28 Ogos 2017 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Ogos 28 – September 1
Kajian Pasaran (Forex): Ogos 21 – 25
Dolar A.S.
Dolar A.S. ditawarkan dengan lebih rendah berbanding dengan sekumpulan mata wang utama yang lain pada hari Jumaat sementara para pelabur mencerna ucapan yang disampaikan oleh pengerusi bank pusat global di Simposium Jackson Hole. Indeks dolar menjunam sebanyak 0.82% dan berlegar berhampiran 93.47 semasa lewat sesi Jumaat. Untuk setakat ini, dolar telah menurun sebanyak 10% di dalam tahun ini berikutan dengan ketidakpastian yang mengelilingi agenda ekonomi A.S. oleh Presiden Donald Trump dan keraguan terhadap kenaikan kadar faedah seterusnya oleh Bank Pusat A.S. (Fed).
Secara ringkasnya, Yellen dalam ucapan bertajuk “Financial Stability A Decade after the Onset of Crisis” memberi tumpuan kepada fakta bahawa sebarang perubahan pada dasar kewangan harus dilaksanakan secara berhemah sambil menyatakan bahawa prestasi kestabilan ekonomi di bawah pimpinan bank pusat adalah ketara selepas krisis kewangan yang lalu. Namun, ucapan yang mempunyai 15 halaman tersebut gagal untuk menyentuh mengenai pendirian dasar kewangan atau pengurangan penyata imbangan dan ia telah menyebabkan kejatuhan pada dolar A.S.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY susut sebanyak 0.17% ke 109.36.
EUR/USD
Euro mencecah paras tertinggi di dalam tempoh dua tahun berhampiran $ 1.1941 berbanding dolar A.S. selepas melonjak lebih daripada 1.06% pada hari Jumaat. Mata wang tunggal tersebut menerima sokongan untuk meningkat walaupun ucapan oleh Presiden Bank Pusat Eropah, Mario Draghi mengelak untuk memberi apa-apa petunjuk baru mengenai rancangan mereka untuk merangsang program rangsangan ekonomi tetapi mengakui bahawa pemulihan ekonomi di dalam zon Eropah adalah ketara.
GBP/USD
Pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.61% ke $1.2878 berbanding dengan dolar A.S. semasa lewat dagangan hari Jumaat.
Kajian Pasaran (Komoditi): Ogos 21 – 25
GOLD
Harga emas mengakhiri posisinya dengan lebih tinggi pada hari Jumaat selepas dolar A.S. mengalami momentum penjualan yang ketara berikutan dengan kekurangan isyarat mengenai dasar kewangan dari pengerusi Fed Janet Yellen.
Harganya menokok sebanyak 0.3% sementara mengakhiri minggu lalu berhampiran $1,295.95 selepas ia mencecah paras rendah $1,281.30 seawalnya. Permintaan bagi aset emas meningkat dengan sederhana selepas Yellen gagal membincangkan prospek dasar kewangan, yakni mengecewakan para pelabur yang mengharapkan isyarat yang lebih optimistik daripadanya.
Crude Oil
Harga minyak mentah didagang dengan lebih tinggi pada hari Jumaat yang lalu selepas Taufan Harvey mengganggu aktiviti pengeluaran dan penapisan minyak di sepanjang Pantai Teluk. Harganya menokok sebanyak 44 sen atau 0.9% pada lewat sesi dagangan Jumaat sambil menutup minggu tersebut pada $ 47.87 setong.
Seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Biro Keselamatan Dalam Negeri dan Penguatkuasaan Alam Sekitar, lebih daripada 25% pelantar minyak di sepanjang Pantai Teluk Mexico ditutup selepas ia dilanda oleh Taufan Harvey. Penutupan tersebut mencerminkan pengeluaran sebanyak 428,568 tong minyak setiap hari daripada jumlah keseluruhan sebanyak 1.75 juta tong di sepanjang Pantai Teluk.
Di samping itu, harga komoditi tersebut juga telah menerima sokongan bullish yang selanjutnya selepas firma perkhidmatan minyak Baker Hughes menunjukkan penyusutan pada bilangan pelantar minyak bagi minggu kedua berturut-turut. Menurut kepada laporan yang dilepaskan, kiraan pelantar minyak mingguannya telah susut sebanyak 4 dan jumlah keseluruhannya kini berada di paras 759.
Walau bagaimanapun, kenaikan yang dialami oleh harga minyak adalah terhad berikutan dengan pengeluaran syal A.S. yang makin meningkat dan ia telah memansuhkan pemotongan pengeluaran yang dilaksanakan oleh para ahli dan bukan ahli OPEC.
Baker Hughes Oil Rig Count A.S.

Bilangan pelantar minyak yang aktif di A.S. telah menurun sebanyak 4 dan jumlah keseluruhan kini di paras 759.
Pandangan Mingguan: Ogos 28 – September 1
Untuk minggu ini, para pelabur akan menumku kepada laporan pekerjaan A.S. bagi bulan Ogos untuk mengukur impaknya terhadap dasar kewangan Federal Reserve. Selain itu, para pelabur juga akan memberi tumpuan kepada bacaan yang disemak semula mengenai pertumbuhan suku kedua A.S. dan data inflasi bagi zon Eropah untuk mengukur prospek terhadap mata wang masing-masing.
Bagi pelabur minyak, mereka akan mengawasi maklumat mingguan yang terkini mengenai stok minyak mentah dari A.S. yang bakal dilepaskan pada hari Selasa dan Rabu untuk mengukur kekukuhan permintaan dari pengguna minyak terbesar di dunia. Sementara itu, kenyataan dari pengeluar minyak utama akan ditumpu bagi memastikan pematuhan mereka terhadap pelan pemotongan pengeluaran harian.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Ogos 28 – September 1
| Isnin, Ogos 28 |
Data N/A
Acara N/A
|
| Selasa, Ogos 29 |
Data JPY – Household Spending (MoM) (Jul) CAD – RMPI (MoM) (Jul) USD – CB Consumer Confidence (Aug)
Acara N/A
|
| Rabu, Ogos 30 |
Data CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock AUD – Building Approvals (MoM) (Jul) AUD – Construction Work Done (QoQ) (Q2) GBP – Net Lending to Individuals EUR – German CPI (MoM) (Aug) USD – ADP Nonfarm Employment Change (Aug) USD – GDP (QoQ) (Q2) CrudeOIL – Crude Oil Inventories
Acara USD – FOMC Member Powell Speaks
|
| Khamis, Ogos 31 |
Data CNY – Manufacturing PMI (Aug) CNY – Non-Manufacturing PMI (Aug) NZD – ANZ Business Confidence (Aug) AUD – Private New Capital Expenditure (QoQ) (Q2) EUR – German Retail Sales (MoM) (Jul) EUR – German Unemployment Change (Aug) EUR – CPI (YoY) (Aug) USD – Core PCE Price Index (MoM) (Jul) USD – Initial Jobless Claims USD – Personal Spending (MoM) (Jul) CAD – GDP (MoM) (Jun) USD – Chicago PMI (Aug) USD – Pending Home Sales (MoM) (Jul)
Acara N/A
|
|
Jumaat, September 1
|
Data CNY – Caixin Manufacturing PMI EUR – German Manufacturing PMI GBP – Manufacturing PMI USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Aug) USD – Nonfarm Payrolls (Aug) USD – Unemployment Rate (Aug) USD – ISM Manufacturing PMI (Aug) USD – Michigan Consumer Sentiment (Aug) CrudeOIL – Baker Hughes Oil Rig Count
Acara N/A
|
Analisis Teknikal Mingguan: Ogos 28 – September 1
Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar kekal didagang di dalam saluran menurun dan ia telah menutup di bawah tahap sokongan 93.00 baru-baru ini. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada isyarat menaik mencadangkan bias menurun yang selanjutnya ke sasaran berikut di 92.00.
Tahap rintangan: 94.00, 94.95
Tahap sokongan: 93.00, 92.00
GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). Kedua-dua garisan MA yang masih melebarkan jarak dan menuju ke bawah selepas pembentukan corak silang kematian mencadangkan GBPUSD untuk menurun selanjutnya ke arah tahap sokongan 1.2860.
Tahap rintangan: 1.2970, 1.3100, 1.3230
Tahap sokongan: 1.2860, 1.2715
USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY masih menerima tekanan selepas kedua-dua garisan MA melebarkan jarak dan menuju ke bawah selepas formasi silang kematian. Pengunduran dari tahap rintangan 109.40 akan mencadangkan USDJPY untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke sasaran tahap sokongan yang kukuh iaitu 108.80.
Tahap rintangan: 109.40, 110.10
Tahap sokongan: 108.80, 108.10
EURUSD

EURUSD, Weekly: EURUSD telah menerima momentum bullish yang lebih tinggi selepas ia menutup niaga di atas tahap rintangan 1.1910. Kedua-dua garisan MA yang masih melebarkan jarak dan menuju ke atas selepas pembentukan corak silang emas mencadangkan bias menaik yang selanjutnya untuk menuju ke sasaran 1.2100.
Tahap rintangan: 1.2100, 1.2340
Tahap sokongan: 1.1910, 1.1610
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun berhampiran dengan tahap sokongan yang kukuh iaitu 1281.10. Penutupan niaganya di atas tahap rintangan 1295.00 akan mencadangkan bias menaik kepada harganya untuk menuju ke sasaran 1307.00.
Tahap rintangan: 1295.00, 1307.00
Tahap sokongan: 1281.10, 1270.35
Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam segi tiga menyempit dan kini sedang menguji di paras bawahnya. Pemecahan dari paras bawah segi tiga akan memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya sementara sasaran berikut berada di 47.00.
Tahap rintangan: 48.50, 50.00
Tahap sokongan: 47.00, 45.50