83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

28 Jun 2021                 Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Jun 28 –  Julai 2

Reviu Pasaran (Forex): Jun 21 – 25

US Dollar

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah jatuh dengan latar belakang kenyataan yang dovish dari bank pusat Fed. Pegawai kanan Fed mendakwa bahawa ekonomi AS masih belum bersedia untuk bank pusat dalam mengganggu sokongan kewangan yang berkembang, walaupun prospek telah bertambah baik. Indeks dolar telah menutup harganya pada sesi Jumaat lalu dengan harga 91.50.

 

Menurut kepada Reuters, ahli Federal Reserve John William menegaskan bahawa Fed harus mematuhi syarat-syarat kerangka dasar kewangan yang agresifnya walaupun ekonomi telah menjadi semakin baik sepanjang masa. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa inflasi dijangka akan menurun dalam jangka panjang, dengan kenaikan harga pengguna pada masa ini adalah untuk sementara sahaja. Selain itu, pengerusi Fed Jerome Powell menegaskan bahawa bank pusat A.S. akan terus melaksanakan program pelonggaran kuantitatifnya untuk meningkatkan pasaran pekerjaan di Amerika Syarikat, dan tidak akan meningkatkan kadar faedah terlalu cepat dengan hanya berdasarkan pada ketakutan terhadap inflasi yang akan datang. Dasar kewangan yang berkembang secara agresif akan meningkatkan peredaran wang di pasaran dan memacu risiko inflasi yang lebih tinggi serta mengurangkan daya tarikan dolar AS. Walaupun begitu, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) dari Fed telah menyatakan pandangan yang berbeza mengenai dasar kewangan. Sentimen secara keseluruhan dari Fed tetap kabur. Oleh itu, para pelabur akan terus memberi perhatian terhadap perkembangan terkini berkenaan dengan data ekonomi penting serta program vaksinasi Covid-19 untuk mengukur kemungkinan pergerakan mata wang.

 

Dari segi data ekonomi, sebahagian besar data ekonomi penting dari Amerika Syarikat telah membri bacaan yang suram. Menurut kepada Census Bureau, data New Home Sales A.S. telah memberi bacaan sebanyak 769K, lebih teruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 870K. Lebih-lebih lagi, data Core Durable Goods Orders A.S. untuk bulan lalu dan data Initial Jobless Claims A.S. telah memberi baccan sebanyak 0.3% dan 411K, yang lebih rendah daripada jangkaan pasaran masing-masing pada 0.8% dan 380K.

 

USD/JPY

Pasangan USD / JPY mengalami momentum bearish pada minggu lepas dan mengakhiri pasaran pada sesi Jumaat lalu dengan harga 110.65. Momentum penurunan secara keseluruhan bagi pasangan ini adalah disebabkan terutamanya oleh kejatuhan nilai dolar AS. Selain itu, peningkatan jumlah kes Covid-19 di rantau Asia pada hujung minggu telah menimbulkan perubahan sentimen ke arah mata wang selamat, seperti Yen Jepun. Menurut kepada Reuters, Indonesia sedang bertempur dengan kes tinggi sementara sekatan di Malaysia dijadualkan untuk dilanjutkan. Thailand juga mengumumkan sekatan baru di Bangkok dan wilayah lain.

 

EUR/USD

Pasangan EUR / USD melonjak sepanjang minggu dan mengakhiri sesi minggu lalu dengan harga 1.1940. Momentum kenaikan secara keseluruhan untuk pasangan EUR / USD adalah disebabkan oleh kejatuhan dolar AS. Selain itu, Euro juga melanjutkan keuntungan dengan latar belakang data ekonomi yang memberangsangkan pada minggu lalu. Menurut kepada Markit Economics, data Germany Manufacturing Purchasing Managers Index (PMI) meningkat dengan ketara daripada bacaan sebelumnya sebanyak 64.4 kepada 64.9, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 63.0. Di samping itu, pertumbuhan sektor swasta zon Euro pada bulan Jun meningkat ke tahap tertinggi sejak pertengahan tahun 2006 berikutan dengan pelonggaran sekatan dan peningkatan dalam keyakinan masyarakat terhadap program vaksin, menurut kepada HIS Markit. Selain itu, jangkitan Covid-19 telah menyusut ke tahap terendah sejak September lalu dan dijangka akan jatuh dengan lebih lanjut pada bulan Julai kepada paras  terendah sejak pandemik ini bermula.

 

GBP/USD

Pasangan GBP / USD telah jatuh pada minggu lalu sambil menutup harga pasaran pada 1.3880. Paun sterling telah mengalami momentum bearish pada minggu lalu berikutan dengan bank pusat England mengekalkan kadar faedah mereka pada 0.1%. Selain itu, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) juga menetapkan kebijakan monetari perluasan untuk mencapai sasaran inflasi 2% dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kadar pekerjaan. Selain itu, Jawatankuasa juga memilih sebulat suara untuk Bank of England untuk mengekalkan stok pembelian bon korporat dan meneruskan program pembelian bon kerajaan UK yang ada. Ia juga mengekalkan sasaran pembelian bon kerajaan pada £875 bilion dan jumlah sasaran pembelian aset pada £ 895 bilion. Sebaliknya, paun sterling menambah kerugiannya di tengah-tengah jumlah kes Covid-19 yang melonjak yang telah menjejaskan optimisme pasaran terhadap ekonomi di UK. Menurut kepada CNBC, UK mencatatkan jangkitan Covid-19 terbarunya sejak awal Februari pada hari Sabtu. Data kerajaan menunjukkan bahawa 18,270 orang lagi diuji positif dengan virus di seluruh UK, jumlah harian tertinggi sejak 5 Februari. Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, 100,000 yang awal telah diuji positif, peningkatan yang lebih daripada 50% pada minggu sebelumnya.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Jun 21 – 25

GOLD

Harga emas telah didagang dalam lingkungan sepanjang minggu lalu sambil menutup harganya pada $ 1778.50 se troy auns. Sebelum ini, harga emas telah menjunam dengan tajam berikutan dengan Fed memberi isyarat bahawa ia akan meningkatkan kadar faedah lebih cepat daripada yang dijangkakan. Kadar faedah yang lebih tinggi di A.S. menjadikan pelaburan bon Amerika lebih menarik bagi pelaburan asing dan mendorong hasil perbendaharaan untuk meningkat dengan ketara sambil mengurangkan daya tarikan emas sebagai aset selamat. Walaupun begitu, para pelabur akan terus memantau perkembangan yang terbaru berkenaan dengan data ekonomi penting dari wilayah AS agar dapat menerima isyarat perdagangan lebih lanjut.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah melonjak pada minggu lalu sambil menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $ 71.50 setong di tengah-tengah pasaran menjangka bahawa perkembangan yang positif dalam program vaksinasi Covid-19 akan meningkatkan prospek ekonomi dan juga permintaan minyak mentah pada masa akan datang. Dari segi data, Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) melaporkan bahawa inventori minyak mentah AS menurun dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak -7.355M kepada -7.614M, lebih baik daripada jangkasan pasaran pada -3.942M. Buat masa ini, pelabur akan menumpu perhatian terhadap mesyuarat OPEC + yang akan diadakan pada 1 Julai 2021 untuk mengukur kemungkinan pergerakan komoditi.

 

Tinjauan Pasaran: Jun 28 –  Julai 2

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada data ekonomi penting seperti Non-Farm Payroll untuk menentukan arah selanjutnya. Selain itu, situasi yang berterusan dengan koronavirus juga akan menjadi perhatian para pelabur.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Jun 28 –  Julai 2

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 28hb Jun 2021
N/A
Selasa – 29hb Jun 2021
22:00 USD CB Consumer Confidence (Jun) 119.0 117.2
Rabu – 30hb Jun 2021
09:00   CNY Manufacturing PMI (Jun) 50.7 51.0
14:00   GBP GDP (QoQ) (Q1) -1.50% -1.50%
14:00   GBP GDP (YoY) (Q1) -6.10% -6.10%
15:55   EUR German Unemployment Change (Jun) -16K -15K
17:00   EUR CPI (YoY) (Jun) 1.90% 2.00%
20:15   USD ADP Nonfarm Employment Change (Jun) 600K 978K
20:30   CAD GDP (MoM) (Apr) -0.90% 1.10%
22:00   USD Pending Home Sales (MoM) (May) -1.00% -4.40%
22:30   USD Crude Oil Inventories -7.614M
Khamis – 1hb Julai 2021
07:50   JPY Tankan Large Manufacturers Index (Q2) 15 5
07:50   JPY Tankan Large Non-Manufacturers Index (Q2) 3 -1
09:45   CNY Caixin Manufacturing PMI (Jun) 51.8 52
15:55   EUR German Manufacturing PMI (Jun) 64.9 64.4
16:30   GBP Manufacturing PMI (Jun) 64.2 64.2
20:30   USD Initial Jobless Claims 386K 411K
22:00   USD ISM Manufacturing PMI (Jun) 61 61.2
Jumaat – 2hb Julai 2021
03:00   GBP BoE Gov Bailey Speaks
20:30   USD Nonfarm Payrolls (Jun) 675K 559K
20:30   USD Unemployment Rate (Jun) 5.70% 5.80%
20:30   EUR ECB President Lagarde Speaks