30 Mac 2018 Analisis Harian
Dolar kukuh menjelang cuti Good Friday.
Indeks dolar telah didagang dengan tipis berbanding dengan mata wang utama yang lain sambil disebut harga berdekatan dengan 89.70 menjelang cuti Good Friday. Semalaman, data Personal Consumption Expenditure (PCE) Price Index meningkat lebih daripada jangkaan ekonomis dengan 1.6% dan ia mencadangkan bahawa kadar inflasi serantau bakal menokok ke arah sasaran 2% yang telah ditetapkan oleh Bank Pusat AS (Fed). Sementara itu, data tuntutan pengangguran memaparkan penyusutan sebanyak 12,000 ke jumlah sebanyak 215,000 pada minggu lalu dan ia adalah lebih optimistik berbanding dengan ramalan untuk meningkat sehingga ke 230,000. Dolar AS masih utuh untuk mengekalkan posisinya selepas laporan mendapati bahawa perbelanjaan pengguna meningkat di dalam jangkaan dengan 0.2% bagi bulan lalu. Sebaliknya, pasangan USD/CAD menurun sebanyak 0.21% ke $1.2890 selepas data GDP Kanada memaparkan pengecutan sebanyak -0.1% berbanding dengan ramalan 0.1% walaupun harga minyak mentah telah memulih dari kerugian bagi tiga hari berturut-turut sebelum ini.
Untuk pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.87% ke $64.89 setong selepas bilangan pelantar minyak yang aktif mematahkan peningkatan untuk dua minggu yang berturut-turut sambil mencetuskan sentimen optimisme terhadap penurunan pembekalan domestik. Sementara itu, harga emas susut sebanyak 0.19% dan didagang berhampiran paras rendah seminggu di $1,325.08 se troy auns selepas ketegangan perdagangan diantara AS dan China makin susut.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All day All Markets Good Friday
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
01:00 (Sat) USD FOMC Member Harker Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 07:30 | JPY – Household Spending (YoY) | 1.9% | – | – |
| 07:30 | JPY – Tokyo CPI (YoY) (Mar) | 1.4% | 1.3% | 1.0% |
| 07:50 | JPY – Industrial Production (MoM) (Feb) | -6.8% | 5.1% | 4.1% |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 1.4060. Histogram MACD yang memaparkan penyusutan momentum bullish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian ke tahap sokongan di 1.3980.
Tahap rintangan: 1.4060, 1.4100
Tahap sokongan: 1.3980, 1.3870
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 1.2290. Histogram MACD yang menunjukkan penyusutan momentum bearish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih tinggi ke paras terendah sebelumnya.
Tahap rintangan: 1.2330, 1.2350
Tahap sokongan: 1.2290, 1.2260
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 106.80. Silang kematian yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian ke tahap sokongan di 106.00 sekiranya lilin berjaya menutup di bawah garisan 200-MA.
Tahap rintangan: 106.80, 107.50
Tahap sokongan: 106.00, 105.40
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 64.70. Pembentukan isyarat silang emas dari MACD mencadangkan harga komoditi ini untuk melanjutkan kenaikannya ke sasaran tahap rintangan di 65.40.
Tahap rintangan: 65.40, 66.40
Tahap sokongan: 64.70, 63.80
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1321.10. Pembentukan isyarat positif divergence yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD mencadangkan harga aset ini untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1326.90.
Tahap rintangan: 1326.90, 1334.90
Tahap sokongan: 1321.10, 1316.10