83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

28 September 2020                          Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: September 28 – Oktober 2

Reviu Pasaran (Forex): September 21 – 26

US Dollar

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah menyusut pada minggu yang lalu selepas Bank Pusat AS memberikan penyataan yang hawkish terhadap perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat dengan menyebutkan prospek kenaikan kadar faedah pada masa depan, yang selanjutnya meningkatkan keyakinan pasaran ke atas perkembangan ekonomi di A.S. Tambahan pula, peningkatan kes-kes koronavirus yang mendadak dari rantau Eropah dan juga data-data ekonomi yang suram dari negara lain telah mengurangkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat Dolar AS. Pada hari Jumaat yang lalu, Indeks dolar telah menutup harganya pada 93.23.

 

Menurut kepada Reuters, Pengerusi Federal Reserve Jerome Powell memberitahu panel kongres pada hari Selasa yang lalu bahawa ekonomi di A.S. telah menunjukkan tanda pemulihan yang baik sejak pandemik koronavirus, walaupun beliau juga menegaskan bahawa Bank Pusat AS akan melaksanakan rangsangan ekonomi yang lebih banyak sekiranya diperlukan untuk memberangsangkan perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat. Tambahan pula, Presiden Fed Chicago Charles Evan menegaskan bahawa Fed mungkina kan meningkatkan kadar faedahnya sebelum ekonomi A.S. telah mencapai sasaran inflasinya pada rata-rata 2%. Beliau juga mengulangi bahawa dasar pelonggaran kuantitatif yang agresif tidak akan memberikan faedah yang banyak kepada ekonomi A.S. Selain itu, peningkatan kes-kes koronavirus yang ketara dari Eropah telah memaksa kerajaan Eropah untuk melaksanakan dasar-dasar “lock-down” dalam beberapa sektor ekonomi, yang selanjutnya mencetuskan prospek negatif ke atas perkembangan ekonomi di Eropah sambil mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat Dolar AS.

 

Dari segi data-data ekonomi, kebanyakan data-data ekonomi dari rantau A.S. telah memberikan bacaan yang suram pad minggu yang lalu, walaupun beberapa hasilnya adalah lebih baik daripada jangkaan pasaran. Menurut kepada Department of Labor, A.S. Initial Jobless Claims telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 866K ke bacaan sebanyak 870K, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 840K sambil memberi isyarat bahawa pemulihan ekonomi masih berjalan dengan perlahan di Amerika Syarikat. Selain itu, A.S. Core Durable Goods Orders untuk bulan lepas telah memberi bacaan sebanyak 0.4%, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 1.2%. Oleh kerana kedua-dua data yang penting dari A.S. telah menunjukkan bacaan yang positif, yang memberikan tekanan bearish sedikit ke atas Dolar AS. Walau bagaimanapun, momentum keseluruhan Dolar AS masih kekal kukuh susulan dengan pembebasan data perumahan yang positif pada minggu yang lalu. Census Bureau telah melaporkan bahawa A.S. New Home Sales telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 965K ke bacaan sebanyak 1,011K, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 895K. Semasa penulisan, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai rangsangan ekonomi yang akan diundikan pada minggu ini untuk menjangkakan pergerakan dalam pasangan tersebut.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah didagang dengan lebih tinggi pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi dagangan hari Jumaat lepas pada harga 105.58. Momentum bullish untuk pasangan USD/JPY kebanyakan didorong oleh peningkatan dalam Dolar AS. Untuk prospek untuk perkembangan ekonomi di Jepun, Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga menegaskan bahawa pemerintah Jepun akan terus menyokong proses pemulihan ekonomi dari krisis koronavirus. Meskipun demikian, permintaan pasaran ke atas pasangan aset selamat Yen Jepun adalah juga tetap kukuh berikutan dengan Gabenor Bank of Japan (BOJ) Haruhiko Kuroda mengatakan bahawa ketegangan di pasaran kewangan dan modal disebabkan koronavirus telah mereda, yang selanjutnya meningkatkan sentimen pasaran optimisme ke atas perkembangan ekonomi di Jepun.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah mencatat kerugiannya pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.1616. Pasangan tersebut menerima momentum bearish pada minggu lepas kebanyakan didorong oleh peningkatan dalam mata wang saingan, terutamanya dalam Dolar A.S. Selain itu, Euro telah melanjutkan kerugiannya susulan dengan peningkatan kes-kes koronavirus yang ketara dari rantau Eropah. Jumlah jangkitan koronavirys yang semakin meningkat telah mendorong para pembuat dasar Eropah untuk mengenakan sekatan pada beberapa sektor ekonomi, yang mencetuskan kebimbangan mengenai kemajuan pemulihan ekonomi dari Eropah pada masa depan. Walau bagaimanapun, kerugian untuk Euro telah terhad selepas data ekonomi yang positif telah dibebaskan. Menurut kepada Markits Ecnomics, Jerman Manufacturing Purchasing Managers indeks (PMI) telah memberi bacaan sebanyak 56.6, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 52.5.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih rendah sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.2742. Paun sterling telah menerima tekanan bearish yang mendadak susulan dengan ketidakstabilan dalam isu Brexit, peningkatan kes-kes koronavirus yang mendadak dan penyataan yang dovish dari Bank Pusat UK. Menurut kepada Reuters, Gabenor Bank of England Andrew menegaskan bahawa beliau tidak mengecualikan kemungkinan memotong kadar faedah ke bacaan yang negatif, sambil mengulangi bahawa BoE masih mencari alat kewangan yang sesuai untuk memperbaiki kemajuan ekonomi di UK. Selain itu, prospek untuk permintaan Paun Sterling masih suram susulan dengan risiko mengenai Brexit tanpa perjanjian masih berlegar dalam pasaran dan dasar-dasar “lock-down” yang telah dijalankan telah mencetuskan prospek negatif ke atas perkembangan ekonomi di UK. Pada minggu yang lalu, Perdana Menteri Borish Johnson telah menyuruh pekerja untuk bekerja dari rumah dan memerintahkan restoran dan bar ditutup lebih awal.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): September 21 – 26

GOLD

Harga emas telah mencatat kerugiannya sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1861.10 se troy auns.  Aset selamat komoditi emas telah mengalami penyusutan yang tertinggi sejak bulan Ogos pada minggu yang lalu susulan dengan peningkatan Dolar AS telah mengurangkan permintaan ke atas komoditi emas. Namun, kerugian untuk emas adalah masih terhad susulan dengan harapan untuk lebih banyak langkah rangsangan A.S. muncul kembali. Sebelumnya, rangsangan ekonomi koronavirus tetap menghadapi kebuntuan sementara para pelabur menjangkakan bahawa peluang untuk melaksanakan rangsangan ekonomi yang agresif adalah masih kecil pada masa depan.  Walau bagaimanapun, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai rangsangan ekonomi terdahulu yang akan diundikan pada minggu ini untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.

 

Crude Oil

Harga minyak didagangkan dengan lebih rendah sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $40.05 se tong. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan rendah selepas data inventori minyak mentah telah dibebaskan pada minggu yang lalu. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), A.S. Inventori minyak mentah telah memberi bacaan sebanyak -1.639M, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak -2.325M. Tambahan pula, peningkatan kes-kes koronavirus yang ketara dari rantau negeri utama A.S. dan juga negara lain telah mencetuskan kebimbangan terhadap pelaksanaan dasar “lock-down” sambil memberi prospek negatif ke atas permintaan minyak mentah pada masa depan. Namun, pengembangan vaksin koronavirus tetap menjadi pemangkin penting untuk pasaran minyak pada masa depan. Oleh itu, para pelabur perlu memantau perkembangan mengenai vaksin koronavirus untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.

 

Tinjauan Pasaran: September 28 – Oktober 2

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan mengenai wabak koronavirus, ketegangan perang perdagangan di antara A.S. dan China, dan juga data-data ekonomi yang penting seperti US GDP yang akan dibebaskan pada minggu ini untuk menjangkakan pergerakan dalam pasangan-pasangan tersebut.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: September 28 – Oktober 2

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 28hb September 2020
21:45 EUR ECB President Lagarde Speaks
Selasa –29hb September 2020
22:00 USD CB Consumer Confidence (Sep) 89.2 84.8
Rabu – 30hb September 2020
04:30 CrudeOIL API Weekly Crude Oil Stock 0.691M
09:30 CNY Manufacturing PMI 51.2 51.0
09:30 CNY Caixin Manufacturing PMI (Sep) 53.1 53.1
14:00 GBP GDP (QoQ) (Q2) -20.4% -20.4%
15:30 EUR ECB President Lagarde Speaks
17:00 EUR CPI (YoY) (Sep) -0.2% -0.2%
20:15 USD ADP Nonfarm Employment Change (Sep) 605K 428K
20:30 USD GDP (QoQ) (Q2) -31.7% -31.7%
20:30 CAD GDP (MoM) (Jul) 3.0% 6.5%
22:00 USD Pending Home Sales (MoM) (Aug) 3.2% 5.9%
22:30 CrudeOIL                 Crude Oil Inventories -2.325M -1.693M
Khamis – 1hb Oktober 2020
07:50 JPY Tankan Large Manufacturers Index (Q3) -23 -34
07:50 JPY Tankan Large Non-Manufacturers Index (Q3) -9 -17
15:55 EUR German Manufacturing PMI (Sep) 56.6 56.6
16:30 GBP Manufacturing PMI (Sep) 54.3 54.3
18:00 EUR EU Leaders Summit
20:30 USD Initial Jobless Claims 850K 870K
22:00 USD ISM Manufacturing PMI (Sep) 56.2 56.0
Jumaat– 2hb Oktober 2020
09:30 AUD Retail Sales (MoM) (Aug) -4.2% 3.2%
17:00 EUR CPI (YoY) (Sep) -0.1% -0.2%
20:30 USD Nonfarm Payrolls (Sep) 850K 1.371K
20:30 USD Unemployment Rate (Sep) 8.2% 8.4%