17 Mei 2021 Analisis Mingguan
Laporan Mingguan GCMAsia: Mei 31 – Jun 7
Reviu Pasaran (Forex): Mei 24 – 28
US Dollar
Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama melayang dekat paras terendah dua tahun pada minggu lalu di tengah-tengah latar belakang data ekonomi minggu lalu yang menurunkan optimisme pasaran terhadap kemajuan ekonomi di Amerika Syarikat. Selain itu, dolar AS melanjutkan kerugiannya kerana para pelabur takut dengan pelonggaran dasar kewangan yang lebih awal dari Fed akan mencetuskan risiko inflasi di masa depan dan mengurangkan daya tarikan dolar AS. Indeks dolar menutup harganya pada sesi Jumaat lalu dengan harga 89.90.
Dari segi data ekonomi, kebanyakan data ekonomi penting dari rantau AS memberi bacaan yang suram. Menurut kepada Dewan Persidangan, Data CB Consumer Confidence telah menurun dengan ketara daripada bacaan sebelumnya sebanyak 117.5 kepada 117.2, tersasar daripada jangkaan pasaran pada 119.2. Di samping itu, data GDP A.S. dan data Pending Home Sales A.S. memberi bacaan sebanyak 6.4% dan -4.4%, lebih teruk daripada jangkaan pasaran masing-masing sebanyak 6.5% dan 0.8%. Namun, kerugian yang dialami oleh dolar AS adalah terhad di tengah data pekerjaan positif dari wilayah A.S. Menurut kepada Jabatan Tenaga Kerja, data Initial Jobless Claims A.S. telah jatuh dari bacaan awal sebanyak 444K kepada 406K, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 425K.
Pada masa ini, para pelabur akan tetap fokus pada kadar inflasi A.S. di masa depan. Kenaikan harga boleh mendorong Fed untuk mengetatkan dasar kewangan untuk memerangi risiko inflasi di masa depan. Oleh kerana ekonomi A.S. terus membuat kemajuan yang pesat ke arah matlamat Fed, pasaran telah bermula untuk menetapkan harga terhadap kenyataan yang hawkish dari Fed ke depan sambil menjangkakan kadar faedah A.S. yang lebih tinggi. Banyak ahli ekonomi juga meluahkan kepentingan jawatankuasa tersebut untuk menyampaikan penilaian terhadap kemajuannya dengan jelas ke arah matlamat inflasi jangka panjangnya. Walaupun demikian, kenyataan secara keseluruhan dari Fed adalah masih kabur baru-baru ini, oleh itu para pelabur akan terus meneliti perkembangan yang terkini berkenaan dengan data ekonomi dan kenyataan dasar selanjutnya dari Fed untuk mengukur kemungkinan dalam pergerakan mata wang.
USD/JPY
Pasangan USD / JPY mengalami momentum bullish pada minggu lalu dan mengakhiri sesi Jumaat lalu dengan harga 109.85. Momentum bullish secara keseluruhan bagi pasangan mata wang ini adalah disebabkan oleh penurunan dalam nilai Yen Jepun. Yen Jepun telah merosot dengan ketara para minggu lalu di tengah-tengah kebimbangan mengenai kebangkitan kes Covid-19 dari wilayah Jepun yang telah mengurangkan daya tarikan Yen Jepun. Di samping itu, para pelabur kekal pesimis terhadap kemajuan ekonomi di Jepun dengan latar belakang data pekerjaan yang jatuh, penurunan dalam harga pengguna dan sekatan kecemasan kerajaan di Tokyo dan kawasan lain kerana pandemik Covid-19. Menurut kepada Reuters, hospital kedua terbesar di bandar Osaka dalam Jepun mengalami keruntuhan di bawah gelombang besar jangkitan Covid-19 baru, kehabisan katil dan ventilator sementara doktor yang keletihan memberi amaran mengenai “keruntuhan sistem”. Jangkitan yang sangat tinggi terhadap varian British dan India menyebabkan peningkatan dalam jumlah pesakit.
EUR/USD
Pasangan EUR / USD keal didagang dalam saluran sementara melayang di tahap tinggi pada 1.2220 minggu lalu. Momentum kenaikan secara keseluruhan untuk pasangan EUR / USD adalah disebabkan oleh kejatuhan dolar AS. Selain itu, mata wang Euro mendapat momentum bullish yang lebih lanjut dengan latar belakang data ekonomi optimis dari wilayah Eropah dan juga prospek positif terhadap kemajuan vaksinasi di wilayah Eropah, justernya ia meningkatkan daya tarikan untuk Euro. Menurut kepada IFO Institute for Economic Research, data Business Climate Index Jerman telah meningkat dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak 96.6 kepada 99.2 dan ia membingungkan ramalan pasaran untuk bacaan kepada 98.2. Dari segi vaksinasi, Kesatuan Eropah menjangkakan akan menerima lebih dari satu bilion dos vaksin Covid-19 pada akhir September, menurut kepada Reuters. Dokumen tersebut menunjukkan bahawa EU yakin akan mempunyai cukup vaksin untuk mengimunisasi seluruh populasi yang memenuhi syarat pada bulan September, jauh melebihi matlamat yang awal untuk menyuntik sebanyak 70% populasi dewasa pada akhir musim panas.
GBP/USD
Pasangan GBP / USD melonjak pada minggu lalu sambil menutup harga pasaran pada 1.4195. Trend secara keseluruhan untuk pasangan GBP / USD kekal bullish pada minggu lalu dengan latar belakang kenyataan hawkish dari BoE pada minggu lalu dan ini telah mencetuskan permintaan yang ketara untuk mata wang Paun Sterling. Menurut kepada Reuters, bank pusat England mendakwa bahawa mereka akan meningkatkan kadar faedah secepat pada separuh pertama tahun depan berikutan dengan pasaran pekerjaan melambung lebih cepat dari yang dijangkakan, tetapi ia kemungkinan besar akan menunggu sehingga masa yang lebih lama pada tahun 2022, menurut kepada para penggubal BoE Gertjan Vlieghe pada hari Khamis. Di samping itu, BoE menjangkakan bahawa inflasi harga pengguna akan melebihi 2.5% pada akhir tahun ini disebabkan oleh pelbagai kesan yang berkaitan dengan wabak tersebut.
Reviu Pasaran (Komoditi): Mei 24 – 28
GOLD
Harga emas melonjak sepanjang minggu lalu dengan harga $1904,00 se troy auns di tengah harapan terhadap rangsangan ekonomi yang besar dari Amerika Syarikat dan juga dasar kewangan yang berkembang dari Fed telah mendorong kemungkinan risiko inflasi yang lebih tinggi di masa depan. Ini telah mencetuskan permintaan pasaran untuk komoditi tempat selamat. Inflasi yang lebih tinggi biasanya cenderung untuk mengurangkan nilai mata wang. Oleh itu, apabila inflasi tetap tinggi dalam jangka masa yang lebih lama, emas telah menjadi alat yang baik untuk melindungi diri dari keadaan inflasi. Walaupun demikian, para pelabur akan terus meneliti perkembangan yang terbaru berkenaan dengan kenyataan dasar kewangan dari bank pusat global untuk mengukur kemungkinan dalam pergerakan komoditi yang selamat.
Crude Oil
Harga minyak mentah telah melonjak dengan ketara pada minggu lalu dan menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $66.85 setong di tengah-tengah data inventori positif dari wilayah A.S. minggu lalu. Menurut kepada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), inventori minyak mentah AS telah merosot dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak -0.426M kepada -1.662M, lebih baik daripada jangkaan pasaran pada -1.050M. Namun, keuntungan yang dialami oleh komoditi minyak mentah adalah terhad berikutan dengan kes Covid-19 di negara-negara Asia telah meningkat dengan ketara dan menurunkan daya tarikan untuk komoditi hitam ini. Para pelabur akan terus memantau perkembangan yang terkini mengenai program vaksinasi Covid-19 agar dapat menerima isyarat perdagangan yang lebih lanjut.
Tinjauan Pasaran: Mei 31 – Jun 7
Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada data ekonomi yang penting seperti Non Farm Payroll dan juga perkembangan Covid-19 untuk menentukan arah selanjutnya. Selain itu, situasi yang berterusan dengan koronavirus juga akan menjadi perhatian para pelabur.
Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.
Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Mei 31 – 7
Masa | Pasaran | Acara | Sebenar | Ramalan | Terdahulu |
Isnin – 31hb Mei 2021 | |||||
N/A | |||||
Selasa – 1hb Jun 2021 | |||||
09:45 | CNY | Caixin Manufacturing PMI (May) | – | 51.7 | 51.1 |
12:30 | AUD | RBA Interest Rate Decision (Jun) | – | 0.10% | 0.10% |
12:30 | AUD | RBA Rate Statement | – | – | – |
15:55 | EUR | German Manufacturing PMI (May) | – | 64.0 | 64.0 |
15:55 | EUR | German Unemployment Change (May) | – | -9K | 9K |
16:30 | GBP | Manufacturing PMI (May) | – | 66.1 | 66.1 |
17:00 | EUR | CPI (YoY) (May) | – | 1.9% | 1.6% |
20:30 | CAD | GDP (MoM) (Mar) | – | 1.0% | 0.4% |
22:00 | USD | ISM Manufacturing PMI (May) | – | 60.7 | 60.7 |
23:00 | GBP | BoE Gov Bailey Speaks | – | – | – |
Rabu – 2hb Jun 2021 | |||||
09:30 | AUD | GDP (QoQ) (Q1) | – | 2.5% | 3.1% |
Khamis – 3hb Jun 2021 | |||||
09:30 | AUD | Retail Sales (MoM) (Apr) | – | – | 1.1% |
16:30 | GBP | Services PMI (May) | – | 61.8 | 61.8 |
20:15 | USD | ADP Nonfarm Employment Change (May) | – | 650K | 742K |
20:30 | USD | Initial Jobless Claims | – | 395K | 406K |
22:00 | USD | ISM Non-Manufacturing PMI (May) | – | 63.0 | 62.7 |
23:00 | CrudeOIL | Crude Oil Inventories | – | – | -1.662M |
Jumaat – 4hb Jun 2021 | |||||
00:00 | GBP | BoE Gov Bailey Speaks | – | – | – |
15:00 | NZD | RBNZ Gov Orr Speaks | – | – | – |
16:30 | GBP | Construction PMI (May) | – | 62.0 | 61.6 |
19:00 | USD | Fed Chair Powell Speaks | – | – | – |
19:00 | EUR | ECB President Lagarde Speaks | – | – | – |
20:30 | USD | Nonfarm Payrolls (May) | – | 650K | 266K |
20:30 | USD | Unemployment Rate (May) | – | 5.9% | 6.1% |
20:30 | CAD | Employment Change (May) | – | -22.5K | -207.1K |
22:00 | CAD | Ivey PMI (May) | – | – | 60.6 |