06 Mac 2018 Analisis Harian
Dolar di pinggir aliran bearish?
Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia susut sebanyak 0.17% ke 89.93 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain. Kebanyakan para pelabur telah bergiat untuk mengaut keuntungan dari mata wang tersebut sementara menunggu pembebasan minit mesyuarat dari bank pusat yang lain serta laporan Non-Farm Payrolls di dalam minggu ini. Semalaman, dolar AS telah mencapai keuntungan yang minor sebanyak 0.04% selepas jurucakap House AS Paul Ryan menyeru Presiden AS Donald Trump untuk tidak melaksanakan cadangan tarif import ke atas keluli dan aluminium bagi mengelakkan tercetusnya persaingan perdagangan global. Secara ringkasnya, para pelabur akan memberi perhatian kepada kenyataan yang dilepaskan oleh bank pusat yang lain serta bacaan NFP untuk mendapatkan isyarat yang lebih lanjut mengenai kekukuhan dolar AS. Sebaliknya, pasangan EUR/USD meningkat sebanyak 0.09% ke $1.2358 susulan dengan penyusutan risiko politik selepas Canselor Jerman Angela Merkel berjaya untuk menjamin kedudukan beliau bagi penggal yang keempat selepas Parti Social Democrats (SPD) memberikan sokongan mereka untuk membentuk perjanjian gabungan dengan Parti Christian Democratic Union (CDU).
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 2.16% ke $62.72 setong selepas ia disokong oleh penyusutan pada stok minyak sebanyak 600K dari hab simpanan Cushing di Oklahoma. Laporan tersebut mencadangkan bahawa perkembangan ekonomi domestik adalah kukuh bagi mendorong permintaan minyak yang lebih tinggi. Selain itu, harga emas telah meningkat sebanyak 0.36% ke $1,322.82 se troy auns berlatarbelakangkan kelemahan dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
11:30 AUD RBA Rate Statement
20:30 USD FOMC Member Dudley Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 08:01 | GBP – BRC Retail Sales Monitor (YoY) (Feb) | 0.6% | 0.5% | 0.6% |
| 08:30 | AUD – Retail Sales (MoM) (Jan) | -0.5% | 0.4% | 0.1% |
| 11:30 | AUD – RBA Interest Rate Decision | 1.50% | 1.50% | – |
| 23:00 | USD – Factory Orders (MoM) (Jan) | 1.7% | -0.4% | – |
| 23:00 | CAD – Ivey PMI (Feb) | 55.2 | 56.3 | – |
| 05:30 | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 0.933M | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 1.3800. Histogram MACD yang memaparkan kenaikan momentum bullish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kenaikan ke tahap rintangan di 1.3915.
Tahap rintangan: 1.3920, 1.4050
Tahap sokongan: 1.3800, 1.3660
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 1.2310. Pasangan tersebut kini sedang menguji tahap rintangan yang seterusnya di 1.2345. Histogram MACD yang memaparkan kenaikan momentum bullish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan sekiranya lilin terkini berjaya menutup di atas tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2345, 1.2390
Tahap sokongan: 1.2310, 1.2280
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 10525. Histogram MACD yang memaparkan kenaikan momentum bullish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan sekiranya ia berjaya memecah tahap rintangan di 106.40.
Tahap rintangan: 106.40, 107.10
Tahap sokongan: 105.25, 103.45
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia mendapat sokongan di atas garisan 200-MA. Namun, histogram MACD yang memaparkan penyusutan momentum bullish memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih rendah sebelum meneruskan bias bullish.
Tahap rintangan: 63.25, 64.55
Tahap sokongan: 61.80, 60.90
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah sokongan pada garisan 200-MA. Namun, histogram MACD yang memaparkan penyusutan momentum bearish memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut untuk didagang dengan lebih tinggi bagi menguji garisan MA tersebut.
Tahap rintangan: 1326.80, 1335.20
Tahap sokongan: 1316.20, 1308.50