83% of retail investor accounts lose money when trading CFDs with this provider.
CFDs are complex instruments and come with a high risk of losing money rapidly due to leverage. 83% of retail investor accounts lose money when trading CFDs with this provider. You should consider whether you understand how CFDs work and whether you can afford to take the high risk of losing your money.

7 November 2018                              Analisis Sesi Petang

 

Dolar ditekan oleh jangkaan pembelahan Kongres AS.

Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berbanding dengan sekumpulan mata wang utama semasa sesi dagangan awal Asia di tengah-tengah pilihan raya dan juga isu politik di AS. Indeks dolar telah menurun sebanyak 0.23% ke 95.97 semasa penulisan. Merujuk kepada laman web pengundian FiveThirtyEight, peluang Demokrat untuk memenangi House telah meningkat sebanyak 70 peratus tetapi Republikan juga berkemungkinan besar untuk kekal menjadi Senate. Sebuah House yang dikuasai oleh Demokratik dengan kebanyakan senat yang dikawal oleh Republikan akan menyusahkan President AS Donald Trump untuk memperkenalkan pengesahan yang baru dan juga ia juga boleh meneruskan siasatan lanjut terhadap urusan beliau. Justerunya, ia telah menjejaskan keyakinan pelabur terhadap dolar. Dalam berita lain, pasangan EUR/USD telah meningkat sebanyak 0.27% ke 1.1465 akibat sentimen positif yang berasal dari bacaan data ekonominya. Menurut kepada Markit, data Composite PMI telah melebihi jangkaannya dengan bacaan 53.1 berbanding dengan 52.7. Pembacaan data yang positif telah menunjukkan kemajuan selanjutnya di ekonomi EU dan mengubah sentimen para pelabur kepada bullish terhadap mata wang Euro.

 

Untuk pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melantun dari paras rendah sebanyak 0.31% ke $61.99 setong. Walau bagaimanapun, pemulihannya telah dihadkan oleh pengecualian sekatan Iran yang dikasihkan kepada 8 buah negara seperti China, India dan Korea Selatan. Di samping itu, harga emas telah melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.22% ke $1229.58 se troy auns berikutan dengan penurunan dolar di tengah-tengah pilihan raya pertengahan.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

04:00 (8hb)           NZD                        RBNZ Rate Statement

05:00                     NZD                        RBNZ Press Conference

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:00 EUR – German Industrial Production (MoM) (Sep) -0.3% 0.1%
18:00 EUR – Retail Sales (MoM) (Sep) -0.2% 0.1%
23:00 CAD – Ivey PMI (Oct) 50.4 50.9
23:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 3.217M 2.433M
04:00 (8hb) NZD – RBNZ Interest Rate Decision 1.75% 1.75%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 95.75. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 94.40.

 

Tahap rintangan: 95.75, 96.15

Tahap sokongan: 95.40, 95.15

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.3125. MACD yang memaparkan momentum bullish yang ketara mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.3175.

 

Tahap rintangan: 1.3175, 1.3275

Tahap sokongan: 1.3125, 1.3080

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.1445. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.1485.

 

Tahap rintangan: 1.1485, 1.1540

Tahap sokongan: 1.1445, 1.1410

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 113.35. MACD yang menunjukkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 113.00.

 

Tahap rintangan: 113.35, 113.60

Tahap sokongan: 113.00, 112.60

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.7250. MACD yang memaparkan isyarat bullish dan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.7280.

 

Tahap rintangan: 0.7280, 0.7315

Tahap sokongan: 0.7250, 0.7215

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan pada tahap rintangan sebelumnya di 0.6755. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang ketara mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.6785.

 

Tahap rintangan: 0.6785, 0.6820

Tahap sokongan: 0.6755, 0.6720

 

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan di 1.3115. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.3075.

 

Tahap rintangan: 1.3115, 1.3150

Tahap sokongan: 1.3075, 1.3055

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.0025. MACD yang menunjukkan isyarat bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9975.

 

Tahap rintangan: 1.0025, 1.0065

Tahap sokongan: 0.9975, 0.9940

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 61.40. MACD yang menunjukkan isyarat bullish dan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 62.60.

 

Tahap rintangan: 62.60, 63.90

Tahap sokongan: 61.40, 60.25

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1225.25. MACD yang menunjukkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1230.60.

 

Tahap rintangan: 1230.60, 1237.80

Tahap sokongan: 1225.25, 1220.00