83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

31 Disember 2018                  Analisis Mingguan

 

Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Disember 31 – Januari 4  

Kajian Pasaran (Forex): Disember 24 – Disember 28

Dolar AS

Dolar AS telah menjunam dan menutup pasaran Jumaat dengan lebih rendah di 95.85 akibat data yang lemah seperti Pending Home Sales.

 

Sepanjang minggu lalu, sentimen pasaran berkekal suram akibat keadaan perdagangan dalam pasaran yang menyusut menjelang percutian Krismas. Indeks dolar tertekan oleh momentum bearish dan didagang dengan lebih rendah susulan dengan data yang suram seperti CB Consumers Confidence dan Peding Home Sales yang tersasar dengan jangkaan pasaran dan menunjukkan penyusutan pertumbuhan ekonomi dalam negara AS. Di samping itu, pasaran juga bertindak terhadap ketidakpastian isu politik di AS di mana Presiden Donald Trump telah mengancam untuk menutup kerajaan bagi tempoh yang lebih panjang sekiranya ahli Parlimen tidak meluluskan pembiayaan bagi pembinaan dinding sempadan Mexico.

 

Secara keseluruhan, sentimen terhadap dolar masih suram sementara para pelabur menumpukan perhatian mereka kepada data dan berita yang selanjutnya seperti data Non-farm Payrolls pada minggu ini untuk menentukan hala aliran selanjutnya semasa pasaran global menghadapi perayaan Tahun Baru.

 

 

USD/JPY

USDJPY melanjutkan kerugiannya sepanjang minggu lepas sementara menutup pasaran Jumaat di 110.40. Yen Jepun masih mengalami permintaan yang tinggi sepanjang minggu lepas di tengah-tengah ketidakpastian dalam pasaran global dan juga masalah politik di AS seperti penutupan kerajaan telah menyebabkan para pelabur untuk memasuki pasaran Yen yang selamat.

 

EUR/USD

EURUSD telah menaik pada awal minggu lepas tetapi menutup pasaran Jumaat dengan lebih rendah di 1.1440. Euro telah melanjutkan keuntungannya sepanjang minggu lepas berikutan dengan penggerakan pasaran. Walaupun Zon Eropah masih tertekan dengan kenyataan dovish daripada Bank Pusat Euro (ECB) mengenai kelihatan ekonomi, penyusutan pertumbuhan ekonomi global dan juga isu politik AS telah menyebabkan para pelabur untuk memasuki pasaran yang lebih mantap seperti yen dan euro.

 

GBP/USD

GBPUSD secara keseluruhannya telah meningkat pada minggu lepas sementara menutup pasaran Jumaat di 1.2685. Pasangan ini kekal tertekan oleh ketidakpastian Brexit yang masih menghantui sentimen pasaran sementara undian Parlimen terhadap perjanjian Brexit menjelang tarikh akhirnya pada 14hb Januari di mana berita selanjutnya mengenai perundingan Brexit antara Theresa May dan pihak EU masih dijangkakan oleh pasaran.

 

Kajian Pasaran (Komoditi): Disember 24 – Disember 28

GOLD

Harga emas telah melanjutkan momentum bullishnya sementara menutup pasaran Jumaat di 1280.75 se troy auns berikutan dengan ketidakpastian dalam AS dan juga kebimbangan pertumbuhan ekonomi global yang memberi dorongan kepada kenaikan harga aset selamat. Logam kuning tersebut telah mencecah paras tinggi sementara para pelabur meninggalkan pasaran yang berisiko dan memasuki pasaran selamat seperti Yen Jepun dan emas susulan dengan kelihatan pasaran yang kabur dan kemungkinan penambahan ketegangan isu politik di AS.

 

Secara keseluruhannya, permintaan terhadap aset selamat kekal tinggi sementara selera risiko para pelabur makin berkurang akibat pemantauan ekonomi global yang makin menyusut dan juga isu politik di AS.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah melantun dari paras terendah 18 bulan sementara menutup pasaran Jumaat di 45.10.

 

Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara memulih semula kekuatannya pada minggu lepas berikutan dengan laporan mengenai pengurangan pelantar minyak di Amerika Utara. Merujuk kepada data, walaupun AS telah menambahkan dua bilangan pelantar minyak, negara Kanada pada masa yang sama juga mengurangkan bilangan pelantar minyak mereka sebanyak 43 bilangan sejak seminggu lepas. Selain itu, sentimen ditambah baik mengenai perundingan perdagangan antara AS dan China di mana Presiden AS Donald Trump telah menyatakan bahawa beliau telah membuat panggilan telefon yang baik dan produktif dengan Presiden China Xi Jinping.

 

Secara keseluruhannya, harga minyak mentah bermula untuk memulih kekuatannya sementara pelabur menumpukan perhatian mereka kepada perlaksanaan pemotongan bekalan oleh OPEC dan sekutunya yang berkemungkinan untuk mendorong kenaikan semula harga minyak.

 

Pandangan Mingguan: Disember 31 – Januari 4

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada pelbagai data penting seperti Non-Farm Payroll yang akan membawa impak yang besar terhadap kelihatan ekonomi AS.

 

Bagi pedagang minyak, mereka akan menumpu kepada tahap inventori AS yang dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekuatan permintaan mentah untuk pengguna minyak terbesar di dunia.

 


 

Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Disember 31 – Januari 4

Isnin, Disember31  

Data

CNY – Manufacturing PMI (Dec)

 

Acara

N/A

 

Selasa, Disember 1  

Data

N/A

 

Acara

N/A

 

Rabu, Disember 2  

Data

CNY – Caixin Manufacturing PMI (Dec)

EUR – German Manufacturing PMI (Dec)

GBP – Manufacturing PMI (Dec)

 

Acara

N/A

 

Khamis, Disember 3  

Data

GBP – Construction PMI (Dec)

USD – ADP Nonfarm Employment Change (Dec)

USD – Initial Jobless Claims

USD – ISM Manufacturing PMI (Dec)

USD – New Home Sales

 

Acara

N/A

 

 

Jumaat, Disember 4

 

 

Data

EUR – German Unemployment Change (Dec)

GBP – Service PMI (Dec)

EUR – CPI (YoY) (Nov)

USD – Nonfarm Payrolls (Dec)

USD – Unemployment Rate (Dec)

CAD – Employment Change (Dec)

 

Acara

USD – Fed Chair Powell Speaks