29 Ogos 2017 Analisis Harian
Korea Utara mengancam, aset selamat dibida tinggi.
Dolar A.S. merosot ke paras rendah empat bulan berbanding dengan Yen Jepun pada hari Selasa selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandu yang melintasi wilayah Jepun di dalam provokasi terbaru oleh Pyongyang. Menurut kepada kerajaan Jepun dan Korea Selatan, peluru berpandu tersebut dilancarkan berhampiran dengan Pyongyang dan menyeberangi wilayah Utara Jepun di Hokkaido pada pagi ini. Tindakan tersebut berlatarbelakangkan ketegangan diantara Korea Utara dan Amerika Syarikat yang telah susut selepas kedua-dua pihak melontar ancaman untuk beberapa minggu yang lalu. Akibatnya, indeks dolar susut sebanyak 0.32% ke 92.17 sementara pasangan USD/JPY menjunam sebanyak 0.76% ke 108.42. Di rantau yang lain, Euro melonjak ke paras tertinggi di dalam tempoh dua setengah tahun pada $1.1985 selepas spekulasi makin bertambah ke atas kemungkinan Bank Pusat Eropah (ECB) mengurangkan program kelonggaran kuantitatifnya semasa mesyuarat polisi bulan September depan. Presiden ECB Mario Draghi yang tidak mencuba untuk membendung kenaikan Euro semasa ucapannya di Jackson Hole mencadangkan bahawa beliau kurang cemas akan lonjakan Euro baru-baru ini.
Sebaliknya, harga minyak mentah memangkas kerugian sebanyak 0.43% ke $46.77 setong. Terdahulu, komoditi tersebut menerima penjualan yang luas selepas Ribut Tropika Harvey mengganggu aktiviti penapisan di sepanjang Pantai Teluk yang boleh meningkatkan bekalan minyak mentah di dalam pasaran. Sebaliknya, harga emas melonjak sebanyak 0.58% ke $1,317.26 selepas ketegangan geopolitik di Semenanjung Korea makin meningkat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 07:30 | JPY – Household Spending (MoM) (Jul) | 1.5% | -0.5% | -1.9% |
| 20:30 | CAD – RMPI (MoM) (Jul) | -3.7% | -2.5% | – |
| 22:00 | USD – CB Consumer Confidence (Aug) | 121.1 | 120.3 | – |
| 04:30 | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -3.595M | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2890. Penunjuk MACD yang memaparkan peningkatan pada momentum menaik mencadangkan GBPUSD untuk meneruskan kenaikannya ke sasaran tahap rintangan di 1.2960.
Tahap rintangan: 1.2960, 1.3020
Tahap sokongan: 1.2890, 1.2830
EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah melanjutkan keuntungannya selepas ia menutup niaga di atas tahap rintangan 1.1880. Penunjuk MACD histogram yang memaparkan isyarat positive divergence mencadangkan EURUSD untuk menaik selanjutnya selepas ia memecahkan tahap psikologi 1.2000.
Tahap rintangan: 1.2000, 1.2150
Tahap sokongan: 1.1880, 1.1700
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah ditawarkan dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan yang kukuh di 108.90. MACD histogram yang memaparkan isyarat negative divergence mencadangkan USDJPY untuk menurun selanjutnya dan menuju ke sasaran 108.30.
Tahap rintangan: 108.90, 109.50
Tahap sokongan: 108.30, 107.80
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah sedang didagang di dalam saluran menurun menyempit selepas ia melantun berhampiran tahap sokongan 46.15. Penunjuk Stochastic Oscillator yang telah menunjuk isyarat melantun dari paras oversold mencadangkan bias menaik bagi jangka pendek untuk harganya meningkat ke arah 47.15.
Tahap rintangan: 47.15, 47.80
Tahap sokongan: 46.65, 46.15
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah meneruskan keuntungannya selepas ia melantun dari tahap sokongan 1278.45. Penunjuk MACD histogram yang memaparkan isyarat positive divergence mencadangkan harga emas untuk menaik selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan 1320.80.
Tahap rintangan: 1320.80, 1350.00
Tahap sokongan: 1305.00, 1278.45