11 September 2017 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: September 11 – 15
Kajian Pasaran (Forex): September 4 – 8
Dolar A.S.
Dolar AS merosot sehingga mencapai paras terendah di dalam tempoh dua setengah tahun berbanding mata wang utama lain pada hari Jumaat berlatarbelakangan keraguan yang makin meningkat ke atas kemampuan Federal Reserve untuk menaikkan kadar faedah menjelang akhir tahun ini. Indeks dolar susut sebanyak 0.20% ke 91.31 semasa lewat sesi dagangan hari Jumaat selepas ia menyentuh paras rendah 90.99. Untuk minggu tersebut, indeks dolar telah mencatat kerugian sebanyak 1.55%, iaitu penurunan yang terbesar sejak lewat bulan Jun yang lalu
Prospek pasaran terhadap dolar AS telah dilemahkan lagi berikutan dengan ketegangan geopolitik dengan Korea Utara dan ribut taufan yang melanda Amerika Syarikat baru-baru ini. Tambahan pula, kegawatan politik yang berlaku di Washington telah menyumbang kepada pesimisme terhadap mata wang tersebut.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY menjunam sehingga ke paras rendah 10 bulan di 107.32 sebelum meningkat kembali dan menutup di paras 107.81.
EUR/USD
Pasangan EUR/USD telah meneruskan kenaikannya sebanyak 0.12% ke $1.2036 pada lewat sesi dagangan hari Jumaat. Permintaan bagi mata wang tersebut telah diperkukuhkan lagi selepas Presiden Bank Pusat Eropah iaitu Mario Draghi memberi isyarat bahawa mereka bakal mengurangkan program rangsangan ekonomi pada musim luruh tahun ini.
GBP/USD
Pound sterling meningkat ke paras tinggi lima minggu di $1.3195 berbanding dengan dolar A.S. selepas ia disokong oleh data pengeluaran sektor pembuatan yang lebih optimistik bagi bulan Julai yang lalu.
Kajian Pasaran (Komoditi): September 4 – 8
GOLD
Harga emas mencecah tahap yang tertinggi di dalam tempoh setahun selepas dolar AS kekal di bawah tekanan menjual yang disebabkan oleh prospek untuk kenaikan kadar yang makin pudar. Harga logam kuning tersebut telah mengakhiri minggu ini dengan peningkatan sebanyak 0.15% ke $ 1,352.28 sambil mencatat keuntungan mingguan yang ketiga berturut-turut sebanyak 1.56%. Selain itu, permintaan bagi aset selamat ini telah kekal disokong berikutan dengan ketegangan di antara Amerika Syarikat dan Korea Utara akibat daripada ujian nuklear di Pyongyang baru-baru ini. Peserta pasaran akan mengagihkan kapital mereka kepada aset yang lebih selamat bagi menjamin keselamatan modal mereka.
Crude Oil
Harga minyak mentah melanjutkan kerugiannya pada hari Jumaat yang lalu berikutan dengan kebimbangan terhadap permintaan minyak mentah yang makin berkurangan selepas para pelabur menyaksikan pemulihan yang perlahan selepas A.S. dilanda oleh Taufan Harvey. Lebih-lebih lagi, harganya tetap berada di bias yang lebih negatif oleh kerana potensi impak Taufan Irma yang kini makin mendekati tanah besar Amerika Syarikat. Harganya susut di sekitar $1.61 atau 3.3% sambil mengakhiri minggu lalu di paras $47.48 setong. Walaupun instrumen tersebut telah mencatatkan kerugian harian yang terbesar sejak bulan Julai, namun harganya masih mencatat keuntungan sebanyak 19 sen atau 0.14%.
Lebih satu perempat daripada hab penapisan minyak AS terpaksa ditutup apabila taufan Harvey melanda kawasan di sepanjang Pantai Teluk. Pemulihan yang lebih lambat selepas insiden tersebut telah menyumbang kepada permintaan domestik yang lebih rendah bagi minyak mentah dan ia telah dicerminkan di dalam laporan mingguan yang dilepaskan oleh Energy Information Administration. Menurut kepada EIA, inventori minyak mentah telah meningkat sebanyak 4.6 juta tong pada minggu lepas, melebihi konsensus ekonomis untuk meningkat hanya 4 juta tong.
Begitu juga, kesan Harvey juga dirasai di dalam pengeluaran minyak selepas pembekal perkhidmatan minyak Baker Hughes melaporkan penurunan pada pelantar minyak sebanyak 3 dan jumlahnya kini di paras 756. Namun, kebanyakan para penganalisis berpendapat bahawa kelembapan dalam penapisan dan pengeluarannya hanya untuk jangka pendek dan ia bakal pulih tidak lama lagi.
Crude Oil Stock Change A.S.

—– Ramalan
Stok minyak mentah A.S. telah meningkat buat kali pertama di dalam tempoh 10 minggu sebanyak 4.58 juta tong.
Baker Hughes Oil Rig Count A.S.

Bilangan pelantar minyak yang aktif di A.S. telah menurun sebanyak 3 dan jumlah keseluruhan kini di paras 756.
Pandangan Mingguan: September 11 – 15
Untuk minggu ini, para pelabur akan menunggu laporan inflasi AS yang bakal dilepaskan pada hari Khamis untuk mendapatkan isyarat yang lebih lanjut mengenai tempoh kenaikan kadar faedah. Demikian juga, pengumuman dasar kewangan UK oleh Bank of England juga akan berada di dalam fokus.
Bagi pelabur minyak, mereka akan menumpukan perhatian mereka kepada laporan bulanan dari Organization of the Petroleum Exporting Countries dan International Energy Agency bagi menilai paras bekalan dan permintaan minyak global. Laporan ini juga boleh memberikan gambaran yang lebih jelas kepada para pelabur mengenai usaha pengimbangan semula minyak global yang telah dilaksanakan sejak awal tahun ini.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: September 11 – 15
| Isnin, September 11 |
Data JPY – Tertiary Industry Activity Index (MoM) CAD – Housing Starts (Aug)
Acara N/A
|
| Selasa, September 12 |
Data AUD – NAB Business Confidence (Aug) GBP – CPI (YoY) (Aug) USD – JOLTs Job Openings (Jul)
Acara CrudeOIL – OPEC Monthly Report
|
| Rabu, September 13 |
Data CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock EUR – German CPI (MoM) (Aug) GBP – Average Earnings Index +Bonus (Jul) GBP – Claimant Count Change (Aug) EUR – Industrial Production (MoM) (Jul) USD – PPI (MoM) (Aug) CrudeOIL – Crude Oil Inventories
Acara CrudeOIL – IEA Monthly Report
|
| Khamis, September 14 |
Data AUD – Employment Change (Aug) CNY – Industrial Production (YoY) (Aug) CHF – SNB Interest Rate Decision GBP – BoE Interest Rate Decision (Sep) USD – Initial Jobless Claims USD – Core CPI (MoM) (Aug) CAD – New Housing Price Index (MoM) (Jul)
Acara CHF – SNB Monetary Policy Assessment GBP – BoE MPC Meeting Minutes
|
|
Jumaat, September 15
|
Data USD – Core Retail Sales (MoM) (Aug) USD – NY Empire State Manufacturing Index (Sep) USD – Retail Sales (MoM) (Aug) USD – Industrial Production (MoM) (Aug) USD – Michigan Consumer Sentiment (Sep) CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count
Acara N/A
|
Analisis Teknikal Mingguan: September 11 – 15
Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah melanjutkan kerugiannya di dalam saluran menurun selepas ia memecahkan tahap sokongan 92.00. Lantunan dari 91.00 baru-baru ini mencadangkan bias menaik bagi jangka pendek untuk menguji semula di tahap 92.00. Namun, arah aliran jangka panjang masih tertakluk kepada saluran menurun tersebut.
Tahap rintangan: 92.00, 93.00
Tahap sokongan: 91.00, 90.00
GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia melantun dari paras bawahnya. Kedua-dua garisan MA yang masih menyempit dan menuju ke atas mencadangkan GBPUSD untuk meneruskan kenaikannya ke sasaran berikut di 1.3265.
Tahap rintangan: 1.3265, 1.3450
Tahap sokongan: 1.3110, 1.2965
USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun berhampiran dengan tahap sokongan 107.75. Pergerakan harga ini mencadangkan USDJPY untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih tertakluk kepada bias menurun oleh kerana kedua-dua garisan MA masih melebarkan jarak dan menuju ke bawah.
Tahap rintangan: 109.40, 110.50
Tahap sokongan: 108.20, 107.15
EURUSD

EURUSD, Weekly: EURUSD telah melanjutkan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan 1.1915. Penunjuk MACD yang memaparkan peningkatan pada momentum menaik mencadangkan EURUSD untuk menaik selanjutnya dan menguji semula di paras tinggi 1.2100.
Tahap rintangan: 1.2100, 1.2340
Tahap sokongan: 1.1910, 1.1610
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah membuka niaga dengan ruang yang lebih besar selepas ia berundur dari tahap rintangan 1350.00. Penunjuk MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Sasaran pertama berada di 1320.80.
Tahap rintangan: 1350.00, 1374.75
Tahap sokongan: 1320.80, 1305.00
Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam segi tiga menyempit selepas ia melantun berhampiran dengan garisan 60-MA (hijau). Penutupan niaga di atas garisan 20-MA (merah) akan mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya dan sasarannya berada di 48.50.
Tahap rintangan: 48.50, 50.20
Tahap sokongan: 47.00, 45.50