83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

03 Januari 2022                      Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Januari 03 – 07

Reviu Pasaran (Forex): Disember 27 – 31

US Dollar

Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah berundur dengan latar belakang data-data ekonomi yang buruk serta peningkatan yang ketara untuk kes Covid-19 di Amerika Syarikat, menimbulkan kebimbangan bahawa pihak berkuasa mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk melaksanakan semula sekatan Covid-19 bagi memerangi kes yang meningkat. Indeks Dolar telah menamatkan sesi minggu lepas pada harga 95.55.

 

Dari segi pandemik Covid-19, pakar penyakit A.S. Anthony Fauci telah memberi amaran bahawa masih terdapat bahaya peningkatan kemasukan ke hospital berikutan jumlah besar Covid-19 telah dikesan walaupun data awal menunjukkan varian Omicron kurang serius. Menurut kepada data dari A.S. Centers for Disease Control and Prevention (CDC), varian Omicron adalah dianggarkan 58.6% daripada varian Covid-19 yang beredar di Amerika Syarikat setakat 25hb Disember 2021. Menurut kepada Reuters, kes Covid-19 di Amerika Syarikat mencapai rekod tertinggi pada 346,869 pada hari Sabtu. Selain itu, Dolar AS melanjutkan kerugiannya berikutan Amerika Syarikat mengeluarkan data ekonomi negatif. Menurut kepada National Association of Realtor, Pending Home Sales A.S. untuk bulan lepas mencatatkan penurunan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak 7.5% ke bacaan sebanyak -2.2%, lebih baik daripada ramalan pasaran sebanyak 0.5%.

 

Namun begitu, pergerakan keseluruhan Indeks Dolar kekal stabil kerana banyak pasaran ditutup atau beroperasi dengan waktu yang dikurangkan susulan dengan sesi cuti. Pada masa kini, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai kadar kemasukan ke hospital dan kadar kematian akibat daripada varian Covid-19 serta data ekonomi penting untuk mengukur kemungkinan pergerakan Dolar AS

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY telah didagang dengan lebih tinggi secara keseluruhan pada minggu lepas sambil menamatkan sesi Jumaat lepas dengan harga 115.25. Yen Jepun terus melanjutkan kerugiannya di tengah-tengah pelonggaran dasar monetari dan belanjawan tahunan yang agresif daripada kerajaan Jepun terus mengurangkan daya tarikan ke atas Yen  Jepun. Sebelum ini, kabinet Jepun telah meluluskan belanjawan tahunan sebanyak $940 bilion, menekankan keutamaan untuk memberangsangkan momentum ekonomi di rantau Jepun. Para pelabur kekal bimbang bahawa jumlah besar perbelanjaan kerajaan digabungkan dengan pelonggaran dasar monetari akan meningkatkan peredaran wang ke dalam ekonomi, yang membawa kepada kadar inflasi yang lebih tinggi pada masa hadapan. Namun begitu, keuntungan yang dialami oleh Yen Jepun adalah terhad berikutan penyusutan sentimen selera risiko dalam pasaran kewangan global di tengah-tengah peningkatan jumlah kes Covid-19 di seluruh dunia.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD telah didagang dengan tinggi minggu lepas tetapi tetap tertekan secara keseluruhan sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.1345. Momentum keseluruhan untuk Euro kekal bullish di tengah-tengah penyusutan untuk Dolar AS. Selain itu, Euro melanjutkan keuntungannya berikutan Bank Pusat Eropah (ECB) melancarkan nada hawkish mereka terhadap perkembangan ekonomi pada masa hadapan. Menurut kepada Bloomberg, Bank Pusat Eropah mendakwa bahawa mereka akan bersedia untuk meningkatkan kadar faedah pada awal 2023 selepas menamatkan baki pembelian bon menjelang akhir tahun depan untuk memerangi risiko inflasi yang tinggi, kata ahli Majlis Pentadbiran Klass Knot. Namun begitu, Euro telah mengehadkan keuntungannya susulan dengan peningkatan kebimbangan terhadap varian Omicron baharu. Banyak negara Eropah melaporkan jumlah kes Covid-19 yang tinggi, mencetuskan kebimbangan bahawa pihak berkuasa melaksanakan sekatan Covid-19 bagi mengurangkan kes Covid-19 yang semakin meningkat.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD telah didagang dengan lebih rendah sebelum menamatkan sesi perdagangan minggu lepas pada harga 1.3505. Momentum keseluruhan untuk pasangan GBP/USD kekal bulllish kebanyakannya disebabkan oleh penyusutan nilai Dolar AS. Namun begitu, keuntungan yang dialami oleh Pound Sterling adalah terhad di tengah-tengah ketidaktentuan yang semakin meningkat mengenai isu pasca-Brexit. Menurut kepada Reuters, British Frozen Food Federation mendakwa bahawa kawalan sempadan baharu ke atas produk haiwan dan tumbuhan dari EU boleh menyaksikan kelewatan pada tahun 2022. Potensi kelewatan besar-besaran dan isu bekalan makanan pada bulan Januari akan menyebabkan harga barang dan perkhidmatan di UK meningkat dengan ketara, mencetuskan risiko inflasi yang lebih tinggi pada masa hadapan sambil mengurangkan daya tarikan ke atas Pound Sterling.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Disember 27 – 31

GOLD

Harga emas telah melonjak minggu lalu dengan harga $1828.31 setiap troy auns di tengah-tengah peningkatan kes-kes Covid-19 di seluruh dunia telah mendorong beberapa negara untuk mengenakan semula sekatan penutupan, yang mengganggu rantaian bekalan global dan menyebabkan kekurangan tenaga kerja di seluruh dunia. Gangguan bekalan global akan meningkatkan risiko inflasi pada masa hadapan, yang mendorong pelabur institusi untuk mengalihkan portfolio mereka ke arah emas selamat untuk melindung nilai daripada risiko inflasi. Selain itu, peningkatan kes Covid-19 akan mengurangkan keyakinan pasaran terhadap ekonomi global, yang mendorong pelabur menjual aset mereka yang lebih berisiko sambil meningkatkan daya tarikan ke atas aset selamat emas.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah menyusut dengan ketara pada minggu lepas sementara menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $75.40. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah di tengah-tengah peningkatan jumlah varian Covid-19 Omicron di seluruh dunia terus mendorong prospek negatif untuk komoditi hitam ini. Namun begitu, kerugian yang dialami oleh komoditi minyak mentah adalah terhad susulan dengan data inventori bullish yang dibebaskan pada minggu lepas. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), Inventori Minyak Mentah A.S. telah memberi bacaan sebanyak -3.576M, lebih baik daripada ramalan pasaran sebanyak -3.233M

 

Tinjauan Pasaran: Januari 3 – 7

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti Initial Jobless Claims dan Nonfarm Payroll bagi menentukan arah aliran pada dolar AS. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai penularan Omicron di seluruh dunia bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Januari 3 – 7

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 3hb Januari 2022
16:55   EUR German Manufacturing PMI (Dec) 57.9 57.9
Selasa – 4hb Januari 2022
09:45   CNY Caixin Manufacturing PMI (Dec) 50 49.9
11:30   AUD RBA Interest Rate Decision (Jan) 0.10% 0.10%
16:55   EUR German Unemployment Change (Dec) -15K -34K
17:30   GBP Manufacturing PMI (Dec) 57.6 57.6
23:00   USD ISM Manufacturing PMI (Dec) 60.4 61.1
23:00   USD JOLTs Job Openings (Nov) 11.033M
Rabu – 5hb Januari 2022
21:15   USD ADP Nonfarm Employment Change (Dec) 390K 534K
23:30   USD Crude Oil Inventories -2.800M -3.576M
Khamis –6hb Januari 2022
03:00   USD FOMC Meeting Minutes
17:30   GBP Composite PMI (Dec) 53.2 57.6
17:30   GBP Services PMI (Dec) 53.2 58.5
21:30   USD Initial Jobless Claims 200K 198K
23:00   USD ISM Non-Manufacturing PMI (Dec) 67.2 69.1
Jumaat – 7hb Januari 2022
17:30   GBP Construction PMI (Dec) 54 55.5
18:00   EUR CPI (YoY) (Dec) 4.70% 4.90%
21:30   USD Nonfarm Payrolls (Dec) 400K 210K
21:30   USD Unemployment Rate (Dec) 4.10% 4.20%
21:30   CAD Employment Change (Dec) 27.5K 153.7K
23:00   CAD Ivey PMI (Dec) 61.2