83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

14 September 2020                          Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: September 14 – 18

 

Reviu Pasaran (Forex): September 07 – September 11

US Dollar

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama telah melanjutkan keuntungannya dan mencapai tahap tinggi dalam tempoh satu bulan kerana data ekonomi yang optimis dan ketidakpastian mata wang utama yang lain mendorong daya tarikan indeks dolar.

 

Pada awal minggu lalu, indeks dolar berjaya didagang dengan lebih tinggi susulan dengan momentum kenaikkan yang dijana oleh NFP terus memimpin dolar menaik. Menurut Biro Statistik Tenaga Kerja (BLS), data Nonfarm Payroll AS meningkat sebanyak 1,371K, tidak jauh daripada jangkaan ahli ekonomi pasaran pada 1,400K, menunjukkan bahawa pemulihan ekonomi AS masih dalam peringkat yang baik setelah penutupan wabak berakhir. Selain itu, kadar pengangguran AS juga turun dengan ketara dari 10.2% hingga 8.4% , jauh lebih rendah daripada ramalan ahli ekonomi 9.8%, mencatatkan kadar terendah sejak tercetusnya coronavirus pada awal tahun ini. Selain itu, Hari Labour AS juga gagal mengehadkan kenaikan dolar walaupun jumlah dagangan yang tipis kerana para pelabur terus mencerna data ekonomi utama dari AS. Selain itu, data ekonomi utama lain seperti JOLTs Job Openings, PPI dan CPI juga mencatat bacaan yang lebih tinggi daripada yang dijangkakan, dan ia mencetuskan jumlah belian yang lebih besar di pasaran dolar.

 

Meskipun demikian, kenaikan dolar terhad setelah Senat menolak cadangan terbaru pakej bantuan daripada Mitch Connell. Menurut kepada CNBC, pemimpin majoriti Senat, Mitch McConnell telah mencadangkan pakej bantuan baru yang berjumlah $300 bilion, sementara segmen yang disasarkan akan difokuskan pada sektor kesihatan, pendidikan dan ekonomi. Namun, tidak ada sebarang bahagian dari jumlah wang ini yang akan digunakan untuk pembayaran langsung kepada individu atau untuk pemerintah negeri dan daerah, bertentangan dengan niat dan keperluan apa yang diharapkan oleh Parti Demokrat. Pelan tersebut akhirnya ditolak oleh dewan,  para senator menyuarakan keraguan bahawa ia berkemungkinan tinggi bahawa tiada pelan bantuan akan dilancarkan sebelum pilihan raya.

Walau bagaimanapun, pelabur kini akan terus memberi tumpuan kepada berita terkini mengenai vaksin dan data ekonomi untuk mengukur arah untuk dolar AS. Sementara itu, perhatian juga diberikan kepada perkembangan ketegangan antara AS dan China.

 

USD/JPY

Pasangan USD / JPY telah didaganng rata sepanjang minggu lalu dan mengakhiri sesi Jumaat lalu pada harga 106.15. Oleh kerana kebanyakan pelabur sedang menunggu pilihan raya perdana menteri Jepun, maka yen Jepun telah didagangkan tipis jika berbanding dengan sebelumnya. Pelantikan perdana menteri baru akan memberi petunjuk yang lebih jelas bagi para pelabur untuk menilai arah Yen Jepun kerana gaya atau pendirian pemerintah negara baru itu secara langsung dapat mencerminkan keadaan ekonomi masa depan.

 

EUR/USD

Pasangan EUR / USD telah naik pada minggu lalu semasa menutup sesi perdagangan Jumaat lalu dengan harga 1.1845. Pada minggu lalu, mata wang euro melonjak selepas ECB memberikan pendirian yang neutraldalam keputusan dasar monetari terbaru. Pada mesyuarat ECB semalam, anggota dewan ECB secara amnya memutuskan untuk mengekalkan kadar faedahnya pada 0.00% sementara akan mengekalkan kadar pada apras yang rendah sehingga mereka melihat pemulihan yang kuat dalam inflasi yang mendasari ekonomi. Lebih-lebih lagi, pandemic emergency of purchase programme (PEPP) yang  berjumlah € 1350 bilion masih akan diteruskan untuk membatasi kesan negatif pandemik sambil menyokong ekonomi kembali ke jalan inflasi yang betul atau normal. Selain itu, Presiden ECB Christine Lagarde juga mendedahkan bahawa mereka akan ‘memantau dengan berhati-hati’ terhadap kenaikan euro baru-baru ini, tetapi mereka tidak akan bertindak balas berlebihan terhadapnya dan tidak menyasarkan kadar FX setakat ini.

 

GBP/USD

Pasangan GBP / USD telah jatuh secara keseluruhan tetapi berjaya mengehadkan kerugian pada akhir minggu sambil menutup pasaran pada 1.2792. Pada minggu lalu, Paun dijual dengan ketara oleh para peserta pasaran di tengah ketidakpastian mengenai perbincangan Pasca-Brexit. UK dan EU kini berusaha mencapai kesepakatan perdagangan sebelum Oktober kerana mereka percaya bahawa tidak akan ada kesepakatan sekiranya perjanjian tidak dapat dicapai sebelum bulan Oktober. Setakat ini, kedua-dua pihak masih berjuang dalam rundingan syarat dan peraturan perdagangan Pasca-Brexit, sementara perbincangan antara dua pihak telah dilanjutkan ke minggu depan.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): September 07 – September 11

GOLD

Harga emas telah mengalami momentum kenaikan yang ketara sepanjang minggu lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat pada $1933.48 se troy auns. Secara keseluruhan, daya tarikan logam kuning ini tetap ‘wangi’ kerana ketidakpastian di seluruh dunia seperti Brexit dan kebangkitan wabak terus menekan selera risiko para pelabur. Dari sudut pandemik, Covid-19 telah membunuh sekurang-kurangnya 910,300 orang dan lebih daripada 28 juta kes telah didaftarkan sehingga kini. Selain itu, perkembangan vaksin terhenti di AS setelah salah satu calon percubaan vaksin telah menghadapi kesan sampingan terhadap ubat tersebut. Peserta pasaran akan terus memberikan perhatian kepada perkembangan vaksin dan isu geopolitik untuk meneliti arah harga emas.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah menjunam pada minggu lalu semasa menutup sesi Jumaat lalu dengan $37.62 setong berikutan dengan kebimbangan pasaran terhadap permintaan minyak mentah terus membebani pasaran komoditi hitam ini.

 

Dari segi data, tahap inventori minyak mentah AS secara tidak terduga menunjukkan sedikit peningkatan, meningkatkan kebimbangan pasaran terhadap isu bekalan melebihi semasa novel pandemik. Menurut kepada API, Stok Minyak Mentah AS mingguan meningkat sebanyak 2.970M, lebih tinggi daripada bacaan sebelumnya -6.360M tong. Selain itu, EIA juga mencatatkan stok inventori minyak mentah AS pada tahap 2.032M, lebih tinggi daripada ramalan ekonomi -1.335M. Kedua-dua data inventori yang kecewa itu meningkatkan ketakutan pasaran terhadap keadaan ketidakseimbangan pembekalan dan permintaan di pasaran minyak semasa wabak ini. Selain itu, kebangkitan semula kes Covid-19 di AS dan negara-negara lain seperti Perancis juga telah melemahkan harapan pasaran atas pemulihan permintaan minyak dalam waktu dekat.

 

Sementara itu, para pelabur akan terus mengawasi data inventori untuk mengukur tahap pembekalan minyak mentah dan perkembangan lebih lanjut mengenai vaksin coronavirus yang dapat menentukan arah komoditi tersebut.

 

 

Tinjauan Pasaran: September 07 – 11

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus mengikuti perkembangan terbaru yang berkaitan dengan pengembangan koronavirus, ketegangan antara A.S. dan China dan juga data seperti mesyuarat Federal Reserve  untuk mengukur arah setiap pasangan mata wang.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: September 14 – 18

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 14hb September 2020
N/A
Selasa –15hb September 2020
10:00 CNY Industrial Production (YoY) (Aug) 5.1% 4.8%
14:00 GBP Average Earnings Index +Bonus (Jul) -1.3% -1.2%
14:00 GBP Claimant Count Change (Aug) 94.4K
17:00 EUR German ZEW Economic Sentiment (Sep) 69.8 71.5
Rabu – 16hb September 2020
04:30 CrudeOIL API Weekly Crude Oil Stock 2.970M
20:30 GBP CPI (YoY) (Aug) 0.1% 1.0%
20:30 USD Core Retail Sales (MoM) (Aug) 0.8% 1.9%
20:30 USD Retail Sales (MoM) (Aug) 1.0% 1.2%
20:30 CAD Core CPI (MoM) (Aug) -0.1%
22:30 CrudeOIL                 Crude Oil Inventories 2.032M
Khamis – 17hb September 2020
02:00 USD FOMC Economic Projections
02:00 USD FOMC Statement
02:00 USD Fed Interest Rate Decision 0.25% 0.25%
02:30 USD FOMC Press Conference
06:45 NZD GDP (QoQ) (Q2) -12.8% -1.6%
09:30 AUD Employment Change (Aug) -50.0K 114.7K
12:30 JPY BoJ Monetary Policy Statement
15:00 JPY BoJ Press Conference
17:00 EUR CPI (YoY) (Aug) -0.2% -0.2%
19:00 GBP BoE Interest Rate Decision (Sep) 0.10% 0.10%
19:00 GBP BoE MPC Meeting Minutes
20:30 USD Building Permits (Aug) 1.510M 1.483M
20:30 USD Initial Jobless Claims 850K 884K
20:30 USD Philadelphia Fed Manufacturing Index (Sep) 15.5 17.2
Jumaat– 18hb September 2020
14:00 GBP Retail Sales (MoM) (Aug) 0.7% 3.6%
20:30 CAD Core Retail Sales (MoM) (Jul) 0.5% 15.7%