83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

17 Januari 2022                      Analisis Mingguan

 Laporan Mingguan GCMAsia: Januari 17 – 21

Reviu Pasaran (Forex): Januari 10 – 14

US Dollar

Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah menyusut dengan latar belakang data-data ekonomi yang buruk dan peningkatan sentimen risiko dalam pasaran kewangan global, yang mendorong para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka dari aset selamat seperti Dolar AS         ke negara lain. Namun begitu, Dolar AS telah mengehadkan kerugiannya susulan dengan jangkaan hawkish daripada Rizab Persekutuan. Indeks Dolar telah menamatkan sesi minggu lepas pada harga 95.15.

 

Dari segi data ekonomi, A.S. Bureau of Labor Statistik melaporkan bahawa Producer Price Indeks A.S. bagi bulan lepas telah menyusut dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 1.0% ke bacaan sebanyak 0.2%, lebih buruk daripada ramalan pasaran sebanyak 0.4%. Selain itu, Initial Jobless Claims dan Retail Sales A.S. untuk bulan lepas mencapai 230K dan -1.9%, yang kedua-duanya lebih teruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 200K dan -0.1% masing-masing. Memandangkan kebanyakan data ekonomi penting telah menunjukkan bacaan yang lebih buruk daripada jangkaan, yang selanjutnya mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat. Sebaliknya, peningkatan sentimen selera risiko dalam seluruh dunia di tengah-tengah kekurangan kebimbangan terhadap varian Covid-19 telah mencetuskan momentum bearish yang lanjut untuk aset selamat Dolar AS. Menurut kepada Bloomberg, varian omicron Covid-19 yanyta  menyebabkan penyakit yang kurang teruk apabila berbanding dengan strain delta walaupun pada mereka yang tidak divaksinasi. Data dari Afrika Selatan, negara pertama yang mengalami wabak besar yang disebabkan oleh varian Omicron, setakat ini telah menunjukkan bahawa kadar kemasukan ke hospital dan kematian yang akibat daripada Covid-19 adalah masih rendah.

 

Namun begitu, Dolar AS telah mengehadkan kerugiannya selepas Federal Reserve  mengeluarkan nada hawkish mereka terhadap prospek ekonomi di Amerika Syarikat. Menurut pegawai Fed John Williams, beliau mendakwa bahawa Federal Reserve sepatutnya mengetatkan dasar monetari pengembangan yang lebih awal untuk menstabilkan kadar inflasi dalam asas jangka pendek. Selain itu, pegawai Fed Charles Evans berkata bahawa Fed mungkin perlu menaikkan kadar faedah sebanyak 4 kali ganda sekiranya  tekanan inflasi terus berterusan dalam jangka masa panjang. Pengetatan dasar monetari akan mengurangkan peredaran wang dalam pasaran AS, yang meningkatkan daya tarikan untuk Dolar AS. Pada masa kini, para pelabur akan terus kekal fokus kepada data ekonomi penting terkini dari Amerika Syarikat serta keputusan kenaikan kadar daripada Rizab Persekutuan untuk menerima isyarat dagangan selanjutnya.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY telah didagang dengan lebih tinggi secara keseluruhan pada minggu lepas sambil menamatkan sesi Jumaat lepas dengan harga 114.45. Momentum bullish keseluruhan untuk USD/JPY adalah disebabkan terutamanya oleh penyusutan untuk Yen Jepun. Aset selamat seperti Yen Jepun telah menerima momentum menurun dengan ketara di tengah-tengah kekurangan  kebimbangan Covid-19 di seluruh dunia, yang mengurangkan daya tarikan ke atas aset selamat Yen. Selain itu, Yen Jepun melanjutkan kerugiannya berlatarbelakangkan data ekonomi negatif. Menurut kepada Bank of Jepun, Jepun Producer Price Indeks pada bulan yang lepas telah menyusut dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak 0.7% ke bacaan sebanyk -0.2%, melepasi ramalan pasaran sebanyak 0.3%.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD telah didagang dengan tinggi minggu lepas tetapi tetap tertekan secara keseluruhan sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.1415. Momentum keseluruhan untuk Euro kekal bullish di tengah-tengah penyusutan untuk Dolar AS. Tambahan pula, Euro telah melanjutkan keuntungannya selepas Bank Pusat Eropah (ECB) melancarkan nada hawkish mereka pada minggu lepas. Menurut kepada Reuters, Presiden ECB Christine Lagarde berkata pada hari Selasa lalu bahawa Bank Pusat Eropah akan terus memantau tahap kadar inflasi pada masa hadapan. Sekiranya kadar inflasi terus melebihi jangkaan, Bank Pusat Eropah berikrar untuk melaksanakan pengetatan dasar monetari dan meningkatkan kadar faedah pada masa hadapan untuk menstabilkan risiko inflasi.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD telah didagang dengan lebih tinggi sebelum menamatkan sesi perdagangan minggu lepas pada harga 1.3505. Momentum keseluruhan untuk pasangan GBP/USD kekal bulllish kebanyakannya disebabkan oleh penyusutan nilai Dolar AS. Tambahan pula, Pound Sterling telah menerima momentum bullish lanjutnya susulan dengan data-data ekonomi yang positif dari rantau UK. Menurut kepada Office for National Statistik, U.K. Monthly Gross Domestik Produk (GDP) telah meningkat dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 0.2% ke bacaan sebanyak 0.9%. Sementara itu, U.K. Manufacturing Production untuk bulan lepas telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 0.1% ke bacaan sebanyak 1.1%, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.2%.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Januari 10 – 14

GOLD

Harga emas telah menyusut dengan ketara minggu lalu dengan harga $1812.05 se troy auns di tengah-tengah selepas Federal Reserve melepaskan penyataan hawkish mereka terhadap perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat. Beberapa pegawai Fed telah mencadangkan untuk mengetatkan dasar monetari dalam asas jangka pendek memandangkan kadar inflasi terus berlegar pada paras tertinggi 30 tahun. Menurut kepada Fed Rate Monitor Tool, peserta pasaran menjangkakan sebanyak kebarangkalian 80% bahawa Bank Pusat AS akan meningkatkan kadar faedah semasa mesyuarat dasar Mac. Pengetatan dasar monetari akan mengurangkan risiko inflasi pada masa hadapan, yang mengurangkan daya tarikan ke atas aset selamat emas.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah meningkat dengan ketara pada minggu lepas sementara menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $79.20. Arah aliran keseluruhan bagi harga minyak mentah kekal bullish di tengah-tengah peningkatan geopolitik di antara Rusia dan Ukraine, yang selanjutnya mencetuskan spekulasi ke atas gangguan bekalan minyak dari rantau tersebut. Selain itu, harga minyak mentah melanjutkan keuntungannya di tengah-tengah data inventori yang bullish. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA),  Inventori Minyak Mentah A.S. telah menyusut dengan ketara daripada bacaan terdahulu sebanyak -2.144M ke bacaan sebanyak -4.553M, lebih baik daripada ramalan pasaran sebanyak -1.904M.

 

Tinjauan Pasaran: Januari 17 – 21

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti Initial Jobless Claims dan data inflasi bagi menentukan arah aliran pada dolar AS. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai penularan Omicron di seluruh dunia bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Januari 17 – 21

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 17hb Januari 2022
10:00   CNY GDP (YoY) (Q4) 3.60% 4.90%
10:00   CNY Industrial Production (YoY) (Dec) 3.60% 3.80%
Selasa – 18hb Januari 2022
Tentative   JPY BoJ Monetary Policy Statement
Tentative   JPY BoJ Outlook Report (YoY)
Tentative   JPY BoJ Press Conference
15:00   GBP Average Earnings Index +Bonus (Nov) 4.20% 4.90%
15:00   GBP Claimant Count Change (Dec) -38.6K -49.8K
18:00   EUR German ZEW Economic Sentiment (Jan) 32.7 29.9
Rabu – 19hb Januari 2022
15:00   GBP CPI (YoY) (Dec) 5.20% 5.10%
21:30   USD Building Permits (Dec) 1.701M 1.717M
21:30   CAD Core CPI (MoM) (Dec) 0.60%
22:15   GBP BoE Gov Bailey Speaks
Khamis – 20hb Januari 2022
8:30   AUD Employment Change (Dec) 30.0K 366.1K
9:30   CNY PBoC Loan Prime Rate 3.80%
18:00   EUR CPI (YoY) (Dec) 5.00% 5.00%
20:30   EUR ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
21:30   USD Initial Jobless Claims 220K 230K
21:30   USD Philadelphia Fed Manufacturing Index (Jan) 20 15.4
23:00   USD Existing Home Sales (Dec) 6.43M 6.46M
Jumaat – 21hb Januari 2022
0:00   USD Crude Oil Inventories -4.553M
14:00   GBP Retail Sales (MoM) (Dec) -0.60% 1.40%
20:30   EUR ECB President Lagarde Speaks
21:30   CAD Core Retail Sales (MoM) (Nov) 1.30% 1.30%