Kebanyakan pakar pemerhati pasaran meramalkan bahawa pilihan raya Amerika Syarikat (AS) pada hari ini akan mewujudkan turun naik pasaran yang agak kuat.
Untuk memastikan keselamatan anda dan GCMAsia, kami menjangka akan membuat perubahan seberikut jika kadar turun naik di pasaran menjadi lebih ketara:
Kadar Leveraj
Sebahagian kadar leveraj mungkin akan direndahkan untuk mengurangkan pendedahan risiko kerana pasaran bertindak balas secara langsung terhadap pengaruh keputusan pilihan raya.
Kadar Margin
Untuk melindungi anda daripada ekuiti negatif dan mengurangkan risiko, kami menjangkai akan meningkatkan keperluan margin untuk sesetengah instrumen buat sementara waktu.
Pilihan Tutup-sahaja
Dalam sesetengah situasi tertentu yang melampau, instrumen-instrumen tertentu mungkin perlu ditetapkan dengn status “tutup-sahaja”, di mana ia bermaksud anda boleh menutup posisi yang masih terbuka pada bila-bila masa, tetapi anda tidak boleh membuka posisi baru untuk instrumen “tutup-sahaja”. Ini adalah langkah sementara dan bentuk perdagangan seperti biasa untuk instrumen ini akan berkembali secepat mungkin.
Kemaskini
Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan anda mendapat berita terkini melalui notifikasi in-app dalam platform perdagangan GCMAsia semasa kami membuat perubahan margin atau lain-lain.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai notis ini, sila berhubung dengan pengurus akaun anda atau menghantar e-mel kepada kami:
[email protected].
CLOSE MENU