9 Ogos 2017 Analisis Harian
Dolar A.S. kukuh sementara Korea Utara sediakan serangan.
Yen Jepun telah ditawarkan dengan lebih tinggi pada hari Rabu selepas ketegangan di Semenanjung Korea meningkat berikutan dengan perlaksanaan sekatan yang baru. Korea Utara menyatakan bahawa mereka sedang mempertimbangkan rancangan untuk melancar serangan peluru berpandu ke wilayah A.S. di Guam dan boleh dilaksanakan pada bila-bila masa di bawah arahan ketua Kim Jong Un. Risiko yang meningkat di pasaran akan mempergiatkan gejala penghindaran risiko di kalangan para pelabur dan meningkatkan permintaan bagi aset selamat seperti Yen dan emas. Sebaliknya, indeks dolar mengukuhkan keuntungannya di 93.48 berbanding dengan mata wang utama yang lain selepas sentimen optimisme diperbaharui oleh data tawaran pekerjaan. Menurut kepada Labour Department, bilangan tawaran pekerjaan telah meningkat sebanyak 461,000 pada bulan Jun dan jumlahnya kini di paras tertinggi sejak Disember 2000 iaitu 6.2 juta. Laporan yang positif tersebut telah menyokong laporan NFP pada Jumaat lalu yang menunjukan prestasi ekonomi yang bertambah baik sambil meningkatkan prospek bagi kenaikan kadar faedah menjelang akhir tahun nanti.
Di dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menjunam sebanyak 0.51% ke $48.92. Para pelabur telah mengetepikan pengecutan yang besar di dalam inventori minyak A.S. berikutan dengan keraguan terhadap keupayaan OPEC berpegang kepada janji untuk memotong pengeluaran mereka. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.82% ke $1,266.68 selepas ketegangan politik diantara A.S. dan Korea Utara makin meningkat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 09:30 | CNY – CPI (MoM) (Jul) | -0.2% | 0.2% | 0.1% |
| 09:30 | CNY – PPI (YoY) (Jul) | 5.5% | 5.5% | 5.5% |
| 20:15 | CAD – Housing Starts (Jul) | 212.7K | 205.0K | – |
| 20:30 | USD – Nonfarm Productivity (QoQ) (Q2) | 0.0% | 0.7% | – |
| 20:30 | USD – Unit Labour Costs (QoQ) (Q2) | 2.2% | 1.2% | – |
| 20:30 | CAD – Building Permits (MoM) (Jun) | 8.9% | -2.0% | – |
| 22:30 | Crude Oil – Crude Oil Inventories | -1.527M | -2.720M | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap Fibonacci 50.0 di 1.3030. Kedua-dua garisan MA yang masih melebarkan jarak dan menuju ke bawah mencadangkan GBPUSD untuk menurun selanjutnya selepas ia menutup niaga di bawah tahap sokongan 1.2980.
Tahap rintangan: 1.3030, 1.3080
Tahap sokongan: 1.2980, 1.2905
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). MACD histogram yang memaparkan negative divergence mencadangkan EURUSD untuk meneruskan aliran menurunnya selepas ia memecahkan tahap sokongan yang kukuh di 1.1720.
Tahap rintangan: 1.1780, 1.1840, 1.1900
Tahap sokongan: 1.1720, 1.1650
USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah melanjutkan kerugiannya selepas ia berundur dari tahap rintangan 110.85. Penutupan niaga di bawah tahap sokongan 110.10 baru-baru ini mencadangkan bias menurun ke sasaran berikutnya di 109.40.
Tahap rintangan: 110.10, 110.85
Tahap sokongan: 109.40, 108.80
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan yang kukuh di 49.55. Penutupan niaga di bawah kedua-dua garisan MA baru-baru ini mencadangkan bias menurun ke sasaran berikutnya di 48.80.
Tahap rintangan: 49.55, 50.40
Tahap sokongan: 48.80, 47.80
GOLD

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang di dalam saluran menurun dan kini sedang menguji di paras atasnya. Pemecahan dari paras ini akan memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menaik selanjutnya. Namun, pengunduran dari paras atas akan mencadangkan pembetulan bagi jangka pendek dan kekal didagang di dalam saluran menurun tersebut.
Tahap rintangan: 1265.50, 1273.95
Tahap sokongan: 1257.60, 1247.50