83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

4 Ogos 2017                         Analisis Harian

 

Risiko politik A.S. meningkat, NFP dipantau namun mampukah ia membantu?

                Great British Pound telah mengukuhkan kedudukannya pada hari Jumaat selepas Bank Pusat England (BoE) mengumumkan untuk mengekalkan kadar faedah dengan tidak berubah sambil memberikan pendirian yang pesimis terhadap unjuran ekonomi mereka. Pasangan GBP/USD didagang berhampiran $1.3137 pada pagi ini. Ahli bank tersebut telah mengundi untuk mengekalkan kadar di paras 0.25% dengan keputusan 6 berbanding 2 sambil memetik tanda-tanda kelembapan ekonomi yang mula timbul. Merujuk kepada minit mesyuarat MPC, mereka menyatakan bahawa pertumbuhan GDP makin perlahan sementara kaji selidik perniagaan yang makin melemah telah memberikan kemungkinan untuk penyusutan yang selanjutnya pada jangka masa yang akan datang. Di pasaran A.S., indeks dolar menurun sebanyak 0.12% ke 92.58 berikutan dengan tekanan politik yang makin meningkat. Penasihat khas telah mengusulkan juri negara untuk menyiasat campur tangan Rusia di dalam pilihanraya 2016. Perkembangan terbaru ini telah meningkatkan ketidakpastian di dalam Washington selepas Senat Negara menolak pindaan untuk menggantikan Obamacare.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.06% ke $49.06 manakala para pelabur menantikan bacaan bilangan pelantar minyak dari Baker Hughes. Selain itu, harga emas menokok sebanyak 0.09% ke $1,268.94 berikutan dengan ketidakpastian politik di A.S.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

09:30                     AUD                       RBA Monetary Policy Statement

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
09:30 AUD – Retail Sales (Jun) 0.6% 0.2% 0.3%
20:30 USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Jul) 0.2% 0.3%
20:30 USD – Nonfarm Payrolls (Jul) 222K 183K
20:30 USD – Unemployment Rate (Jul) 4.4% 4.3%
20:30 CAD – Employment Change (Jul) 45.3K 10.0K
22:00 CAD – Ivey PMI (Jul) 61.6 59.2
01:00 Crude Oil – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count 766

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menjunam dan menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah). MACD histogram yang menunjukan negative divergence mencadangkan lanjutan pada kerugiannya ke sasaran berikut di 1.3090.

 

Tahap rintangan: 1.3160, 1.3200

Tahap sokongan: 1.3090, 1.3040

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah meneruskan keuntungannya selepas ia menutup niaga di atas tahap rintangan 1.1850. Kedua-dua garisan MA yang meneruskan pelebaran dan menuju ke atas mencadangkan EURUSD untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap psikologi di 1.1900.

 

Tahap rintangan: 1.1900, 1.1960

Tahap sokongan: 1.1850, 1.1775

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 109.85. MACD histogram yang mula untuk membentuk positive divergence mencadangkan USDJPY untuk melanjutkan momentum menaiknya ke sasaran 110.25.

 

Tahap rintangan: 110.25, 110.55

Tahap sokongan: 110.05, 109.85

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dan kini sedang menguji di tahap Fibonacci 23.6 iaitu 48.80. Pemecahan pada tahap ini akan mencadangkan lanjutan pada pembetulan teknikalnya ke sasaran berikut di 47.85.

 

Tahap rintangan: 49.65, 50.40

Tahap sokongan: 48.80, 47.85

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan tipis berhampiran paras tinggi sebelumnya di 1273.95 dan ia memberi isyarat bahawa paras atasnya mempunyai tekanan menurun yang lebih kukuh. MACD memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harga emas untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan 1265.50.

 

Tahap rintangan: 1273.93, 1281.00

Tahap sokongan: 1265.50, 1257.60