83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

7hb Mac 2022             Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Mac 7 – 11

Reviu Pasaran (Forex): Februari 28 – Mac 4

US Dollar

Indeks dolar telah didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah menerima momentum bullish yang ketara minggu yang lalu susulan dengan peperangan di antara Rusia-Ukraine telah mengurangkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat Dolar AS.  Sementara itu, Dolar AS telah melanjutkan keuntungannya selepas Bank Pusat AS melancarkan penyataan hawkish terhadap dasar monetari. Indeks Dolar telah menamatkan sesi minggu lepas pada harga 98.80.

 

Menurut kepada Reuters, kementerian tenaga atom Ukraine mendakwa bahawa unit penjanaan di loji kuasa nuklear Zaporizhzhia, yang terbesar seumpamanya di Eropah, telah ditembak semasa serangan oleh tentera Rusia. Selain itu, Majlis Kesatuan Eropah serta Amerika Syarikat telah mengundi untuk melaksanakan sanksi ke atas Russia bagi mengecualikan bank Rusia daripada sistem SWIFT untuk menjejaskan keupayaan mereka apabila  beroperasi secara global. Sekatan tersebut juga telah mencetuskan spekulasi bahawa ia akan membawa kepada kesan tidak langsung ke atas syarikat pembekal minyak di Rusia. Oleh kerana sistem transaksi SWIFT telah diharamkan, syarikat pembekal minyak akan menghadapi masalah untuk menjalankan perniagaan mereka secara normal. Tindakan tersebut mungkin akan menjejaskan rantaian bekalan global, yang meningkatkan risiko inflasi yang ketara pada masa hadapan sambil meningkatkan kemungkinan untuk Fed melaksanakan pengetatan dasar kewangan yang lebih agresif untuk memerangi risiko inflasi. Pengetatan dasar monetari mungkin akan mengurangkan peredaran wang dalam pasaran kewangan, meningkatkan daya tarikan terhadap Dolar AS.

 

Dari segi data ekonomi, Dolar AS telah melanjutkan keuntungannya selepas data ekonomi yang bullish telah dibebaskan dari rantau Amerika Syarikat minggu lepas, yang meningkatkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat. Menurut kepada Bureau of Labor Statistiks, AS Nonfarm Payrolls telah meningkat dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak 481K ke bacaan sebanyak 678K, melebihi ramalan pasaran 400K. Sebaliknya, Kadar Pengangguran AS mencapai 3.8%, yang juga lebih baik daripada jangkaan pasaran pada 3.9%.

 

Sebagai kesimpulan, disebabkan oleh ketegangan yang semakin meningkat antara Rusia dan Ukraine serta jangkaan hawkish daripada Rizab Persekutuan, arah aliran keseluruhan untuk Dolar AS berkemungkinan akan mengekalkan trend menaik dalam asas jangka pendek. Namun begitu, para pelabur masih perlu terus memantau perkembangan mengenai keputusan dasar monetari daripada Fed serta peperangan di antara Rusia-Ukraine untuk mengukur kemungkinan pergerakan Dolar AS.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY telah didagang dengan lebih rendah secara keseluruhan pada minggu lepas sambil menamatkan sesi Jumaat lepas dengan harga 114.65. Aset selamat Yen Jepun telah menerima momentum bullish yang ketara pada minggu yang lalu susulan dengan peningkatan risiko geopolitik di antara Rusia dan Ukraine, yang selanjutnya mengurangkan sentimen selera risiko dalam pasaran kewangan dunia sambil mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat Yen.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD telah didagang dengan rendah minggu lepas tetapi tetap tertekan secara keseluruhan sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.0875. Euro menyusut dengan ketara di tengah-tengah para pelabur kekal bimbang terhadap perkembangan ekonomi di rantau Eropah. Ketegangan yang semakin meningkat antara Rusia-Ukraine mungkin akan terus menjejaskan momentum ekonomi di rantau Eropah. Selain itu, negara-negara Eropah mengimport kebanyakannya 40% daripada penggunaan gas aslinya dan lebih daripada suku permintaan minyak dari Rusia. Kebimbangan gangguan bekalan akibat pelaksanaan sekatan dari rantau Eropah akan meningkatkan kos bahan mentah untuk syarikat Eropah, yang membawa kepada risiko inflasi yang lebih tinggi pada masa hadapan sambil mengurangkan daya tarikan ke atas Euro.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD telah didagang dengan lebih rendah sebelum menamatkan sesi perdagangan minggu lepas pada harga 1.3215. Oleh kerana kekurangan pemangkin pasaran dari pasaran di United Kingdom minggu lepas, pergerakan keseluruhan untuk pasangan GBP/USD adalah disebabkan terutamanya oleh kenaikan Dolar AS. Selain itu, sentimen penghindaran risiko dalam pasaran kewangan global juga akan mencetuskan penjualan bagi aset yang lebih berisiko seperti Pound Sterling, yang meningkatkan momentum bearish yang lanjut ke atas Pound Sterling. Buat masa ini, pelabur akan terus kekal fokus terhadap hubungan antara Rusia-Ukraine serta data ekonomi selanjutnya untuk menerima isyarat dagangan selanjutnya untuk Pound Sterling.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Februari 28 – Mac 4

GOLD

Harga emas telah didagang dengan tinggi pada minggu lalu dengan harga $1970.15  se troy auns di tengah-tengah peningkatan ketegangan geopolitik di antara Rusia-Ukraine telah mengurangkan selera risiko dalam pasaran kewangan global, yang mendorong para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka ke arah emas selamat. Sebaliknya, kenaikan harga komoditi telah mendorong risiko inflasi AS mencecah paras tertinggi 40 tahun. Menurut kepada data penunjuk inflasi AS terkini, Personal Consumption Expenditure Indeks (PCE) telah meningkat sebanyak 5.8% pada tahun Disember dan 6.1% dalam tempoh 12 bulan hingga Januari. Bacaan itu juga menunjukkan kadar inflasi pertumbuhan terpantas sejak 1982. Risiko inflasi yang meningkat pada masa hadapan berkemungkinan mendorong para pelabur memasuki pasaran emas selamat untuk melindung nilai daripada risiko inflasi.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah meningkat dengan ketara pada minggu lepas sementara menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $114.98 se tong. Harga minyak mentah mencecah paras tertinggi beberapa tahun pada minggu lepas berikutan negara-negara utama telah melaksanakan banyak sanksi ke atas Rusia. Peserta pasaran kekal bimbang bahawa sanksi ke atas industri minyak dan gas berkemungkinan akan menjejaskan bekalan minyak, yang mendorong momentum kenaikan harga pada komoditi hitam ini. Selain itu, pasaran minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya selepas data inventori yang bullish telah dibebaskan. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), Inventori Minyak mentah AS telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 4.515M ke bacaan sebanyak -2.597M, lebih baik daripada jangkaan pasaran 2.748M.

 

Tinjauan Pasaran: Mac 7 – 11

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti Initial Jobless Claims dan data inflasi bagi menentukan arah aliran pada dolar AS. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai peperangan di antara Rusia-Ukraine.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Mac 7 – 11

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 7hb Mac 2022
N/A
Selasa – 8hb Mac 2022
N/A
Rabu – 9hb Mac 2022
7:50   JPY GDP (QoQ) (Q4) 1.40% 1.30%
23:00   USD JOLTs Job Openings (Jan) 10.925M 10.925M
23:30   USD Crude Oil Inventories -2.597M
Khamis – 10hb Mac 2022
18:00   EUR EU Leaders Summit
20:45   EUR ECB Monetary Policy Statement
20:45   EUR ECB Interest Rate Decision (Mar)
21:30   USD Core CPI (MoM) (Feb) 0.50% 0.60%
21:30   USD Initial Jobless Claims 216K 215K
21:30   EUR ECB Press Conference
Jumaat – 11hb Mac 2022
15:00   GBP GDP (MoM) -0.20%
15:00   GBP Manufacturing Production (MoM) (Jan) 0.20% 0.20%
18:00   EUR EU Leaders Summit
21:30   CAD Employment Change (Feb) 160.0K -200.1K