83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

20 Julai 2017                       Analisis Harian

 

Bank pusat utama beri kenyataan, momentum ketara di dalam jangkaan.

                Yen Jepun ditawarkan dengan lebih tinggi berbanding dengan rakannya iaitu dolar A.S. pada hari Khamis manakala keputusan dasar kewangan dan kadar faedah dari Bank Pusat Jepun (BoJ) bakal memberikan momentum yang ketara. BoJ dijangka untuk mengekalkan tetapan dasar yang longgar dengan tiada perubahan sementara tema utama bagi acara tersebut adalah laporan ramalan ekonomi negara. Terdahulu, BoJ telah memperkenalkan program pembelian bon yang besar dengan harapan untuk meningkatkan tekanan inflasi yang lemah di Jepun. Walaubagaimanapun, data ekonomi mencadangkan bahawa tekanan inflasi adalah masih lemah dan ia menandakan ketidakupayaan BoJ untuk mengekalkan kadarnya untuk mencapai sasaran 2%. Pada masa yang sama, indeks dolar didagang stabil berhampiran 94.52 selepas data sektor perumahan memberikan sokongan kepadanya. Data permit pembangunan dan housing starts yang lebih baik daripada jangkaan telah mengurangkan sentimen pesimis yang telah dicetuskan oleh isyarat kemelesetan ekonomi mereka.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah didagang berhampiran paras tinggi sebulan di $47.26 selepas Energy Information Administration melaporkan penurunan yang mendadak pada stok simpanan minyak sebanyak 4.73 juta tong bagi minggu lalu. Selain itu, harga emas susut sebanyak 0.08% ke $1,240.17 selepas dolar A.S. melantun kembali berikutan dengan data sektor perumahan yang lebih positif.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Tentative                JPY                       BoJ Monetary Policy Statement (YoY)

Tentative               JPY                        BoJ Outlook Report

14:30                     JPY                       BoJ Press Conference

20:30                     EUR                      ECB Press Conference

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
09:30 AUD – Employment Change (Jun) 42.0K 15.0K 14.0K
Tentative JPY – BoJ Interest Rate Decision -0.10% -0.10%
16:30 GBP – Retail Sales (MoM) (Jun) -1.2% 0.4%
19:45 EUR – Deposit Facility Rate -0.40% -0.40%
19:45 EUR – ECB Interest Rate Decision (Jul) 0.00% 0.00%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 247K 245K
20:30 USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Jul) 27.6 24.0

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GPBUSD telah kekal berayun di dalam lingkungan 1.3000 dan 1.3050 manakala ia telah menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah) baru-baru ini. Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat berundur mencadangkan GBPUSD untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek ke sasaran 1.3000. Arah aliran jangka panjang hanya boleh dikenal pasti selepas ia memecah keluar daripada salah satu sisi lingkungan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3050, 1.3085

Tahap sokongan: 1.3000, 1.2965

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.1530. Pembentukan corak silang kematian oleh kedua-dua garisan MA baru-baru ini mencadangkan EURUSD lebih cenderung untuk melanjutkan penurunannya ke arah tahap sokongan di 1.1500.

 

Tahap rintangan: 1.1530, 1.1555

Tahap sokongan: 1.1500, 1.1475

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan kukuh iaitu 111.65. Pergerakan harga tersebut mencadangkan peningkatan pada momentum bullish yang memberi isyarat kepada USDJPY untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek dan menuju ke arah 112.30.

 

Tahap rintangan: 112.30, 113.15

Tahap sokongan: 111.65, 111.00

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan kukuh di 47.00. Kedua-dua garisan MA yang masih menyempit ke atas mencadangkan harga minyak mentah untuk melanjutkan kenaikannya ke paras atas saluran menurun tersebut.

 

Tahap rintangan: 48.50, 50.00

Tahap sokongan: 47.00, 45.25

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tinggi 1244.35. Penutupan niaga di bawah garisan 60-MA (hijau) baru-baru ini dan ditambah dengan isyarat menurun dari MACD histogram mencadangkan harganya untuk melanjutkan kerugian ke sasaran 1235.00.

 

Tahap rintangan: 1240.00, 1244.35

Tahap sokongan: 1235.00, 1229.20