77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.
Apakah kelebihan dan kelemahan menjadi Klien Profesional?


Perlindungan yang anda kehilangan untuk dikelaskan sebagai seorang Klien Profesional

Berbanding dengan klien-klien runcit, Klien Profesional berhak mendapat perlindungan yang lebih sedikit di bawah pengawal-pengawal selia UK dan EU. Sila beri perhatian bahawa berikut bukan senarai yang menyeluruh tetap ringkasan untuk perlindungan yang anda akan kehilangan semasa dikelaskan semula sebagai Klien Profesional:

  • Wang anda tidak lagi disimpan dalam akaun berasingan, oleh itu, semasa anda membiayai akaun anda, pemilikan dana anda dipindahkan kepada kami untuk tujuan liputan tanggungjawab anda. Melainkan jika kita telah bersetuju secara bertulis, kami tidak akan memegang pemilikan wang anda berdasarkan Peraturan Wang Klien, atau dikenali sebagai Client Money Rules (CASS), tetapi gantinya, margin tunai.
  • Anda mungkin kehilangan hak untuk Financial Ombudsman Service, melainkan jika anda adalah, sebagai contoh, seorang pengguna, perniagaan kecil, atau individu yang bertindak di luar perdagangan anda, perniagaan, kraf, atau profesion. Walaupun GCMAsia beroperasikan polisi ‘melayan pelanggan dengan adil’ dan sebarang aduan akan diuruskan oleh seorang pegawai pematuhan yang tidak berat sebelah, sila ingat bahawa anda tidak akan mempunyai pilihan untuk penyelesaian pertikaian alternatif yang percuma.
  • Walaupun kami memastikan bahawa semua komunikasi dengan klien-klien adalah jelas dan tidak mengelirukan, cara yang mungkin digunakan oleh kami untuk berkomunikasi dengan klien-klien profesional (mengenai firma tersebut, perkhidmatan-perkhidmatan dan produk-produk kami, dan imbuhan) mungkin berlainan dari segi cara komunikasi kami dengan klien-klien runcit, berkenaan dengan tahap perincian dan masa untuk maklumat penyediaan
  • Semasa mendapatkan pelaksanaan terbaik untuk pesanan-pesanan klien runcit, harga untuk instrumen dan kos mengenai pelaksanaan merupakan faktor utama, ini mungkin berbeza untuk klien-klien profesional.
  • Anda tidak akan dikenakan sekatan leveraj baru, oleh itu keuntungan atau kerugian akan diperbesarkan.
Bagaimana saya mendaftar untuk menjadi Klien Profesional?

Bagaimana menjadi seorang Klien Profesional

Jika anda ingin dikelaskan sebagai seorang klien profesional, anda mesti menyatakan secara bertulis bahawa anda berharap untuk dilayan sebagai klien profesional dan memenuhi sekurang-kurangnya DUA kriteria berikut yang ditetapkan oleh FCA:

  • Anda pernah berdagang CFD atau Forex dengan saiz ketara frekuensi purata 10 kali dalam setiap 4 suku tahun yang lalu.
  • Anda mempunyai portfolio pelaburan sebanyak +500,000 EUR. (Termasuk simpanan tunai / instrumen kewangan)
  • Anda pernah bekerja untuk sekurang-kurangnya satu tahun dengan jawatan profesional dalam sektor kewangan, menimba ilmu perdagangan CFD dan Forex. Sila membekalkan maklumat berikut:
    • Nama majikan
    • Jawatan yang disandang
    • Tempoh pekerjaan
    • Bagaimana jawatan ini membekalkan ilmu atau pengalaman CFD / Forex kepada anda?

Maklumat Yang Perlu Anda Berikan

Sebagai tambahan, untuk melengkapkan borang pendaftaran klien profesional, sekiranya kami tidak boleh mengesahkan bahawa anda memenuhi kriteria di atas daripada aktiviti perdagangan dan maklumat akaun anda, anda perlu membekalkan dokumen-dokumen berikut sebagai bukti:

 

Kriteria Klien Profesional FCADokumen sokongan
1. Anda pernah berdagang CFD atau Forex dengan saiz ketara frekuensi purata 10 kali dalam setiap 4 suku tahun yang laluPenyataan perdagangan daripada broker lain / akaun live institusi kewangan, bukannya demo
2. Anda mempunyai portfolio pelaburan sebanyak + 400,000 EUR. (Termasuk simpanan tunai / instrumen kewangan)Bank, broker atau penyataan portfolio pelaburan atau surat daripada notari awam yang boleh mengesahkan nilai bersihnya
3. Anda pernah bekerja untuk sekurang-kurangnya satu tahun dengan jawatan profesional dalam sektor kewangan, menimba ilmu perdagangan CFD dan ForexScreenshot pendaftaran FCA, slip gaji atau surat daripada majikan

 

Proses Pendaftaran:

Jika anda ingin mendaftar untuk menjadi seorang klien profesional, sila hubungi pengurus akaun anda atau pasukan sokongan kami melalui [email protected] atau memuat-turun borang pendaftaran klien profesional kami.

Sila lengkapkan borang pendaftaran dan emel bersertakan dokumen-dokumen sokongan dan hantar kepada [email protected]

Pendaftaran adalah disahkan atau ditolak berdasarkan budi bicara GCMAsia.