83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

28 Februari 2022                    Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Februari 28 – Mac 04

Reviu Pasaran (Forex): Februari 21– 25

US Dollar

Indeks dolar telah didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah menerima momentum bullish yang ketara pada minggu lalu susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko dalam pasaran FX selepas peningkatan ketegangan di antara Rusia-Ukraine. Tambahan pula, Dolar AS telah melanjutkan keuntungannya selepas data-data ekonomi yang positif telah dibebaskan, yang selanjutnya meningkatkan kemungkinan Bank Pusat AS untuk mengetatkan dasar monetari untuk memerangi kadar inflasi tinggi. Indeks Dolar telah menamatkan sesi minggu lepas pada harga 96.50.

 

Pada minggu lalu, Presiden Rusia Vladimir Putin mengiktiraf dua wilayah yang memisahkan diri di timur Ukraine sebagai merdeka sambil mengarahkan tentera Rusia memasuki Ukraine, mencetuskan kebimbangan mengenai perang besar antara Rusia-Ukraine. Letupan kedengaran dalam Donetsk di timur Ukraine dan kerajaan Ukraine telah memberi amaran terhadap rakyat Ukraine untuk meninggalkan Ukraine susulan dengan jangkaan serangan besar oleh Rusia ke atas Ukraine akan berlaku dalam jangka pendek. Amerika Syarikat telah mengumumkan beberapa sanksi yang termasuk menyekat urus niaga antarabangsa 5 bank utama Rusia, membekukan aset milik Rusia serta menghentikan proses eksport teknologi ke Rusia untuk cara peningkatan ketenteraan dan industri. Di samping itu, Kesatuan Eropah menegaskan bahawa mereka akan mengelakkan beberapa bank Rusia daripada sistem SWIFT antarabangsa. Sementara itu, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, United Kingdom dan Kanada mendakwa mereka akan mengambil langkah untuk menghalang bank pusat Rusia daripada menggunakan rizab asingnya untuk menstabilkan mata wang dan ekonomi mereka, menurut kepada Wall Street Journal.

 

Walau bagaimanapun, pegawai Rusia dan Ukraine telah bersedia untuk mengadakan mesyuarat kali pertama sejak pencerobohan bermula dalam minggu ini, walaupun tidak jelas sejauh mana rundingan yang dirancang itu boleh menamatkan pencerobohan Rusia. Oleh itu, para pelabur buat masa ini akan terus memantau prospek hubungan antara Rusia-Ukraine untuk menerima isyarat dagangan selanjutnya. Peningkatan ketegangan di antara kedua-dua negara akan meningkatkan daya tarikan ke atas aset selamat Dolar AS.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY telah didagang dengan lebih rendah secara keseluruhan pada minggu lepas sambil menamatkan sesi Jumaat lepas dengan harga 115.45. Aset selamat Yen Jepun telah menerima momentum bullish yang ketara pada minggu yang lalu susulan dengan peningkatan risiko geopolitik di antara Rusia dan Ukraine, yang selanjutnya mengurangkan sentimen selera risiko dalam pasaran kewangan dunia sambil mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat Yen.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD telah didagang dengan rendah minggu lepas tetapi tetap tertekan secara keseluruhan sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.1155. Euro telah didagang dnegan lebih rendah berikutan data ekonomi yang negatif serta peningkatan ketegangan di antara Rusia dan Ukraine minggu lepas. Dari segi data ekonomi, Jerman Manufacturing Purchasing Managers Indeks (PMI) telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 59.8 ke bacaan sebanyak 58.5, lebih buruk daripada ramalan pasaran pada 59.5, menurut kepada Markit Economics. Sebaliknya, Euro melanjutkan kerugiannya di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang meningkat di seluruh dunia telah mencetuskan penjualan yang ketara ke atas aset berisiko seperti Euro.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD telah didagang dengan lebih rendah sebelum menamatkan sesi perdagangan minggu lepas pada harga 1.3340. Pound Sterling menerima momentum bearish minggu lalu di tengah-tengah kekurangan sentimen selera risiko dalam ekonomi dunia selepas Rusia melancarkan pencerobohan mereka ke arah Ukraine. Namun begitu, Pound Sterling telah mengehadkan kerugiannya selepas data-data ekonomi positif dibebaskan. Menurut  kepada Markit Economics, UK Composite Purchasing Manager’s Index (PMI) UK meningkat dengan ketara daripada bacaan terdahulu sebanyak 54.2 ke bacaan sebanyak 60.2, melebihi ramalan pasaran sebanyak 55.0, meningkatkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di United Kingdom.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Februari 21 – 25

GOLD

Harga emas telah didagang dengan tinggi pada minggu lalu dengan harga $1905.05 se troy auns di tengah-tengah kekurangan sentimen selera risiko dalam pasaran kewangan. Terdahulu, peningkatan ketegangan geopolitik di antara Rusia-Ukraine dan peningkatan jumlah kadar inflasi telah menyebabkan harga emas ke paras tertinggi 13 bulan dalam dua sesi dagangan yang lalu. Ahli-ahli ekonomi Perlawanan Rusia dan Ukraine tidak mungkin berakhir dalam masa terdekat, yang mengheret daya tarikan saham itu sambil mendorong para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka ke arah emas selamat. Sebaliknya, kadar inflasi AS mencecah paras tertinggi 40 tahun, yang turut mendorong pelabur memasuki pasaran emas untuk melindung nilai daripada risiko inflasi.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah meningkat dengan ketara pada minggu lepas sementara menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $97.30 se tong. Harga minyak mentah telah mencecah paras tertinggi beberapa tahun pada minggu lepas berikutan Rusia melancarkan pencerobohan mereka ke atas Ukraine. Kebimbangan terhadap gangguan bekalan terus mendorong momentum kenaikan harga lebih lanjut pada komoditi hitam ini. Walau bagaimanapun, harga minyak mentah telah mengehadkan kerugiannya selepas ahli-ahli ekonomi mendakwa bahawa sanksi terbaru daripada Amerika Syarikat tidak akan memberi impak yang besar terhadap ekonomi global berikutan dengan ia hanya tertumpu pada ekonomi Rusia. Buat masa ini, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai ketegangan antara Rusia-Ukraine untuk menerima isyarat dagangan selanjutnya.

 

Tinjauan Pasaran: Februari 28 – Mac 04

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti Initial Jobless Claims dan data inflasi bagi menentukan arah aliran pada dolar AS. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai penularan Omicron di seluruh dunia bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Februari 28 – Mac 04

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 28hb Februari 2022
08:30   AUD Retail Sales (MoM) (Jan) 0.4% -4.4%
Selasa – 1hb Mac 2022
9:45   CNY Caixin Manufacturing PMI (Feb) 49.5 49.1
11:30   AUD RBA Interest Rate Decision (Mar) 0.10% 0.10%
11:30   AUD RBA Rate Statement
16:55   EUR German Manufacturing PMI (Feb) 58.5 58.5
17:30   GBP Manufacturing PMI (Feb) 57.3 57.3
21:30   CAD GDP (MoM) (Dec) 0.10% 0.60%
23:00   USD ISM Manufacturing PMI (Feb) 58 57.6
Rabu – 2hb Mac 2022
Tentative   USD U.S. President Biden Speaks
8:30   AUD GDP (QoQ) (Q4) -2.70% -1.90%
16:55   EUR German Unemployment Change (Feb) -23K -48K
18:00   EUR CPI (YoY) (Feb) 5.30% 5.10%
Tentative   GBP Annual Budget Release
21:15   USD ADP Nonfarm Employment Change (Feb) 350K -301K
23:00   CAD BoC Interest Rate Decision 0.50% 0.25%
23:30   USD Crude Oil Inventories 4.515M
Khamis – 3hb Mac 2022
17:30   GBP Composite PMI (Feb) 60.2 60.2
17:30   GBP Services PMI (Feb) 7.00% 60.8 60.8
20:30   EUR ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
21:30   USD Initial Jobless Claims 801K 226K 232K
23:00   USD Fed Chair Powell Testifies
23:00   USD ISM Non-Manufacturing PMI (Feb) 61 59.9
Jumaat – 4hb Mac 2022
8:30   AUD Retail Sales (MoM) -4.40%
17:30   GBP Construction PMI (Feb) 54.3 56.3
21:30   USD Nonfarm Payrolls (Feb) 450K 467K
21:30   USD Unemployment Rate (Feb) 3.90% 4.00%
23:00   CAD Ivey PMI (Feb) 50.7