83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

26 Julai 2021               Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Julai 26 – 30

Reviu Pasaran (Forex): Julai 19 – 23

US Dollar

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah merosot berlatarbelakangan dengan data ekonomi negatif dari wilayah Amerika Syarikat pada minggu lalu yang mengurangkan optimisme pasaran terhadap kemajuan ekonomi di Amerika Syarikat. Walaupun demikian, kerugian yang dialami oleh dolar AS telah dihadkan oleh optimisme terhadap rang undang-undang perbelanjaan infrastruktur baru dari Presiden AS Joe Biden. Indeks dolar telah menutup harganya pada sesi Jumaat lalu dengan harga 92.80.

 

Dari segi data ekonomi, Biro Banci A.S melaporkan bahawa data Building Permits A.S. telah menurun dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak 1.683M kepada 1.598M, tersasar daripada ramalan pasaran sebanyak 1.700M. Selain itu, data Initial Jobless Claims A.S. dan Existing Home Sales telah memberi bacaan sebanyak 419K dan 5.86M, lebih teruk daripada jangkaan pasaran masing-masing pada 350K dan 5.90M. Oleh kerana kebanyakan data ekonomi penting adalah lebih teruk daripada yang dijangkakan, ini telah mencetuskan harapan bahawa Rizab Persekutuan akan meneruskan dasar kewangan yang longgar untuk meningkatkan momentum ekonomi di Amerika Syarikat. Dasar kewangan yang agresif akan meningkatkan peredaran wang di pasaran kewangan dan menurunkan daya tarikan dolar AS. Walaupun begitu, pandangan positif untuk perbelanjaan infrastruktur baru telah mengehadkan kerugian yang dialami oleh dolar AS. Senator AS, Senator Demokrat Joe Manchin mendakwa bahawa pentadbiran AS hampir mencapai perjanjian dalam rancangan infrastruktur bipartisan. Para penganalisis berspekulasi bahawa rancangan infrastruktur seperti itu dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat.

 

Buat masa ini, para pelabur akan terus memantau perkembangan yang terkini mengenai pertemuan FOMC, data ekonomi penting dan juga perkembangan Covid-19 pada minggu ini untuk mengukur pergerakan kemungkinan untuk Dolar AS.

 

USD/JPY

Pasangan USD / JPY telah melonjak pada minggu lalu dan mengakhiri pasaran sesi Jumaat lalu pada harga 110.55. Momentum kenaikan secara keseluruhan untuk pasangan USD / JPY adalah disebabkan terutamanya oleh kejatuhan Yen Jepun. Mata wang Yen Jepun yang dianggap sebagai mata wang selamat telah mengalami momentum kejatuhan yang ketara berikutan dengan pasaran saham global yang stabil kerana pelabur tetap optimis terhadap prospek ekonomi dalam ekonomi global. Ini telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka dari aset yang bebas dari risiko kepada aset berisiko yang lain.

 

EUR/USD

Pasangan EUR / USD telah merosot sepanjang minggu lalu dan mengakhiri pasaran sesi Jumaat lalu dengan harga 1.1800. Euro mengalami momentum menurun susulan dengan Bank Pusat Eropah mengeluarkan nada dovish mereka pada minggu lalu. Seperti yang dijangkakan, ECB mengekalkan kadar faedah dan penetapan dasar kewangan dengan tidak berubah. Walau bagaimanapun, ECB telah mengumumkan garis panduan baru untuk dasar kewangan dengan membiarkan inflasi melebihi sasaran 2% dalam jangka masa panjang. Tindakan itu diambil setelah ECB menjangkakan kenaikan inflasi adalah hanya untuk sementara dan mereka ingin memastikan bahawa semua aspek ekonomi telah pulih dengan ketara sebelum mengetatkan dasar kewangan.

 

GBP/USD

Pasangan GBP / USD telah didagang dengan rata pada minggu lalu sambil menutup harga pasaran pada 1.3735. Mata wang Paun Sterling telah didagang dengan rata pada hari Jumaat lalu dengan latar belakang data ekonomi yang bercampuran dari U.K Menurut kepada Office for National Statistics, data Retail Sales MoM U.K telah meningkat dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak -1.3% kepada 0.5%, melebihi ramalan pasaran sebanyak 0.4%. Ini menunjukkan bahawa momentum ekonomi telah mula meningkat dengan perlahan-lahan berikutan dengan sekatan telah dilonggarkan. Walaupun begitu, keuntungan yang dialami oleh Paun Sterling adalah terhad susulan dengan data PMI yang negatif dikeluarkan. Markit Economics melaporkan bahawa data U.K. Composite Purchasing Managers’ Index (PMI) merosot dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak 62.2 kepada 57.7, tersasar daripada ramalan pasaran pada 61.9. Sementara itu, data U.K Manufacturing Purchasing Managers Index (PMI) dan U.K Services Purchasing Managers Index (PMI) telah memberi bacaan pada 60.4 dan 57.8 masing-masing,  kedua-dua juga lebih teruk daripada jangkaan pasaran masing-masing pada 62.7 dan 62.0

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Julai 19 – 23

GOLD

Harga emas telah merosot dengan ketara pada minggu lalu dengan harga $ 1806.35 se troy auns di tengah-tengah sentimen risiko di pasaran FX berikutan dengan pasaran saham global pulih dengan ketara yang disebabkan oleh prospek positif untuk program vaksinasi Covid-19 global. Para pelabur telah mengalihkan portfolio mereka dari aset bebas risiko seperti emas ke pasaran ekuiti yang berisiko. Walaupun demikian, sebelum FOMC mengeluarkan laporannya, pergerakan keseluruhan bagi pasaran emas tetap lemah. Buat masa ini, para pelabur akan terus memberi perhatian kepada perkembangan terkini berkenaan dengan Covid-19 dan FOMC untuk mengukur kemungkinan pergerakan untuk komoditi selamat ini.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah melonjak dengan ketara minggu lalu semasa menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $71.65. Harga minyak mentah memperolehi momentum kenaikan di tengah-tengah pembetulan teknikal selepas mengalami kejatuhan yang besar pada awal minggu ini. Para pelabur tetap optimis bahawa proses vaksinasi yang cepat dapat meningkatkan permintaan minyak di masa depan. Walaupun begitu, keuntungan yang dialami oleh minyak mentah itu telah dihadkan pada latar belakang data inventori yang lemah. Menurut kepada Pentadbiran Maklumat Tenaga, data Crude Oil Inventories A.S tela memberi bacaan sebanyak 2.108M, lebih teruk daripada jangkaan pasaran sebanyak -4.466M.

 

Tinjauan Pasaran: Julai 26 – 30

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada data ekonomi penting seperti GDP A.S untuk menentukan arah selanjutnya. Selain itu, situasi yang berterusan dengan koronavirus juga akan menjadi perhatian para pelabur.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Julai 26- 30

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 26hb Julai 2021
16:00   EUR German Ifo Business Climate Index (Jul) 102.1 101.8
22:00   USD New Home Sales (Jun) 800K 769K
Selasa – 27hb Julai 2021
20:30   USD Core Durable Goods Orders (MoM) (Jun) 0.80% 0.30%
22:00   USD CB Consumer Confidence (Jul) 124.1 127.3
Rabu – 28hb Julai 2021
09:30   AUD CPI (QoQ) (Q2) 0.70% 0.60%
20:30   CAD Core CPI (MoM) (Jun) 0.40% 0.40%
22:30   USD Crude Oil Inventories 2.108M
Khamis – 29hb Julai 2021
02:00   USD FOMC Statement
02:00   USD Fed Interest Rate Decision 0.25%
02:30   USD FOMC Press Conference
15:55   EUR German Unemployment Change (Jul) -25K -38K
20:30   USD GDP (QoQ) (Q2) 8.60% 6.40%
20:30   USD Initial Jobless Claims 419K
22:00   USD Pending Home Sales (MoM) (Jun) 0.50% 8.00%
Jumaat – 30hb Julai 2021
14:00   EUR German GDP (QoQ) (Q2) 2.00% -1.80%
17:00   EUR CPI (YoY) (Jul) 2.00% 1.90%
20:30   CAD GDP (MoM) (May) -0.30% -0.30%