25 Februari 2019 Analisis Mingguan
Laporan Mingguan GCMAsia: Februari 25 – Mac 1
Reviu Pasaran (Forex): Februari 18 – Februari 22
US Dollar
Dolar AS telah melanjutkan kerugiannya berbanding dengan sekumpulan mata wang utama sementara menutup pasaran dengan lebih rendah 96.35.
Pada minggu lepas, dolar AS telah menyusut berbanding dengan enam mata wang utama susulan dengan komen dovish dari Naib Pengerusi Fed Randal Quarles. Dalam acara Chicago Booth US Monetary Policy Forum di New York, Randal Quarles telah menyatakan bahawa rancangan normalisasi penyata imbangan digunakan untuk membendung tekanan menurun ke atas kadar pengangguran dan tahap inflasi. Selain itu, Presiden Fed New York John Williams juga menyampaikan nada yang dovish pada minggu lepas di mana beliau memberi amaran kepada Fed untuk berhati-hati mengenai penurunan jangkaan inflasi walaupun Philips Curve diantara kadar pekerjaan dan inflasi adalah masih kukuh. Di samping itu, perbincangan perdagangan antara AS dan China masih belum diselesaikan dan kini Presiden Donald Trump bercadang untuk menangguhkan tarikh akhir peningkatan tarif ke atas $200 bilion barangan China dari 10% ke 25% selagi kedua-dua pihak membuat kemajuan dalam rundingan.
Kesimpulannya, sentimen dolar kekal tertekan oleh jangkaan dovish sementara pasaran berwaspada terhadap perkembangan perdagangan yang kini kekurangan kejelasan dalam isu-isu utama seperti harta intelektual dan pemindahan teknologi serta data inflasi seperti GDP suku keempat yang telah ditunda semasa penutupan kerajaan separa 35 hari pada Khamis minggu ini.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY telah didagang dengan rata sepanjang minggu sambil menutup pasaran Jumaat lepas di 110.63. Dengan ketidakpastian global yang masih menghantui pasaran, yen berjaya untuk mengukuhkan nilainya pada minggu lepas walaupun dengan data pembuatan di Jepun yang suram. Pasaran kini akan menumpukan perhatian kepada perkembangan perdagangan di mana perjanjian di antara dua ekonomi terbesar akan meningkatkan selera risiko pelabur dan mengurangkan permintaan terhadap Yen yang selamat.
EUR/USD
Pada minggu lepas, pasangan EUR/USD telah berkekal stabil sementara menutup pasaran Jumaat pada 1.1331 susulan dengan kekurangan pemangkin baru dari EU. Walau bagaimanapun, laporan terkini telah menunjukkan bahawa EU berkemungkinan untuk diseret ke dalam perang perdagangan baru antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden EU Jean-Claude Junker mengenai industri pertanian AS dan juga import dan eksport kereta EU yang boleh mengancam jurang potensial dalam perdagangan dua belah.
GBP/USD
Pound sterling telah melanjutkan keuntungannya pada minggu lepas sementara menutup pasaran Jumaat di 1.3055 berikutan dengan perkembangan UK yang positif. Menurut kepada berita terkini, penangguhan tarikh akhir rasmi Brexit kemungkinan besar untuk berlaku sewaktu Perdana Menteri UK Theresa May merencanakan untuk menangguhkan Artikel 50 dan undian terhadap pelan Brexit sepanjang dua minggu hingga 12hb Mac. Selain itu, sentimen ditambah baik susulan dengan laporan media yang menyatakan bahawa beberapa pegawai EU bersedia untuk menangguhkan tarikh rasmi 29 Mac sepanjang 21 bulan.
Reviu Pasaran (Komoditi): Februari 18 – Februari 22
GOLD
Harga emas telah menurun secara mendadak sepanjang minggu lepas sementara menutup pasaran Jumaat di $1327.43. Permintaan emas sebagai aset selamat telah berkurang susulan dengan peningkatan optimistik perang perdagangan antara AS dan China yang telah meningkatkan selera risiko para pelabur dan menunjukkan peluang yang baik untuk menjual emas. Sementara perbincangan perdagangan masih berlangsung, pasaran akan menunggu pengesahan yang selanjutnya untuk menentukan hala aliran emas kerana China merupakan salah satu peminta emas yang terbesar.
Crude Oil
Harga minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya sementara menutup pasaran minggu lepas di $57.15 setong berikutan dengan perbincangan perdagangan yang optimistik. Pada minggu lepas, Presiden AS Donald Trump telah bertemu dengan perwakilan perdagangan terkemuka China iaitu Naib Presiden Liu He. Selain itu, penurunan pembekalan minyak yang berterusan di seluruh dunia turut untuk memberi dorongan kepada peningkatan harga minyak. Data US Baker Hughes Oil Rig Count telah melaporkan pengurangan sebanyak 4 bilangan pelantar minyak pada minggu lepas.
Oleh kerana AS dan China merupakan pengguna minyak yang terbesar di dunia, pelabur akan menumpukan perhatian mereka kepada sebarang kemajuan perbincangan perdagangan di mana perjanjian yang tercapai akan memberikan tinjauan positif terhadap permintaan minyak mentah.
Pandangan Mingguan: Februari 25 – Mac 1
Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi fokus kepada kemajuan perbincangan perdagangan dan juga beberapa data ekonomi penting seperi Durable Goods Orders dan Building Permits untuk menentukan prospek dan sentimen pasaran dengan selanjutnya. Selain itu, para pelabur juga akan menumpukan perhatian mereka kepada ucapan dari ahli Fed yang berkemungkinan untuk memberi petunjuk mengenai peningkatan kadar faedah.
Bagi para pedagang komoditi minyak mentah, mereka akan memberi tumpuan kepada data inventori dari API dan EIA untuk melihat kekukuhan permintaan dari pengimport minyak yang terbesar di dunia.
Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Februari 25 – Mac 1
| Isnin, Februari 25 |
Data CHF – Employment Level (Q4)
Acara GBP – BoE Gov Carney Speaks
|
| Selesa, Februari 26 |
Data USD – Building Permits (Dec) USD – CB Consumer Confidence (Feb)
Acara GBP – Inflation Report Hearings GBP – U.K. Prime Minister May Speaks USD – Fed Chair Powell Testifies
|
| Rabu, Februari 27 |
Data CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock NZD – Trade Balance USD – ADP Nonfarm Employment Change (Feb) USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Jan) CAD – Core CPI (MoM) (Jan) USD – Pending Home Sales (MoM) (Jan) CrudeOIL – Crude Oil Inventories
Acara USD – Fed Chair Powell Testifies
|
| Khamis, Februari 28 |
Data JPY – Industrial Production (MoM) (Jan) CHF – GDP (QoQ) (Q4) USD – GDP (QoQ) (Q4) USD – Chicago PMI (Feb)
Acara N/A
|
|
Jumaat, Mac 1
|
Data EUR – German Manufacturing PMI (Feb) EUR – German Unemployment Change (Feb) GBP – Manufacturing PMI (Feb) EUR – CPI (YoY) (Feb) CAD – GDP (MoM) (Dec) USD – ISM Manufacturing PMI (Feb) USD – Michigan Consumer Sentiment (Feb) CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count
Acara N/A
|