25 Mei 2020 Analisis Mingguan
Laporan Mingguan GCMAsia: Mei 25 – 29
Reviu Pasaran (Forex): Mei 18 – 22
US Dollar
Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah melantun pada hari Jumaat lalu setelah mengalami penjualan pada separuh pertama minggu sebelumnya sambil mengakhiri sesi dengan harga 99.75. Data tuntutan pengangguran mingguan dan minit FOMC telah menjadi fokus utama di kalangan pelabur.
Secara keseluruhan, dolar AS masih mengalami kerugian secara keseluruhan. Dari perspektif data, data tuntutan pengangguran dalam minggu lalu telah meningkat dengan bacaan sebanyak 2.438 juta berbanding dengan ramalan sebanyak 2.400 juta. Sektor perumahan A.S. juga merosot dengan drastik di mana data Existing Home Sales telah merosot sebanyak 17.8% berbanding dengan bulan sebelumnya sebanyak -8.5%. Sementara itu, Pengerusi Fed Jerome Powell juga tidak dapat memberikan keyakinan dalam kenaikan dolar. Walaupun Pengerusi Fed Jerome Powell telah menyatakan bahawa masih ada lebih banyak peluru untuk menyokong ekonomi, beliau juga menjangkakan bahawa pemulihan ekonomi AS akan perlahan. Di samping itu, ketegangan antara AS dan China yang semakin meningkat juga memberikan tekanan kepada dolar AS. Pada minggu lalu, Dewan Perwakilan A.S telah meluluskan satu bil untuk menggulingkan dan melarang syarikat China dari bursa AS dan China mengancam akan melawan balik. Mengenai koronavirus di AS, jumlah kes telah meningkat sebanyak 163,260 kepada 1,645,094.
Oleh kerana ketegangan yang semakin meningkat di antara kedua-dua kuasa ekonomi terbesar di dunia, dolar A.S dijangka akan kekal dicabar oleh ketidakpastian antara AS dan China dan juga isu koronavirus yang sedang berterusan sementara pasaran menumpu perhatian kepada perkembangan yang lebih lanjut untuk mengukur sentimen bagi minggu seterusnya.
USD/JPY
Pasangan USD / JPY telah meningkat secara keseluruhan pada minggu lalu dan mengakhiri sesi Jumaat lalu pada harga 107.61. Oleh kerana pelbagai data yang mengecewakan, Yen Jepun gagal untuk mendapatkan sokongan. Eksport telah jatuh 21.9% manakala import juga menurun. PMI untuk sektor swasta juga kurang yakin pada hari Khamis di mana aktiviti sektor pembuatan telah menyusut pada kadar yang lebih pantas dengan bacaan sebanyak 38.4 berbanding dengan bulan sebelumnya pada 41.9. Selain itu, data Japan National CPI juga turun kepada 0.1%, lebih lemah daripada bacaan sebelumnya sebanyak 0.0%.
EUR/USD
Pasangan EUR / USD telah meningkat pada separuh pertama minggu lalu, namun menyerahkan keuntungannya semula pada hari Jumaat lalu sambil mengakhiri sesi pada harga 1.0901. Pada separuh minggu pertama, cadangan untuk dana pemulihan dari Perancis dan Jerman telah membantu Euro dalam menarik tawaran dari pasaran. Namun, momentum tersebut tidak dapat dikekalkan dengan lebih lama. Dari ECB, minit mesyuarat dasar kewangan juga tidak memberi sebarang kesan di mana minit tersebut kekal meminta sokongan fiskal dari ahli negara-negara.
GBP/USD
Pasangan GBP / USD telah jatuh sepanjang minggu lalu sambil menutup pasaran pada harga 1.2163. Hasil bon kerajaan lima tahun Britain telah jatuh di bawah sifar untuk pertama kalinya selepas Britain menjual bon kerajaan pertama dengan hasil negatif. Spekulasi kadar negatif juga menjejaskan keyakinan dengan lebih lanjut terhadap pasangan ini di mana BoE menyatakan bahawa rancangan kadar faedah negatif ‘sedang dipertimbangkan untuk pertama kalinya. Tambahan pula, kekurangan dalam perkembangan mengenai Brexit juga memberikan tekanan yang berterusan untuk pasangan tersebut.
Reviu Pasaran (Komoditi): Mei 18 – 22
GOLD
Harga emas kekal stabil sepanjang minggu lalu, namun masih mengakhiri minggu ini dengan kerugian pada harga $ 1734.22 se troy auns. Berdasarkan dengan peningkatan dalam ketegangan antara AS dan China, permintaan untuk komoditi aset selamat masih kekal disokong. Pada minggu lalu, China merancang untuk melaksanakan undang-undang keselamatan nasional yang kontroversial di Hong Kong yang menyebabkan sejumlah protes yang kecil berlaku di Hong Kong. Oleh itu, Para pelabur mengalihkan portfolio mereka ke logam kuning tersebut sebagai tempat perlindungan untuk mengelakkan risiko.
Crude Oil
Harga minyak mentah kekal kukuh sepanjang minggu lalu sementara menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $ 33.37 setong susulan dengan pasaran kekal bereaksi positif secara keseluruhan terhadap pemulihan permintaan dan penyusutan dalam isu bekalan berlebihan.
Dari segi data, Energy Information Administration (EIA) pada hari Rabu melaporkan bahawa inventori minyak telah jatuh sebanyak 5 juta tong untuk minggu hingga 15 Mei. Jumlah stok minyak telah menurun sebanyak 700,000 tong pada minggu tersebut. Pelantar minyak AS juga menurun untuk minggu ke-10 berturut-turut di mana bilangan pelantar penggerudian aktif untuk minyak di Amerika Syarikat telah menurun sebanyak 21 pada minggu 22 Mei ke paras terendah 318. Peningkatan dalam penggunaan bahan bakar juga membantu menarik para pembeli kepada komoditi hitam ini. Menurut laporan baru-baru ini, beberapa syarikat penerbangan seperti syarikat penerbangan Britain easyJet telah merancang untuk memulakan semula beberapa penerbangan pada 15 Jun dan ia mengisyaratkan permintaan bahan bakar jet yang lebih tinggi. Di samping itu, komoditi ini juga disokong oleh pemotongan dalam pengeluaran yang berterusan dari OPEC dan sekutunya.
Walaupun prospek komoditi tetap positif, ketegangan yang semakin meningkat antara AS dan China berkemungkinan boleh mengehadkan keuntungannya yang berpotensi dan mengubah momentumnya untuk minggu seterusnya. Para pelabur sekarang akan fokus untuk mendapat isyarat yang lebih jelas untuk menentukan arah komoditi tersebut.
Tinjauan Pasaran: Mei 25 – 29
Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan mengenai A.S dan hina juga data-data ekonomi yang penting seperti Jobless Claims dan GDP untuk mendapat isyarat selanjutnya. Selain itu, situasi koronavirus yang berterusan di AS juga akan menjadi perhatian para pelabur.
Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.
Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Mei 25 – 29
| Masa | Pasaran | Acara | Sebenar | Ramalan | Terdahulu |
| Isnin – 25 Mei 2020 | |||||
| 14.00 | EUR | German GDP (QoQ) (Q1) | – | -2.2% | -2.2% |
| 16.00 | EUR | German Ifo Business Climate Index (May) | – | 78.3 | 74.3 |
| Selesa – 26 Mei 2020 | |||||
| 22.00 | USD | CB Consumer Confidence (May) | – | 88.0 | 86.9 |
| 22.00 | USD | New Home Sales (Apr) | – | 490K | 627K |
| Khamis – 28 Mei 2020 | |||||
| 20.30 | USD | Core Durable Goods Orders (MoM) (Apr) | – | -14.0% | -0.6% |
| 20.30 | USD | GDP (QoQ) (Q1) | – | -4.8% | -4.8% |
| 20.30 | USD | Initial Jobless Claims | – | 2100K | 2438K |
| 20.30 | USD | Pending Home Sales (MoM) (Apr) | – | -15.0% | -20.8% |
| 23.00 | CrudeOIL | Crude Oil Inventories | – | – | -4.983M |
| Jumaat – 29 Mei 2020 | |||||
| 17.00 | EUR | CPI (YoY) (May) | – | 0.1% | 0.3% |
| 20.30 | CAD | GDP (MoM) (Mar) | – | -9.0% | 0.0% |