28 Februari 2018 Analisis Harian
Dolar melonjak susulan pandangan optimistik dari Powell.
Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia meningkat sebanyak 0.58% ke 90.25 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain. Momentum bullish tersebut telah dipacu susulan dengan kenyataan bullish dari Pengerusi Bank Pusat AS (Fed) Jerome Powell di Capitol Hill dengan testimoni beliau yang berkaitan dengan inflasi dan pertumbuhan ekonomi. Semalaman, Powell memberikan pandangan yang optimistik terhadap perkembangan ekonomi semasa di AS sambil menegaskan bahawa ekonomi serantau telah mendapat manfaat dari pemulihan keadaan ekonomi global serta perubahan di dalam dasar fiskal negara. Oleh itu, ia mencadangkan bahawa kenaikan kadar faedah di dalam tahun ini berkemungkinan untuk dilaksanakan secara beransur-ansuran dan konsep ini telah memberikan sokongan yang kukuh ke atas dolar AS. Sementara itu, ucapan daripada Powell telah membayangi data ekonomi yang bercampuran pada semalam di mana CB Consumer Confidence meningkat ke paras 130.8 berbanding 121.0 manakala Core Durable Goods Orders menjunam sebanyak 3.7% pada bulan lalu, tersasar daripada ramalan untuk mengecut hanya 2.4%. Sebaliknya, pasangan GBP/USD menurun sebanyak 0.28% ke $1.3900 susulan dengan rundingan Brexit yang makin merosot selepas ahli zon Eropah menolak cadangan Perdana Menteri Britain Theresa May mengenai perjanjian perdagangan selepas Brexit. May dijangka untuk menyampaikan visi selepas Brexit beliau di dalam satu ucapan yang telah dijadualkan pada hari Jumaat ini. Sebarang reaksi negatif dari ahli EU bakal memberikan tekanan kepada Pound Sterling untuk menurun.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah mengalami kerugian sebanyak 0.30% ke $62.57 setong selepas API melaporkan peningkatan di dalam stok simpanan minyak mentah AS sebanyak 933,000 setong ke 421.2 juta. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.13% ke $1,317.99 se troy auns selepas ia memulih dari paras rendahnya akibat daripada isyarat Powell yang lebih optimistik.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Time | Nation & Data | Previous | Forecast | Actual |
| 07:50 | JPY – Industrial Production | 2.9% | -4.1% | -6.6% |
| 08:00 | NZD – ANZ Business Confidence (Feb) | -37.8 | – | -19.0 |
| 09:00 | CNY – Manufacturing PMI (Feb) | 51.3 | 51.4 | 50.3 |
| 09:00 | CNY – Non – Manufacturing PMI (Feb) | 55.3 | 55.0 | 54.4 |
| 15:00 | EUR – Gfk German Consumer Climate | 11.0 | 10.8 | – |
| 16:55 | EUR – German Unemployment Change (Feb) | -25K | -17K | – |
| 16:55 | EUR – German Unemployment Rate (Feb) | 5.4% | 5.4% | – |
| 18:00 | EUR – CPI (YoY) (Feb) | 1.3% | 1.2% | – |
| 21:30 | USD – GDP (QoQ) (Q4) | 2.6% | 2.5% | – |
| 21:30 | USD – GDP Price Index (QoQ) (Q4) | 2.4% | 2.4% | – |
| 21:30 | CAD – RMPI (MoM) (Jan) | -0.9% | – | – |
| 22:45 | USD – Chicago PMI (Feb) | 65.7 | 64.1 | – |
| 23:00 | USD – Pending Home Sales (MoM) (Jan) | 0.5% | 0.4% | – |
| 23:30 | CrudeOIL – CrudeOIL Inventories | -1.616M | – | – |
| 23:30 | CrudeOIL – Gasoline Inventories | 0.261M | -0.283M | – |
GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang secara mengayun dalam segi tiga menurun. Histogram MACD yang memaparkan kenaikan momentum bearish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian sekiranya ia berjaya memecah paras Fibonacci 61.8.
Tahap rintangan: 1.4350, 1.4990
Tahap sokongan: 1.3850, 1.3490
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 1.2310. Susunan lilin yang bersifat bearish dan histogram MACD yang memaparkan kenaikan momentum bearish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan bias menurun ke tahap sokongan di 1.2160.
Tahap rintangan: 1.2310, 1.2390
Tahap sokongan: 1.2160, 1.2050
USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 106.45. Pembentukan lilin pin bar dan histogram MACD yang memaparkan kenaikan momentum bullish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke tahap rintangan di 108.45.
Tahap rintangan: 108.45, 110.15
Tahap sokongan: 106.45, 104.25
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 63.25 dan garisan MA-200. Histogram MACD yang memaparkan kenaikan momentum bearish memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk melanjutkan kerugian ke tahap sokongan yang seterusnya di 61.80.
Tahap rintangan: 63.25, 64.55
Tahap sokongan: 61.80, 60.20
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 1317.90. Namun, histogram MACD yang menunjukkan penyusutan momentum bearish memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih tinggi sebelum melanjutkan bias bearish.
Tahap rintangan: 1317.90, 1327.10
Tahap sokongan: 1305.85, 1294.15