyataan keseluruhan dari Bank Pusat AS tetap kabur sementara para pelabur dicadangkan untuk memberikan fokus pada data inflasi pada masa yang akan datang serta perkembangan dari Bank Pusat AS untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.
Dari segi data ekonomi AS, Dolar AS telah menerima momentum bearish dengan latar belakang data ekonomi negatif. Menurut kepada Federal Reserve Bank of Philadelphia, AS Philadeplhia Fed Manufacturing Indeks telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 50.2 ke 31.5, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 43.0. Tambahan pula, AS Existing Home Sales telah memberi bacaan sebanyak 5.85M, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 6.09M.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY telah menyusut pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi dagangan hari Jumaat lepas pada harga 109.45. Momentum bearish untuk pasangan USD/JPY kebanyakan didorong oleh penyusutan dalam Dolar AS. Tambahan pula, peningkatan kes-kes Covid-19 yang ketara dari rantau Asia telah mendorong pihak berkuasa untuk melaksanakan sekatan Covid-19 sambil mencetuskan mengurangkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka ke arah aset selamat seperti Yen Jepun.
EUR/USD
Pasangan EUR/USD telah mencatat meningkat pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.2180. Momentum bullish untuk pasangan EUR/USD kebanyakan didorong oleh penyusutan dalam Dolar AS. Tambahan pula, Euro telah menerima momentum bullish yang lanjutnya susulan dengan data-data ekonomi yang positif dari rantau Eropah. Menurut kepada Markit Economics, Eurozone Manufacturing Purchasing Managers Indeks (PMI) dan Eurozone Services Purchasing Managers Indeks (PMI) telah memberi bacaan sebanyak 62.8 dan 55.1, yang kedua-dua adalah lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 62.5 dan 52.3 masing-masing.
GBP/USD
Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih tinggi sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.3520. Trend keseluruhan untuk pasangan GBP/USD kekal bullish pada minggu yang lalu di tengah-tengah prospek positif vaksinasi Covid-19 di negara UK telah mencetuskan optimisme pasaran terhadap kemajuan ekonomi. Walau bagaimanapun, Paun Sterling telah kembali dari tahap tinggi baru-baru ni susulan dengan pembetulan teknikal. Dari segi data-data ekonomi yang penting, ekonomi UK telah memulih dengan ketara dari bulan-bulan kemerosotan dan serangan Brexit, dengan petunjuk ekonomi utama memberikan bacaan yang sangat positif susulan dengan pelonggaran dasar-dasar “lock-down” selepas kes-kes Covid-19 menyusut di negara UK. Menurut kepada Office for National Statistik, U.K. Retail Sales untuk bulan yang lalu telah meningkat dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 5.1% ke 9.2%, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak 4.5%. Tambahan pula, U.K. Manufacturing Purchasing Managers Indeks (PMI) dan U.K. Services Purchasing Managers Indeks (PMI) telah memberi bacaan sebanyak 66.1 dan 61.8, yang kedua-dua lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 60.7 dan 60.1 masing-masing. Menurut kepada Reuters, Bank Pusat UK menjangkakan bahawa pertumbuhan ekonomi di UK akan melonjak sebanyak 7.255 pada tahun ini selepas penyusutan hampir 10% pada tahun 2020.
Reviu Pasaran (Komoditi): Mei 17 – 21
GOLD
Harga emas telah mencatat keuntungannya sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1880.00 se troy auns susulan dengan jangkaan terhadap rangsangan ekonomi yang agresif dan dasar monetari yang berkembang dari Bank Pusat Amerika Syarikat telah meningkatkan risiko inflasi pada mada yang akan datang, yang selanjutnya mencetuskan daya tarikan ke atas permintaan aset selamat emas. Kadar inflasi yang lebih tinggi biasanya cenderung mengurangkan nilai mata wang. Justerunya, ketika inflasi tetap tinggi dalam jangka panjang, para pelabur akan membeli komoditi emas untuk melindungi diri dari keadaan inflasi. Sebaliknya, ketidakstabilan besar dalam pasaran mata wang kripto di tengah-tengah kebimbangan yang berkaitan dengan tindakan keras di China telah mendorong sentimen risiko di pasaran kewangan sambil mendorong para pelabur mengalihkan portfolio mereka menjadi emas selamat.
Crude Oil
Harga minyak telah didagang dengan lebih rendah sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $63.60 se tong susulan dengan peningkatan kes-kes Covid-19 yang ketara dari Asia Tenggara telah mengurangkan daya tarikan ke atas permintaan minyak mentah. Menurut kepada StraitsTime, Taiwan, Thailand, Vietnam dan Malaysia telah mengalami peningkatan kes-kes yang ketara dalam beberapa minggu yang lalu. Pada hari Jumaat yang lalu, Taiwan CENTRAL Epidemic Command Centre (CECC) telah melaporkan bahawa sebanyak 312 kes baru yang ditularkan secara tempatan dan tiga kes import. Selain itu, Taiwan telah mengumumkan mandat Tingkat 3 untuk memerangi wabak Covid-19. Walau bagaimanapun, minyak mentah telah mengehadkan kerugiannya selepas data inventori minyak mentah yang positif telah dibebaskan pada minggu yang lalu. Menurut kepada Energy Information Admistration (EIA), Inventori minyak mentah AS telah memberi bacaan sebanyak 1.321M, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 1.623M.
Tinjauan Pasaran: Mei 24 – 28
Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan mengenai data penting seperti data GDP dari rantau Jerman dan juga perkembangan Covid-19 untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.
Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.
Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Mei 24 – 28
Masa | Pasaran | Acara | Sebenar | Ramalan | Terdahulu |
Isnin – 24hb Mei 2021 | |||||
N/A | |||||
Selasa – 25hb Mei 2021 | |||||
14:00 | EUR | German GDP (QoQ) (Q1) | – | -1.7% | -1.7% |
16:00 | EUR | German Ifo Business Climate Index (May) | – | 98.1 | 96.8 |
22:00 | USD | CB Consumer Confidence (May) | – | 119.0 | 121.7 |
22:00 | USD | New Home Sales (Apr) | – | 975K | 1,021K |
Rabu – 26hb Mei 2021 | |||||
10:00 | NZD | RBNZ Interest Rate Decision | – | 0.25% | 0.25% |
10:00 | NZD | RBNZ Rate Statement | – | – | – |
11:00 | NZD | RBNZ Press Conference | – | – | – |
22:30 | USD | Crude Oil Inventories | – | – | 1.321M |
Khamis – 27hb Mei 2021 | |||||
20:30 | USD | Core Durable Goods Orders (MoM) (Apr) | – | 0.7% | 2.3% |
20:30 | USD | GDP (QoQ) (Q1) | – | 6.5% | 6.4% |
20:30 | USD | Initial Jobless Claims | – | 425K | 444K |
22:00 | USD | Pending Home Sales (MoM) (Apr) | – | 1.1% | 1.9% |
Jumaat – 28hb Mei 2021 | |||||
N/A |