83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

9 November 2020                              Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: November 9 – 14

Reviu Pasaran (Forex): November 2 – 6

US Dollar

Indeks dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam jenis mata wang utama telah menyusut pada minggu yang lalu berikutan Joe Biden dari Parti Demokrat mengalahkan Donald Trump dalam pilihan raya AS dan menjadi Presiden AS ke-46. Para pelabur menjangkakan bahawa kemenangan Joe Biden akan mencetuskan harapan terhadap rancangan rangsangan ekonomi yang agresif dalam jangka pendek, yang selanjutnya memberikan momentum bearish ke atas Dolar AS. Indeks Dolar telah menutup harganya pada sesi Jumaat yang lalu pada 92.18.

Pada minggu yang lalu, ketidakpastian yang signifikan mengenai risiko geopolitik di Amerika Syarikat telah mencetuskan penjualan yang ketara ke atas Dolar AS. Semalam, Joe Biden mengumumkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden A.S. setela Associated Press, CNN dan NBC masing-masing melaporkan bahawa beliau telah mendapat undian yang lebih tinggi di negeri-negeri yang penting termasuk Pennsylvania dan Nevada. Ini bermakna bahawa beliau telah memperolehi lebih dari 270 undi “kole elektoral” yang diperlukan untuk mendapatkan jawatan presiden. Sementara itu, Senator California Karmala Harris telah menjadi naib presiden wanita India-Amerika pertama yang bakal membantu Biden dalam menangani urusan Rumah Putih. Walau bagaimanapun, Joe Biden masih belum menjadi presiden secara rasmi sehingga 538 kolej elektoral mengikuti protokol secara formal menjalani proses pemilihan presiden pada 14hb Disember. Selain itu, Donald Trump juga telah membuat rayuan terhadap keputusan akhir pilihan raya presiden sambil mempersoalkan integriti undi yang tidak hadir dan undi yang menggunakan cara kirim di beberapa negeri.  Sentimen tersebut telah mencetuskan risiko geopolitik dalam Amerika Syarikat, yang mendorong penjualan yang lanjut ke atas Dolar AS. Dalam segi data-data ekonomi A.S., Dolar AS telah mengehadkan kerugiannya selepas beberapa data-data ekonomi yang positif telah dibebaskan dari rantau A.S. Data-data ekonomi seperti A.S. ISM Manufacturing Purchasing Managers Indeks (PMI), A.S. Nonfarm Payrolls dan A.S Unemployment Change semuanya memberi bacaan yang lebih baik daripada jangkaan pasaran. Walau bagaimanapun, prospek ekonomi untuk Amerika Syarikat masih kabur susulan dengan peningkatan kes-kes koronavirus dan juga ketidakpastian mengenai pilihan raya A.S. telah menimbang pandangan ke atas perkembangan ekonomi di A.S.

Dengan gabungan ketidakpastian dalam rangsangan ekonomi, keputusan pilihan raya A.S. dan peningkatan jumlah koronavirus, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai isu-isu tersebut untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.

 

USD/JPY

Pasangan naik USD / JPY mengalami kerugian yang ketara sementara mengakhiri sesi Jumaat lalu pada harga 103.25. Momentum bearish untuk pasangan USD/JPY kebanyakan didorong oleh penyusutan dalam Dolar AS. Tambahan pula, ketidakpastian pasaran mengenai Pilihan raya A.S., isu Brexit dan juga peningkatan kes-kes koronavirus yang mendadak di seluruh dunia telah mengurangkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat seperti Yen Jepun.

 

EUR/USD

Pasangan EUR / USD telah meningkat dengan ketara sepanjang minggu lalu dan mengakhiri sesi minggu lalu dengan harga 1.1890 di tengah penyusutan dalam Dolar AS. Tambahan pula, euro telah melanjutkan keuntungannya selepas data ekonomi yang positif telah dibebaskan dari rantau Jerman. Menurut kepada Markit Economics, Jerman Manufacturing Purchasing Indeks (PMI) telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 58.0 ke bacaan sebanyak 58.2, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 58.0. Walau bagaimanapun, euro telah mengehadkan kerugiannya susulan dengan peningkatan kes-kes koronavirus yang mendadak telah mendorong beberapa pemerintah Eropah seperti Jerman, Perancis dan Sepanyol untuk melancarkan dasar-dasar “lock-down”, yang mengurangkan keyakinan pasaran ke atas perkembangan ekonomi di Eropah.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih tinggi sepanjang minggu lalu sambil mengakhiri pasaran pada harga 1.3155. Sumbangan utama untuk momentum bullish ke atas pasangan GBP/USD tersebut adalah sepenuhnya dari kelemahan dalam Dolar AS. Selain itu, kemenangan Joe Biden atas pilihan raya A.S. telah juga menyokong selera risiko dalam pasaran FX, yang selanjutnya meningkatkan beberapa permintaan ke atas aset berisiko seperti Paun Sterling. Walau bagaimanapun, ketidakpastian mengenai masalah Brexit masih tetap dalam pasaran sambil mengurangkan daya tarikan ke atas Paun Sterling. Pada masa kini, para pelabur akah terus memantau perkembangan mengenai isu Brexit untuk menjangkakan pergerakan dalam pasaran tersebut.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): November 2 – 6

GOLD

Harga emas meningkat sepanjang minggu lalu sambil menutup harganya pada  $ 1878.75 per troy auns di tengah-tengah ketidakpastian mengenai pilihan raya A.S. serta harapan positif terhadap rancangan rangsangan ekonomi yang agresif terus menyokong momentum kenaikan ke atas komoditi tersebut. Tambahan pula, peningkatan kes-kes koronavirus yang ketara di seluruh dunia telah juga mengurangkan beberapa sentimen selera risiko, yang meningkatkan permintaan ke atas aset selamat seperti komoditi emas. Namun, para pelabur perlu memberikan fokus pada keputusan pilihan raya A.S dan juga dasar-dasar mengenai rangsangan ekonomi terkini untuk menjangkakan pergerakan ke atas komoditi tersebut.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah menyusut sepanjang minggu ketika menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $ 36.95 setong di tengah lonjakan kes-kes Covid-19 di seluruh dunia. Namun, minyak mentah telah mengehadkan kerugiannya selepas data-data inventori yang positif telah dibebaskan dari rantau A.S. pada minggu yang lalu.

Pada awal minggu lalu, A.S. API Weekly Crude Oil Stock telah menyusut dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 4.577M ke bacaan sebanyak -8.010M, lebih baik daripada jangkaan ekonomis sebanyak -0.600M. Tambahan pula, Energy Information Administration (EIA) telah melaporkan bahawa A.S. Crude Oil Inventories juga terus menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 4.320M ke bacaan sebanyak -7.998M, yang juga lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.890M. Namun, kes-kes koronavirus di seluruh dunia telah mencapai lebih daripada 10,000,000 jangkitan pada minggu yang lalu manakala lebih daripada 1,000,000 orang telah maut akibat daripada jangkitan koronavirus tersebut. Oleh kerana jangkitan koronavirus terus meningkat dengan ketara, prospek untuk komoditi tersebut masih tetap negatif sementara tidak ada tanda-tanda pemulihan yang kaut. Walau bagaimanapun, perkembangan mengenai vaksin masih adalah sesuatu isyarat yang penting untuk para pelabur yang membuat perdagangan dalam komoditi tersebut. Sekiranya vaksin koronavirus telah berjaya dihasilkan, harga minyak mentah mungkin akan menerima momentum bullish yang ketara dalam jangka panjang.

 

Tinjauan Pasaran: November 9 – 13

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan yang berterusan mengenai  Pilihan Raya AS dan data-data ekonoi yang penting seperti U.K. Claimant Count Change dan Jerman ZEW Economic Sentiment untuk mendapat isyarat selanjutnya. Selain itu, situasi koronavirus yang berterusan  juga akan menjadi perhatian para pelabur.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: November 9 – 13

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 9hb November 2020
17:25 EUR ECB President Lagarde Speaks
18:35 GBP BoE Gov Bailey Speaks
Selasa – 10hb November 2020
15:00 GBP Average Earnings Index +Bonus (Sep) 1.0% 0.0%
15:00 GBP Claimant Count Change (Oct)
18:00 EUR German ZEW Economic Sentiment (Nov) 40.0 56.1
20:00 CrudeOIL EIA Short-Term Energy Outlook
23:00 USD JOLTs Job Openings (Sep) 5.590M 6.493M
Rabu – 11hb November 2020
09:00 NZD RBNZ Interest Rate Decision 0.25% 0.25%
09:00 NZD RBNZ Rate Statement
10:00 NZD RBNZ Press Conference
21:00 EUR ECB President Lagarde Speaks
Khamis – 12hb November 2020
15:00 GBP GDP (QoQ) (Q3) 15.8% -19.8%
15:00 GBP Manufacturing Production (MoM) (Sep) 0.9% 0.7%
16:00 GBP BoE Gov Bailey Speaks
21:30 USD Core CPI (MoM) (Oct) 0.2% 0.2%
21:30 USD Initial Jobless Claims 738K 751K
Jumaat– 13hb November 2020
00:00 USD Crude Oil Inventories -7.998M
00:45 EUR ECB President Lagarde Speaks
21:30 USD PPI (MoM) (Oct) 0.2% 0.4%