83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

24 Disember 2018                  Analisis Mingguan

 

Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Disember 24 – 28  

Kajian Pasaran (Forex): Disember 17 – Disember 21

Dolar AS

Dolar AS telah didagang secara bercampuran bagi sepanjang minggu lepas sementara menutup pasaran Jumaat dengan lebih tinggi di 96.42. Indeks dolar telah didorong oleh peningkatan kadar faedah oleh Bank Pusat AS (Fed) sebanyak 25 mata asas dari 2.25% ke 2.50% pada minggu lepas.

 

Sepanjang minggu lalu, indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi akibat peningkatan kadar oleh Fed. Namun, sentimen terhadap dolar masih bercampuran semasa Pengerusi Fed menyampaikan ucapan dovish mengenai dasar kewangan negara AS serta menegaskan bahawa peningkatan kadar secara beransur-ansuran pada tahun depan akan ditangguhkan atau dimansuhkan sekira tahap inflasi negara mencecah ke paras bawah sasaran sebanyak 2%. Selain itu, Presiden AS Donald Trump telah mengancam untuk menutup kerajaan dengan jangka yang lebih panjang sekiranya Senat gagal untuk meluluskan undang-undang perbelanjaan yang termasuk pembiayaan sebanyak $5 bilion bagi pelan dinding sempadan beliau dan tindakan ini telah mencetuskan kebimbangan dalam pasaran. Namun, pasaran bull dolar menerima sokongan daripada data ekonomi yang baik seperti Initial Jobless Claims yang mempunyai bacaan sebanyak 214k, lebih tinggi daripada jangkaannya sebanyak 129k dan keputusan ini telah menunjukkan pemulihan yang semakin baik dalam pasaran pekerjaan. Tambahan pula, kelihatan ekonomi bertambah baik akibat sentimen pelabur yang positif akibat pembacaan data Machigan Consumer Sentiment yang lebih tinggi sebanyak 98.3 berbanding dengan 97.6.

 

Secara keseluruhan, sentimen terhadap dolar amat bercampuran sementara para pelabur menunggu data dan berita yang selanjutnya untuk mendapatkan isyarat bagi hala aliran sementara pasaran menjelang musim perayaan pada minggu ini.

 

 

USD/JPY

USDJPY melanjutkan kerugiannya sepanjang minggu lepas sementara menutup pasaran Jumaat di 111.20. Yen Jepun yang selamat telah menerima permintaan yang tinggi sepanjang minggu di tengah-tengah ketidakpastian terhadap pasaran yang berisiko. Dengan prospek yang semakin merosot terhadap pertumbuhan global dan ketidakstabilan politik akibat ancaman penutupan kerajaan AS, aset selamat seperti emas dan Yen telah menarik tawaran dari pasaran di tengah-tengah tekanan ekonomi dan politik.

 

EUR/USD

EURUSD telah melanjutkan kerugiannya pada awal minggu lepas sementara menutup pasaran Jumaat dengan lebih rendah di 1.1366. Euro telah mencecah paras rendahnya akibat sentimen pasaran yang diancam oleh prestasi yang buruk sepanjang minggu dan ia berpunca dari ekuiti AS serta risiko ekonomi yang menambah buruk di negara Eropah, UK dan AS. Di samping itu, sentimen ditambah buruk akibat sifat Bank Pusat Eropah yang berhati-hati di mana para pelabur berasa bimbang bahawa data suram yang berterusan akan memaparkan penyusutan ekonomi di EU dan menjejaskan kemungkinan kadar faedah bagi tahun depan.

 

GBP/USD

GBPUSD kekal ditekan sepanjang minggu sementara menutup pasaran dengan lebih rendah di 1.2622. Pasangan ini gagal untuk memulih kekuatannya akibat ketidakpastian Brexit sementara menghadapi kebuntuan semasa Perdana Menteri UK Theresa May berusaha untuk menyelamatkan perjanjian Brexit oleh kerana beliau bimbang bahawa perjanjian tersebut tidak akan mendapat kelulusan undian Parlimen. Sementara tarikh luput Brexit menjelang, Perdana Menteri May telah mengumumkan bahawa undian Parlimen akan diadakan pada pertengahan bulan Januari dan kemungkinan Brexit tanpa perjanjian dijangka tinggi oleh para pelabur dan hal itu akan melanjutkan kerugian pound sterling.

 

Kajian Pasaran (Komoditi): Disember 17 – Disember 21

GOLD

Harga emas telah melonjak sepanjang minggu lepas sementara menutup pasaran Jumaat di $1255.80 se troy auns akibat ketidakpastian terhadap pasaran dolar yang mendorong kenaikan permintaan terhadap emas yang selamat. Kenaikan harga logam kuning tersebut adalah disebabkan oleh pertukaran selera risiko para pelabur akibat daripada ketidakpastian politik di kerajaan AS dan juga penyusutan pertumbuhan ekonomi secara global.

 

Secara keseluruhannya, permintaan terhadap aset selamat kekal tinggi sementara selera risiko para pelabur makin berkurang akibat sentimen yang negatif di pasaran risiko.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah mencecah ke paras terendahnya sementara menutup pasaran Jumaat dengan lebih rendah di $45.31 setong.

 

Sentimen bear telah melanjutkan harga minyak mentah ke paras rendahnya di tengah-tengah kebimbangan bahawa pemotongan bekalan oleh OPEC tidak dapat mengimbangkan kelebihan bekalan minyak. Walaupun OPEC dan sekutunya telah bersetuju untuk memotong bekalan global sebanyak 1.2 juta tong sehari mulai tahun depan, kebimbangan terhadap kelebihan bekalan masih wujud akibat penambahan sebanyak 10 pelantar minyak yang dilaporkan daripada AS pada minggu lepas. Penambahan tersebut merupakan penambahan yang paling tinggi dalam tempoh enam minggu.

 

Secara keseluruhannya, harga minyak mentah meneruskan momentum bearish ke paras terendahnya sementara para pelabur menunggu pemotongan bekalan OPEC mulai tahun depan.

 

Pandangan Mingguan: Disember 24 – 28

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada pelbagai data seperti data CB Consumer Confidence dan Home Sales untuk mendapatkan isyarat yang selanjutnya mengenai kelihatan ekonomi di AS dan juga perkembangan ancaman penutupan kerajaan AS.

 

Bagi pedagang minyak, mereka akan menumpu kepada tahap inventori AS yang dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekuatan permintaan mentah untuk pengguna minyak terbesar di dunia.

 


 

Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Disember 24 – 28

Isnin, Disember 24  

Data

N/A

 

Acara

N/A

 

Selasa, Disember 25  

Data

N/A

 

Acara

N/A

 

Rabu, Disember 26  

Data

N/A

 

Acara

JAP – Monetary Policy Meeting Minutes 

JAP – BoJ Governor Kuroda Speaks

 

Khamis, Disember 27  

Data

USD – Initial Jobless Claims

USD – CB Consumer Confidence

USD – New Home Sales (Nov)

 

Acara

EUR – ECB Economic Bulletin 

 

 

Jumaat, Disember 28

 

 

Data

USD – Pending Home Sales (MoM) (Nov)

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

N/A