16 Jun 2017 Analisis Harian
Dolar A.S. meningkat berikutan Fed dan data positif.
Dolar A.S. mengukuhkan kedudukannya pada awal sesi dagangan Asia pada hari Jumaat dan berada di dalam landasan untuk mencatat keuntungan mingguan apabila dibandingkan dengan sekumpulan mata wang utama yang lain. Ia telah menerima sokongan untuk meningkat selepas data ekonomi dari semalam memberikan keputusan yang memuaskan dan ia memberi harapan kepada para pelabur di mana Bank Pusat A.S. berkemungkinan untuk mengikuti rancangannya untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak satu kali lagi di dalam tahun 2017. Indeks dolar telah menambah sebanyak 0.1% ke 97.47 dan telah mencatat peningkatan sebanyak 0.6% bagi minggu ini. Pada hari Rabu yang lalu, Bank Pusat A.S. telah meningkatkan kadar faedah mereka seperti di dalam jangkaan orang ramai dan melepaskan butiran awal mengenai rancangan untuk mengurangkan pegangan hutang sebanyak $4 trilion. Penganalisis menyifatkan isyarat tersebut sebagai positif untuk melepaskan rancangannya lebih awal daripada jangkaan sambil mengekalkan prospek kadar faedah walaupun terdapatnya kelembapan pada prestasi ekonomi. Di rantau Asia, dolar meningkat sebanyak 0.2% ke 111.11 berbanding dengan Yen Jepun manakala para pelabur kini akan menunggu keputusan dari mesyuarat polisi Bank Pusat Jepun dan diikuti dengan sidang akhbar dengan Gabenor BoJ Haruhiko Kuroda. Bank pusat tersebut dijangka untuk mengekalkan dasar kewangan yang longgar dan menegaskan pasaran bahawa ia tidak mempunyai rancangan untuk mengubah pandangannya untuk mengikuti tindakan Bank Pusat A.S.
Di dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah berlegar berhampiran paras rendah enam bulan dan disebut niaga berdekatan dengan $44.45 oleh kerana kelebihan stok global masih berlegar walaupun OPEC berusaha untuk mengurangkan pengeluaran mereka bagi meningkatkan harga minyak. Bagi pasaran emas, ia telah memangkas kerugian seawalnya sebanyak 0.16% ke $1,254.19 selepas ia menjunam pada semalam akibat daripada data ekonomi A.S. yang lebih optimistik.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
11:00 JPY BoJ Monetary Policy Statement (YoY)
14:30 JPY BoJ Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
11:00 | JPY – BoJ Interest Rate Decision | -0.10% | -0.10% | – |
17:00 | EUR – CPI (YoY) (May) | 1.4% | 1.4% | – |
20:30 | USD – Building Permits (May) | 1.228M | 1.250M | – |
01:00 | Crude Oil – US Baker Hughes Oil Rig Count | 741 | – | – |
GBPUSD
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan kukuh di 1.2730. MACD histogram masih memaparkan isyarat menaik yang ketara mencadangkan GBPUSD untuk melanjutkan momentum menaiknya selepas ia memecahkan tahap rintangan 1.2790.
Tahap rintangan: 1.2790, 1.2840
Tahap sokongan: 1.2730, 1.2635
EURUSD
EURUSD, H4: EURUSD telah memecah keluar dari paras bawah segi tiga menaik dan ia memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya. Petunjuk MACD histogram yang masih memaparkan isyarat dan momentum menurun mencadangkan EURUSD untuk menurun selanjutnya ke sasaran 1.1100.
Tahap rintangan: 1.1160, 1.1225, 1.1280
Tahap sokongan: 1.1100, 1.1040
USDJPY
USDJPY, H4: USDJPY telah memecah keluar dari paras atas saluran menaik baru-baru ini dan ia memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk meningkat selanjutnya. Kedua-dua garisan MA yang telah membentuk corak silang emas baru-baru ini mencadangkan USDJPY untuk meningkat selanjutnya ke sasaran tahap rintangan di 111.60.
Tahap rintangan: 111.60, 112.25
Tahap sokongan: 110.10, 108.80
CrudeOIL
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah meneruskan penurunannya selepas ia berundur dari paras atas saluran menurun tersebut. Petunjuk MACD masih berlegar di dalam momentum menurun mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian ke sasaran tahap sokongan di 44.00.
Tahap rintangan: 45.30, 46.70
Tahap sokongan: 44.00, 43.00
GOLD
GOLD_, Daily: Harga emas kekal didagang di dalam segi tiga menaik selepas ia berundur dari tahap rintangan kukuh iaitu 1296.00. Penutupan niaga di bawah garisan 60-moving average (hijau) baru-baru ini mencadangkan harga emas untuk melanjutkan momentum menurunnya ke tahap sokongan 1246.00.
Tahap rintangan: 1271.00, 1296.00
Tahap sokongan: 1246.00, 1217.00