83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

29 Mac 2021               Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Mac 29 – April 2

Reviu Pasaran (Forex): Mac 22 – 26

US Dollar

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah melonjak pada minggu lalu sambil mengakhiri pasaran dengan harga 92.66. Oleh kerana prospek ekonomi AS terus cerah dengan perkembangan vaksin, para pelabur terus bergegas ke pasaran dolar AS.

 

Dari segi data, data GDP telah memberi bacaan yang lebih tinggi daripada yang dijangkakan untuk suku keempat dengan bacaan sebanyak 4.3% berbanding dengan jangkaan sebanyak 4.1%. Tuntutan pengangguran AS juga menguntungkan dolar AS kerana ia jatuh ke paras terendah satu tahun minggu lalu pada 684K berbanding dengan jangkaan sebanyak 730K. Walaupun dengan beberapa data yang lebih lemah seperti data Home Sales dan Core Durable Goods Order, ia tidak mempunyai reaksi yang besar terhadap dolar kerana pasaran kekal optimis terhadap prospek ekonomi AS.

 

Di samping itu, perkembangan vaksin yang kukuh di AS ditambah dengan komen dari Presiden A.S. Joe Biden untuk menambah jumlah vaksinasi juga memberikan sokongan untuk dolar AS. Pada minggu lalu, Presiden A.S. Joe Biden berjanji akan menggandakan rancangan vaksinasi setelah mencapai matlamat sebelumnya sebanyak 100 juta. Pada hari Sabtu, kira-kira satu pertiga daripada populasi orang dewasa yang berjumlah sekitar 91 juta rakyat A.S. telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksinasi COVID-19.

 

Dengan latar belakang pakej rangsangan A.S. yang berterusan, pengembangan vaksin yang kuat dan prospek yang lebih baik, pemulihan ekonomi A.S. dijangka akan semakin cepat sementara pasaran terus memantau keadaan COVID-19 dan data ekonomi lebih lanjut untuk mengukur sentimen jangka pendek.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah melonjak sepanjang minggu lalu sambil mengakhiri pasaran pada harga 109.65. Dari segi data, data Manufacturing PMI dari Jepun telah meningkat dari 51.4 kepada 52.0 sementara data Service PMI meningkat dari 46.3 ke 46.5. Data Tokyo Core CPI juga meningkat kepada -0.1% berbanding dengan jangkaan sebanyak -0.2%. Walaupun begitu, data-data tersebut tidak mencetus sebarang reasksi kepada Yen Jepun. Sebaliknya, Yen Jepun mengalami tekanan penjualan yang ketara disebabkan oleh kenaikan dalam dolar AS yang disokong oleh prospek positif dan mengurangkan daya tarikan bagi Yen.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah jatuh minggu lalu dan mengakhiri pasaran dengan kerugian pada harga 1.1793. Dari segi data, data German Manufacturing PMI melonjak kepada 66.6, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak 60.8. Selain itu, data German IFO Business Climate Index juga meningkat sebanyak 96.6 berbanding dengan jangkaan pasaran sebanyak 93.2. Walaupun sebahagian besar daripada data positif, isu vaksin yang berterusan, gelombang ketiga COVID-19 dan pelancaran semula sekatan terus membebani pasangan ini dan mengimbangi statistik positif tersebut. Buletin Ekonomi ECB juga membincangkan kemungkinan risiko terhadap pemulihan pada minggu lalu.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah mengakhiri pasaran minggu lalu dengan kerugian, tetapi masih berjaya memulihkan sebahagian dari kerugiannya sebelum berakhir pada harga 1.3789. Pada separuh pertama minggu lalu, momentum penurunan secara keseluruhan adalah disebabkan oleh kenaikan dalam kekuatan dolar A.S. Namun, pasangan itu mengembalikan sebahagian besar daripada kerugiannya selepas ketegangan antara EU dan UK menyusut kerana kedua-duanya memutuskan untuk bekerjasama untuk mencapai kesepakatan yang menguntungkan kedua-dua negara setelah EU sebelum ini merancang untuk menyekat eksport vaksin ke UK. Pada masa yang sama, vaksinasi dan pelonggaran sekatan di UK juga memberikan sokongan kepada mata wang paun sterling.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Mac 22 – 26

GOLD

Harga emas kekal didagang secara stabil secara keseluruhan sementara mengakhiri pasaran minggu lalu pada harga $1732.20. Walaupun dengan kenaikan dolar A.S., logam kuning ini tetap berdaya tahan dan stabil kerana para pelabur menghadam tema bertentangan yang berbeza seperti perkembangan vaksinasi dan kes COVID-19 baru di wilayah Euro. Oleh disebabkan kekurangan arah yang jelas, pasaran akan fokus kepada pemangkin berpotensi seperti perkembangan COVID-19 atau berita geopolitik untuk mengukur pergerakan komoditi.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah mengalami volatiliti besar tetapi masih mengakhiri minggu lalu dengan sedikit kerugian pada harga $ 60.71 setong. Mengikuti pemangkin yang bercampuran, para pelabur menghadapi kesukaran untuk menentukan arah komoditi hitam ini. Pada minggu lalu, sebuah kapal kontena raksasa bernama “Evergreen” telah tersangkut di Terusan Suez, salah satu lorong penghantaran tersibuk di dunia dan menyebabkan berjuta-juta gelen perdagangan minyak terhenti. Walaupun sekatan itu dijangka akan mempengaruhi bekalan minyak mentah dan boleh membantu meningkatkan harga komoditi, kebimbangan dalam koronavirus gelombang ketiga dan sekatan juga membebani komoditi hitam ini. Negara-negara di Eropah memperbaharui sekatan untuk mengekang kes COVID-19 yang boleh mengurangkan permintaan dalam rantau ini. Jerman, ekonomi Eropah terbesar telah menyaksikan peningkatan kes koronavirus terbesar sejak Januari. Selain itu, negara pengguna minyak ketiga terbesar di dunia, India juga menyaksikan jangkitan koronavirus baru mencapai tahap tertinggi dalam lima bulan. Volatiliti dijangka akan berterusan sementara pasaran terus memantau keadaan COVID-19 serta terusan Suez untuk mengukur sentimen.

 

Tinjauan Pasaran: Mac 29 – April 2

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada perkembangan dalam rangsangan A.S , situasi koronavirus dan data-data ekonomi seperti data ADP Nonfarm Employment dan Nonfarm Payrolls untuk menentukan arah selanjutnya.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia. Selain itu, mereka juga akan terus memantau keadaan di Terusan Suez.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Mac 29 – April 2

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 29hb Mac 2021
N/A
Selasa – 30hb Mac 2021
22:00 USD CB Consumer Confidence (Mar) 97.0 91.3
Rabu – 1hb April 2021
09:00 CNY Manufacturing PMI (Mar) 51.0 50.6
14:00 GBP GDP (QoQ) (Q4) 1.0% 1.0%
15:55 EUR German Unemployment Change (Mar) -5K 9K
17:00 EUR CPI (YoY) (Mar) 1.3% 0.9%
20:15 USD ADP Nonfarm Employment Change (Mar) 525K 117K
20:30 CAD GDP (MoM) (Jan) 0.5% 0.1%
22:00 USD Pending Home Sales (MoM) (Feb) -2.6% -2.8%
22:30 USD Crude Oil Inventories -0.272M 1.912M
Khamis – 2hb April 2021
07:50 JPY Tankan Large Manufacturers Index (Q1) -15 -10
07:50 JPY Tankan Large Non-Manufacturers Index (Q1) -5 -5
08:30 AUD Retail Sales (MoM) (Feb) -1.1% 0.5%
09:45 CNY Caixin Manufacturing PMI (Mar) 51.0 50.9
15:55 EUR German Manufacturing PMI (Mar) 66.6 66.6
16:30 GBP Manufacturing PMI (Mar) 57.9 57.9
20:30 USD Initial Jobless Claims 680K 684K
22:00 USD ISM Manufacturing PMI (Mar) 61.3 60.8
Jumaat – 3hb April 2021
20:30 USD Nonfarm Payrolls (Mar) 182K 379K
20:30 USD Unemployment Rate (Mar) 6.2%