20 September 2017 Analisis Harian
Dolar A.S. didagang tipis, menunggu acara FOMC!
Indeks dolar disebut niaga berhampiran 91.62 selepas ia mengalami kerugian sebanyak 0.21%. Tekanan inflasi yang lebih pudar di Amerika Syarikat telah mendapat perhatian para pelabur yang kini akan tertumpu kepada Ringkasan Unjuran Ekonomi Bank Pusat A.S. (Fed) dan dot-plot untuk melihat sekiranya kadar inflasi yang lemah akan menjejaskan pandangan bank pusat terhadap kadar faedahnya. Semalaman, greenback telah didagang dengan rata selepas data perumahan A.S. menunjukan penyusutan pada kadar pembinaan sebanyak 0.8% ke 1.18 juta unit, lebih rendah daripada jangkaan untuk meningkat sebanyak 1.7%. Namun, kerugian yang dialami adalah terhad berikutan dengan penyusutan pada ketidaktentuan geopolitik. Berbanding dengan mata wang utama yang lain, USD/JPY telah susut sebanyak 0.02% ke 111.57, AUD/USD menurun sebanyak 0.01% ke 0.8007 sementara NZD/USD mengalami kerugian sebanyak 0.03% ke 0.7315.
Di dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah mengalami kerugian sebanyak 43 cents ke $49.48 selepas data mengenai stok simpanan A.S. dijangka untuk menunjukan peningkatan buat kali minggu ketiga berturut-turut. Sementara itu, harga emas melonjak sebanyak 0.5% ke $1312.73 se troy auns berikutan dengan ancaman Trump untuk “memusnahkan” Korea Utara manakala para pelabur kini akan memberi tumpuan kepada mesyuarat dua hari Bank Pusat A.S.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
2:00 USD FOMC Economic Projections
2:00 USD FOMC Statement
2:30 USD FOMC Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 07:50 | JPY – Trade Balance | 419B | 94B | 114B |
| 16:30 | GBP – Retail Sales (MoM) (Aug) | 0.3% | 0.2% | – |
| 22:00 | USD – Existing Home Sales (Aug) | -1.3% | 0.1% | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 5.888M | – | – |
| 02:00 | USD – FOMC Interest Rate Decision | 1.25% | 1.25% | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD didagang di dalam segi tiga menurun sementara ia sedang mengalami fasa berayun yang tidak mempunyai momentum yang ketara dipaparkan pada penunjuk MACD histogram. Pemecahan dari paras atas segi tiga atau tahap sokongan 1.3405 akan memberikan isyarat arah aliran yang lebih ketara bagi pasangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3595, 1.3825
Tahap sokongan: 1.3465, 1.3405
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.1985. Garisan isyarat MACD yang susut ke atas mencadangkan pasangan tersebut untuk melanjutkan momentumnya untuk meningkat dan menuju ke arah tahap rintangan 1.2070.
Tahap rintangan: 1.2070, 1.2265
Tahap sokongan: 1.1985, 1.1820
USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY didagang dengan lebih tinggi selepas ia menembusi dan menutup niaga di atas garisan 200-MA. Pasangan tersebut kini sedang menguji di tahap rintangan 111.65. Pemecahan dari tahap tersebut akan mencadangkan USDJPY untuk meneruskan momentum menaiknya dan menuju ke sasaran berikut di 112.95.
Tahap rintangan: 111.65, 112.95
Tahap sokongan: 110.00, 107.30
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah ditawarkan dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 50.80. Susutan pada MACD histogram mencadangkan harga minyak mentah untuk meneruskan kerugiannya yang kini sedang menguji di tahap sokongan 50.15.
Tahap rintangan: 50.80, 52.00
Tahap sokongan: 50.15, 48.70
GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1304.50. silang pada garisan isyarat MACD mencadangkan harga emas untuk meneruskan kenaikannya dan menguji semula di tahap rintangan 1321.35.
Tahap rintangan: 1321.35, 1334.85
Tahap sokongan: 1304.50, 1299.05