83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

28 Disember 2020                  Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Disember 28 – Januari 1

Reviu Pasaran (Forex): Disember 21 – 25

US Dollar

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah berjaya mengembalikan sesetengah keuntungannya dan melantun dari kerugian sebelumnya, tetapi tidak lama kemudian telah didagang lebih rendah dan kekal ditekan dalam pasaran yang senyap sehingga akhir minggu, mengakhiri pasaran minggu lalu dengan harga 90.19. Disebabkan oleh musim percutian di AS, dolar AS kebanyakannya mengambil petunjuk dari data ekonomi, koronavirus dan rangsangan AS.

 

Dari perspektif data, beberapa data-data utama seperti GDP, Consumer Confidence, Core Durable Goods Order dan tuntutan pengangguran mingguan telah menjadi tumpuan. Oleh disebabkan kebimbangan terhadap peningkatan yang mendadak dalam kes COVID-19 baru, data Consumer Confidence telah turun dari 96.1 ke 88.6. Namun dari segi positif, data Initial Jobless Claims telah bertambah baik kepada 805K, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 885K. Data Durable Goods Orders juga positif dengan pesanan meningkat sebanyak 0.9% pada bulan November. GDP A.S. untuk suku ketiga juga meningkat kepada 33.4% berbanding jangkaan pasaran sebanyak 33.1%. Dari segi rangsangan AS, naik dan turun dalam perkembangan rangsangan A.S. juga menimbang dalam dolar AS. Minggu lalu, kongres A.S. telah meluluskan rangsangan A.S sebanyak $ 900 bilion dan menunggu untuk tandatangan dari Donald Trump. Namun, Donald Trump mengancam untuk tidak menandatangani rangsangan  tersebut karena beliau menganggap rangsangan ekonomi itu terlalu rendah dan “memalukan”. Walaupun begitu, dolar AS disokong oleh wabak koronavirus yang semakin teruk di mana ia menyebabkan beberapa negara mengenakan sekatan yang lebih ketat pada minggu percutian dan menyebabkan para pelabur menuju kembali ke pasaran selamat seperti dolar A.S.

 

Dengan musim percutian yang dijangkakan akan menyebabkan pasaran kekal tenang sehingga ke tahun baru, pasaran dijangkakan akan berwaspada tetapi tetap optimis terhadap dolar AS kecuali ada pemangkin mengejutkan yang boleh mencetuskan momentum untuk dolar.

 

USD/JPY

Pasangan USD / JPY telah mendapat beberapa permintaan yang segar pada awal minggu dan terus didagang  secara stabil sepanjang akhir minggu lalu sambil menutup pasaran dengan harga 103,66. Dari segi data, data Retail Sales Jepun telah jatuh kepada 0.7%, di bawah jangkaan pasaran sebanyak 1.7%. Pada masa yang sama, CPI Tokyo juga jatuh ke -0.9% berbanding dengan jangkaan pasaran sebanyak -0.8%. Selain itu, optimisme dalam perjanjian Brexit juga membantu dalam menyokong pasangan ini.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD  telah menyerah sebahagian daripada keuntungan sebelumnya dan didagang dengan lebih secara keseluruhan sepanjang minggu lalu sambil menutup pasaran dengan harga 1.2180. Dari segi data, data Consumer Confidence Zon Euro telah bertambah baik kepada -13.9, lebih baik daripada jangkaan pasaran -16.8. Sementara di Jerman, data GfK Consumer Climate juga lebih baik daripada jangkaan pasaran dengan bacaan sebanyak -7.3% berbanding dengan jangkaan sebanyak -8.8. Namun, data-data positif tersebut tidak memberi sebarang kesan terhadap pasangan ini kerana lonjakan terbaru dalam kes COVID-19 baru dan langkah-langkah sekatan yang lebih ketat di negara-negara EU telah meningkatkan ketidakpastian dan memberi tekanan negatif kepada pasangan ini.

 

GBP/USD

Pasangan GBP / USD telah didagang lebih tinggi secara keseluruhan sambil mengakhiri pasaran minggu lalu dengan harga 1.3532. Walaupun dengan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap koronavirus baru di UK, perkembangan yang positif dalam perjanjian Brexit telah membantu dalam mengimbangi berita negatif. Laporan mengenai strain koronavirus baru yang menyebabkan langkah sekatan yang lebih ketat telah mempengaruhi mata wang paun sterling dalam minggu lalu. Namun, kesepakatan dalam perjanjian Brexit pada akhir minggu lalu telah menyokong kepada pemulangan pasaran lembu untuk mengakhiri minggu lalu dalam hijau.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Disember 21 – 25

GOLD

Harga emas terus didagang secara stabil sepanjang minggu lalu, tetapi masih mengakhiri minggu laly dengan kerugian pada harga 1879.18 susulan dengan komoditi ini mengalami naik turun yang agresif disebabkan oleh pakej rangsangan koronavirus AS dan kenaikan dolar yang tidak dijangka dalam beberapa hari terakhir lalu. Emas telah ditolak naik dan turun sejak Kongres A.S. meluluskan rangsangan koronavirus  yang bernilai $900 bilion dan $ 1.4 trilion dalam pembiayaan kerajaan persekutuan, tetapi keengganan Presiden Donald Trump untuk menandatangani rangsangan itu menyebabkan pakej-pakej ini kekal dalam keadaan yang tidak pasti. Di samping itu, kekuatan dolar AS juga mempengaruhi komoditi ini di mana ia menyebabkan lantunan harga komoditi dihadkan pada akhir minggu lalu dan mengakibatkan kerugian mingguan.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah berjaya menterbalikkan sebahagian besar daripada kerugiannya setelah mengalami penurunan yang mendadak pada awal minggu lalu, tetapi masih menutup pasaran dengan kerugian pada harga 48.21. Komoditi ini mengambil petunjuk dari perjanjian Brexit, rangsangan AS yang menyebabkan sentimen keseluruhan bercampur-campur.

 

Pada awal minggu ini, komoditi mengalami tekanan penjualan yang ketara susulan dengan reaksi pasaran terhadap strain koronavirus baru yang menyebabkan langkah sekatan yang lebih ketat dan mencetuskan ketakutan. Namun, komoditi tersebut segera menterbalikkan sebahagian besar daripada kerugiannya pada akhir minggu setelah U.K dan EU mencapai kesepakatan dalam perdagangan dan meningkatkan prospek permintaan bahan bakar. Selain itu, permintaan untuk komoditi ini juga disokong oleh data EIA yang optimis. Dari segi data, Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) pada hari Rabu telah melaporkan pengurangan inventori minyak sebanyak -0.562 juta tong. Walaupun pengurangannya adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan jangkaan pasaran untuk penurunan sebanyak -3.186 juta, tetapi ia adalah bertentangan dengan laporan API yang melaporkan kenaikan sebanyak 2.7 juta tong. Walau bagaimanapun, ketakutan yang berlanjutan terhadap koronavirus yang baru telah mengehadkan keuntungan komoditi tersebut.

 

Oleh kerana pasaran dijangka akan kekal dalam suasana percutian, para pelabur melihat ke depan sementara menunggu lebih banyak pemangkin untuk mengukur sentimen yang lebih lanjut bagi komoditi tersebut.

 

Tinjauan Pasaran: Disember 28  – Januari 1

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada perkembangan dalam rangsangan, perkembangan dan kesan koronavirus di AS serta data-data ekonomi seperti keyakinan pengguna dan tuntutan pengangguran mingguan untuk menentukan arah selanjutnya.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Disember 28  – Januari 1

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 28hb Disember 2020
N/A
Selasa – 29hb Disember 2020
23:00 USD CB Consumer Confidence (Dec) 97.0 96.1
Rabu – 30hb Disember 2020
23:00 USD Pending Home Sales (MoM) (Nov) 0.2% -1.1%
23:30 USD Crude Oil Inventories -0.562M
Khamis – 31hb Disember 2020
09:00 CNY Manufacturing PMI (Dec) 52.2 52.1
21:30 USD Initial Jobless Claims 835K 803K
Jumaat – 1hb Januari 2021
N/A