83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

21 Februari 2022                    Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Februari 21 – 25

Reviu Pasaran (Forex): Februari 14 – 18

US Dollar

Indeks dolar telah didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah melanjutkan keuntungannya pada minggu yang lalu susulan dengan peningkatan ketegangan di antara Ukraine dan Rusia, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkah pelaburan mereka ke arah aset selamat Dolar AS.

 

Baru-baru ini, kebimbangan mengenai kemungkinan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah mengurangkan sentimen selera risiko dalam pasaran kewangan global, yang mendorong para pelabur membeli bon Perbendaharaan AS tanpa risiko untuk melindung diri daripada peningkatan risiko geopolitik. Menurut kepada BBC, Antony Blinken menegaskan bahawa ketegangan di timur Ukraine, serta latihan lanjutan dan penambahan tentera Rusia, menunjukkan Rusia akan menyerang dalam minggu ini. Amerika Syarikat menganggarkan Rusia telah menambah sehingga 190,000 tentera di sekitar Ukraine. Sementara itu, banyak negara telah menggesa rakyat mereka meninggalkan Ukraine dengan segera. Walaupun, prospek perang di antara Rusia-Ukraine adalah masih tidak menentu, para pelabur masih perlu memberi pemantauan ke atas perkembangan mengenai ketegangan di antara Rusia-Ukraine untuk menerima isyarat dagangan selanjutnya.

 

Dari segi data ekonomi, Dolar AS melanjutkan keuntungannya berlatarbelakangkan data ekonomi yang bullish pada minggu yang lalu. Menurut kepada Census Bureau, AS Core Retail Sales telah meningkat dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak -2.8% ke bacaan sebanyak 3.3%, melebihi ramalan pasaran sebanyak 0.8%. Selain itu, Producer Price Indeks (PPI) AS bagi bulan lepas telah meningkat dengan ketara daripada bacaan sebelumnya sebanyak 0.4% ke bacaan sebanyak 1.0%, yang juga mencatatkan lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.5%. Data-data ekonomi yang memberangsangkan tersebut telah menunjukkan bahawa ekonomi AS kekal berdaya tahan berikutan pemulihan pandemik Covid-19, yang mencetuskan kemungkinan yang lebih tinggi bagi Rizab Persekutuan untuk melaksanakan pengetatan dasar monetari yang lebih agresif untuk memerangi risiko inflasi yang tinggi. Indeks Dolar telah berakhir pada sesi minggu lepas pada harga 96.05.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY telah didagang dengan lebih rendah secara keseluruhan pada minggu lepas sambil menamatkan sesi Jumaat lepas dengan harga 114.95. Aset selamat Yen Jepun telah menerima momenntum bullish yang ketara pada minggu yang lalu susulan dengan peningkatan risiko geopolitik di antara Rusia dan Ukraine, yang selanjutnya mengurangkan sentimen selera risiko dalam pasaran kewangan dunia sambil meningkatkan daya tarikan ke atas aset selamat Yen.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD telah didagang dengan rendah minggu lepas tetapi tetap tertekan secara keseluruhan sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.1315. Oleh kerana kekurangan pemangkin pasaran dalam pasaran Eropah, keseluruhan trend menurun bagi pasangan EUR/USD kebanyakannya disebabkan oleh kenaikan Dolar AS. Pada masa ini, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai penyataan dasar monetari masa depan serta ketegangan antara Ukraine dan Rusia untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD telah didagang dengan lebih tinggi sebelum menamatkan sesi perdagangan minggu lepas pada harga 1.3535. Paun Sterling telah melonjak dengan ketara pada minggu lalu berikutan data ekonomi yang bullish dibebaskan, meningkatkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di United Kingdom. Menurut kepada Office for National Statistics, UK Average Earning Indeks + Bonus telah meningkat dengan ketara daripada bacaan sebelumnya sebanyak 4.2% ke bacaan sebanyak 4.3%, melebihi ramalan pasaran sebanyak 3.8%. Selain itu, UK Claimant Count Change telah memberi bacaan sebanyak  -31.9K, yang juga mencatatkan bacaan yang lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak -28.8K. Kenaikan gaji yang lebih tinggi di United Kingdom disebabkan oleh tanda-tanda pasaran buruh yang ketat yang berterusan, digabungkan dengan kadar pemulihan ekonomi selepas sekatan-sekatan Covid-19 telah dilonggarkan. Namun begitu, peningkatan kebimbangan mengenai pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah mengurangkan selera risiko dalam pasaran kewangan global, yang mengehadkan keuntungan yang dialami oleh aset berisiko seperti Paun Sterling.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Februari 14 – 18

GOLD

Harga emas telah didagang dengan tinggi pada minggu lalu dengan harga $1905.05 se troy auns di tengah-tengah peningkatan ketegangan antara Rusia-Ukraine, yang mencetuskan peralihan sentimen terhadap aset selamat seperti emas. Selain itu, kadar inflasi yang meningkat di Amerika Syarikat juga telah meningkatkan daya tarikan untuk pasaran emas susulan dengan para pelabur akan mengalihkan pelaburan mereka ke atas emas untuk melindung nilai daripada risiko inflasi. Terdahulu, alat inflasi pilihan Rizab Persekutuan, Personal Consumption Expenditures Price Indeks (PCE) telah meningkat sebanyak 5.8% pada tahun Januari. Walaupun begitu, harga emas telah mengehadkan keuntungannya susulan dengan jangkaan hawkish dari Bank Pusat AS pada masa yang akan datang. Justerunya, buat masa ini, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai ketegangan antara Rusia-Ukraine serta keputusan dasar monetari daripada bank pusat global untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya untuk emas.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah meningkat dengan ketara pada minggu lepas sementara menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $91.55. Harga minyak mentah telah melonjak di tengah-tengah kebimbangan gangguan bekalan berikutan peningkatan ketegangan antara Rusia-Ukraine. Amerika Syarikat telah mengancam Rusia, pembekal minyak dan gas utama, dengan pelaksanaan sekatan baharu jika ia menyerang Ukraine. Namun begitu, keuntungan yang dialami oleh harga minyak mentah adalah terhad di tengah-tengah para pelabur membuat spekulasi bahawa prospek positif perjanjian nuklear AS-Iran akan mendorong Amerika Syarikat untuk menghapuskan tarif perdagangan dari Iran, yang meningkatkan bekalan minyak pada masa hadapan.

 

Tinjauan Pzasaran: Februari 21 – 25

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti Initial Jobless Claims dan data inflasi bagi menentukan arah aliran pada dolar AS. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai penularan Omicron di seluruh dunia bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Februari 21 – 25

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 21hb Februari 2022
16:30   EUR German Manufacturing PMI (Feb) 59.5 59.8
17:30   GBP Manufacturing PMI (Feb) 57.3
17:30   GBP Services PMI 54.1
Selasa – 22hb Februari 2022
17:00   EUR German Ifo Business Climate Index (Feb) 96.5 95.7
23:00   USD CB Consumer Confidence (Feb) 109.8 113.8
Rabu – 23hb Februari 2022
9:00   NZD RBNZ Interest Rate Decision 1.00% 0.75%
9:00   NZD RBNZ Rate Statement
10:00   NZD RBNZ Press Conference
17:30   GBP Inflation Report Hearings
18:00   EUR CPI (YoY) (Jan) 5.10% 5.00%
Khamis – 24hb Februari 2022
21:15   GBP BoE Gov Bailey Speaks
21:30   USD GDP (QoQ) (Q4) 7.00% 6.90%
21:30   USD Initial Jobless Claims 235K 248K
23:00   USD New Home Sales (Jan) 807K 811K
Jumaat – 25hb Februari 2022
0:00   USD Crude Oil Inventories 1.121M
15:00   EUR German GDP (QoQ) (Q4) -0.70% -0.70%
19:15   EUR ECB President Lagarde Speaks
21:30   USD Core Durable Goods Orders (MoM) (Jan) 0.40% 0.60%
23:00   USD Pending Home Sales (MoM) (Jan) 0.50% -3.80%