7 Jun 2017 Analisis Harian
Pelabur mengurangkan risiko menjelang hari Khamis.
Dolar A.S. berlegar berhampiran dengan paras rendah tujuh bulan berbanding dengan mata wang utama yang lain berikutan dengan para pelabur yang kekal berhati-hati menjelang pilihan raya umum di Britain, keputusan kadar faedah oleh Bank Pusat Eropah (ECB) dan testimoni oleh bekas pengarah FBI James Comey. Indeks dollar susut sebanyak 0.04% ke 96.52 semasa sesi dagangan Asia. Dolar telah menerima tekanan selepas ekuiti bullish sebelumnya mula merosot di mana saham Wall Street berundur dari paras rekod tinggi dan ditambah pula dengan kadar hasil bon persekutuan yang telah mencecah paras rendah di dalam masa tujuh bulan. Comey yang bakal memberikan testimoni beliau pada hari esok sedang menyiasat kebarangkalian kempen presiden Donald Trump bersubahat dengan negara Rusia untuk mempengaruhi pilihan raya A.S. pada tahun lalu apabila beliau telah dipecat oleh Trump pada bulan Mei. Para pelabur bimbang akan keterangan beliau yang berkemungkinan untuk melambatkan lagi momentum agenda ekonomi Trump seperti pembaharuan sistem cukai dan perbelanjaan fiskal yang tinggi. Di rantau yang lain, Euro berlegar di paras tinggi tujuh bulan dan disebut niaga berdekatan dengan $1.1270 manakala para pelabur menunggu akan kenyataan Presiden ECB Mario Draghi mengenai pandangan terhadap ekonomi di EU.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.35% ke $48.02 berikutan dengan pasaran minyak yang masih mengalami kelebihan stok. Walaubagaimanapun, ketegangan di Timur Tengah dan stok simpanan A.S. yang makin berkurang telah memberikan sedikit sokongan kepada harganya. Selain itu, harga emas susut sebanyak 0.19% ke $1,291.88 selepas para pelabur mengambil kesempatan untuk merealisasikan keuntungan mereka apabila harganya mencapai paras tinggi tujuh minggu pada semalam.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
09:30 | AUD – GDP (QoQ) (Q1) | 1.1% | 0.2% | 0.3% |
15:30 | GBP – Halifax House Price Index (MoM) (May) | -0.1% | -0.1% | – |
20:30 | CAD – Building Permits (MoM) (Apr) | -5.8% | – | – |
22:30 | Crude Oil – Crude Oil Inventories | -6.428M | -3.464M | – |
GBPUSD
GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menaik dan ia telah berundur dari paras tengah baru-baru ini. Penutupan niaga di bawah garisan 60-moving average (hijau) akan mencadangkan GBPUSD untuk menurun selanjutnya ke sasaran tahap sokongan di 1.2890 pada jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2920, 1.2940
Tahap sokongan: 1.2890, 1.2860
EURUSD
EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam segi tiga menaik selepas ia berundur dari paras atas segi tiga tersebut. EURUSD dicadangkan untuk menurun selanjutnya dan menguji di paras bawah segi tiga tersebut selepas ia memecahkan tahap sokongan 1.1260. Sebarang pemecahan dari paras bawah segi tiga akan memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya selepas itu.
Tahap rintangan: 1.1280, 1.1300
Tahap sokongan: 1.1260, 1.1230, 1.1200
USDJPY
USDJPY, H4: USDJPY telah melantun kembali dan kini sedang berlegar berhampiran dengan tahap sokongan 109.45. Petunjuk MACD histogram yang memaparkan isyarat menurun makin menyusut mencadangkan USDJPY untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang mencadangkannya untuk melanjutkan kerugian selepas ia memecahkan tahap sokongan 109.45.
Tahap rintangan: 110.50, 111.25
Tahap sokongan: 109.45, 108.70
CrudeOIL
CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah memecah keluar dari paras atas segi tiga menurun dan ia memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menaik selanjutnya. Kedua-dua garisan MA yang masih melebarkan jarak dan menuju ke atas selepas pembentukan corak silang emas mencadangkan harga emas untuk meningkat selanjutnya dan menguji di tahap rintangan 48.40.
Tahap rintangan: 48.40, 49.00
Tahap sokongan: 47.90, 47.50, 46.95
GOLD
GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tinggi berdekatan dengan 1295.50. Oleh kerana petunjuk MACD masih berlegar di luar momentum menaik, harga emas dicadangkan untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek ke sasaran tahap sokongan 1290.30 sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1295.50, 1300.00
Tahap sokongan: 1290.30, 1284.00