15 Mac 2018 Analisis Harian
Dolar berayun sementara menunggu isyarat yang lebih lanjut.
Indeks dolar telah didagang dengan stabil berbanding dengan mata wang utama yang lain dan disebut harga berhampiran 89.60. Momentum tersebut telah didorong susulan dengan pembebasan data ekonomi pada semalam yang memaparkan isyarat bercampuran sementara ketidaktentuan politik dan perdagangan masih membawa tekanan kepada dolar. Semalaman, US Labor Department telah melaporkan bahawa Indeks Harga Pengeluar (PPI) telah meningkat sebanyak 0.2% bagi bulan lalu, lebih tinggi daripada ramalan hanya 0.1%. Namun, data tersebut gagal untuk mendorong peningkatan dolar selepas data jualan runcit AS mencatat pengecutan bagi bulan ketiga dengan 0.1% dan ini mencemaskan para peserta pasaran bahawa ekonomi AS berkemungkinan untuk mengalami kemelesetan bagi suku pertama tahun ini. Selain itu, kebimbangan para pelabur juga telah dipacu dengan risiko politik dan perdagangan selepas Presiden AS Donald Trump dilaporkan untuk mengenakan tarif ke atas barangan import China yang berjumlah $60 bilion yang terdiri daripada segmen teknologi dan telekomunikasi. Sebaliknya, pasangan EUR/USD menurun sebanyak 0.14% ke $1.2380 selepas Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Mario Draghi memberikan pandangan yang lebih pesimis. Di dalam ucapannya, Draghi menegaskan bahawa rangsangan ekonomi hanya akan ditamatkan sekiranya terdapat bukit yang kukuh bahawa kadar inflasi semasa sedang menghampiri sasaran 2%.
Di dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.43% ke $61.05 setong selepas stok gasolin mengecut dengan mendadak sebanyak 6.271 juta tong sambil membayangi peningkatan yang besar di dalam stok minyak mentah. Sementara itu, harga emas melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.20% ke $1,326.80 se troy auns selepas dolar masih menerima tekanan yang menyeluruh di dalam pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16:30 CHF SNB Monetary Policy Assessment
17:00 CrudeOIL IEA Monthly Report
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 05:45 | NZD – GDP (QoQ) (Q4) | 0.6% | 0.8% | 0.6% |
| 16:30 | CHF – SNB Interest Rate Decision | -0.75% | -0.75% | – |
| 20:30 | USD – Import Price Index (MoM) (Feb) | 1.0% | 0.3% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 231K | 230K | – |
| 20:30 | USD – NY Empire State Manufacturing Index (Mar) | 13.10 | 15.00 | – |
| 20:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Mar) | 25.8 | 23.2 | – |
| 20:30 | USD – Philly Fed Employment (Mar) | 25.2 | – | – |
| 20:30 | CAD – ADP Nonfarm Employment Change | 10.7K | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, D1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah garisan trend pada segi tiga menurun. Kejayaan lilin untuk menutup di atas garisan trend tersebut dan histogram MACD yang memaparkan kenaikan momentum bullish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke tahap rintangan di 1.4070.
Tahap rintangan: 1.4070, 1.4340
Tahap sokongan: 1.3780, 1.3590
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 1.2350. Garisan isyarat MACD yang memaparkan silang keemasan memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan secara jangka masa pendek ke tahap rintangan di 1.2400.
Tahap rintangan: 1.2400, 1.2430
Tahap sokongan: 1.2350, 1.2300
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 106.40. Pasangan tersebut kini sedang menguji tahap sokongan yang seterusnya di 105.90. Histogram MACD yang memaparkan kenaikan momentum bearish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian sekiranya ia berjaya menutup lilin di bawah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 106.40, 106.90
Tahap sokongan: 105.90, 105.30
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 60.50. Garisan isyarat MACD yang memaparkan silang keemasan memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan secara jangka masa pendek ke arah garisan trend pada segi tiga menurun.
Tahap rintangan: 62.00, 63.60
Tahap sokongan: 60.50, 58.80
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari sokongan pada garisan 200-MA. Harga aset selamat tersebut kini sedang menguji tahap rintangan di 1326.80. Silang keemasan yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada harga emas untuk didagang dengan lebih tinggi sekiranya ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1326.80, 1335.20
Tahap sokongan: 1316.20, 1309.60