83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

11 Jun 2018                 Analisis Mingguan

 

Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Jun 11 – 15

Kajian Pasaran (Forex): Jun 4 – 8

Dolar A.S.

Dolar AS telah menokok sedikit pada hari Jumaat yang lalu namun kenaikannya adalah terhad sementara para pelabur memberi tumpuan kepada ketegangan perdagangan yang makin meningkat sebelum mesyuarat G7 bermula. Indeks dolar mencatat peningkatan sebanyak 0.14% ke 93.56 namun masih mencatat kerugian mingguan sebanyak 0.68%.

 

Susulan dengan kekurangan data ekonomi utama dari AS, para pelabur memberikan tumpuan kepada mesyuarat G7 yang diadakan di Kanada. Presiden AS Donald Trump telah menghadiri mesyuarat tersebut selepas beliau melaksanakan tindakan yang kontroversial untuk mengenakan tarif yang tinggi ke atas import aluminium dan keluli dari Mexico, Kanada dan zon Eropah.

 

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada sidang kemuncak diantara AS dan Korea Utara yang bakal bertemu di Singapura pada hari Selasa. Terdahulu, Trump telah meluahkan hasrat beliau untuk menandatangani perjanjian damai dengan Korea Utara untuk menghentikan peperangan Korea secara rasmi dengan Korea Utara. Inisiatif tersebut bakal mengurangkan risiko geopolitik yang telah menghantui pasaran dengan konsisten untuk tempoh kebelakangkan ini.

 

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY menurun sebanyak 0.14% ke 109.55 susulan dengan penghindaran risiko di dalam pasaran sebelum mesyuarat G7.

 

 

EUR/USD

Euro susut sebanyak 0.25% ke $1.1770 berbanding dengan dolar AS walaupun prospek pasaran adalah masih optimistik ke atas Bank Pusat Eropah untuk mengumumkan tarikh tamat program QE mereka.

 

 

GBP/USD

GBP/USD susut sebanyak 0.11% ke $1.3407 pada lewat sesi dagangan hari Jumaat.

 


 

Kajian Pasaran (Komoditi): Jun 4 – 8

GOLD

Harga emas telah meneruskan keuntungannya pada lewat sesi Jumaat susulan dengan penghindaran risiko di dalam pasaran berlatarbelakangkan ketegangan perdagangan yang tinggi diantara AS dan sekutunya. Harga komoditi selamat ini telah menokok sebanyak 0.14% sambil menutup niaga minggu lepas di paras $1,299.04 se troy auns.

 

Ketegangan diantara AS dan sekutunya telah meningkat susulan dengan tindakan kontroversial untuk mengenakan tarif yang tinggi ke atas import aluminium dan keluli dari Mexico, Kanada dan zon Eropah. Namun, keuntungan pada harganya adalah terhad selepas para pelabur memberikan jangkaan yang tinggi terhadap Bank Pusat Amerika Syarikat untuk meningkatkan kadar faedah pada minggu depan yang boleh menurunkan penampilan aset emas sebagai aset alternatif yang tidak membawa hasil.

 

 

Crude Oil

Harga minyak mentah diselesaikan dengan lebih rendah pada hari Jumaat lalu selepas data memaparkan peningkatan pada jumlah pelantar minyak di AS yang berkemungkinan untuk mengganggu usaha OPEC dalam mengurangkan kelebihan stok minyak global. Harga komoditi hitam tersebut merosot sebanyak 0.52% sambil menutup niaga minggu lepas di paras $65.55 setong.

 

Menurut kepada pembekal perkhidmatan medan minyak AS, Baker Hughes melaporkan bahawa jumlah pelantar penggerudian minyak meningkat sebanyak 1 hingga 862, paras yang tertinggi sejak Mac 2015. Data tersebut adalah sejajar dengan laporan Energy Information Administration yang menunjukkan bahawa pembekalan minyak AS telah meningkat ke paras rekod tinggi sebanyak 10.8 juta tong sehari.

 

Walau bagaimanapun, kerugian pada komoditi ini adalah terhad selepas menteri minyak Algeria mengatakan bahawa OPEC akan memberi tumpuan untuk mengimbangi pasaran dan bukannya meningkatkan pengeluaran dalam mengatasi kekurangan bekalan dari Venezuela dan Iran. Komen yang bullish tersebut telah disusuli dengan ulasan hawkish oleh menteri minyak Iraq yang mengatakan bahawa peningkatan pembekalan bagi suku kedua tidak akan dilaksanakan oleh kerana ia tidak dimasukan ke dalam agenda mesyuarat bagi akhir bulan ini.

 


 

Pandangan Mingguan: Jun 11 – 15

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada Bank Pusat AS yang dijangka untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras 2.00% pada hari Khamis. Sementara itu, para pelabur juga akan memberi fokus kepada Bank Pusat Eropah yang dijangka untuk membebaskan tarikh luput program QE semasa mesyuarat polisi pada hari Khamis nanti.

 

Untuk pasaran minyak, para pedagang akan menunggu pembebasan laporan bulanan dari IEA dan OPEC untuk memantau paras pembekalan dan pengeluaran minyak di seluruh dunia.

 

Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Jun 11 – 15

Isnin, Jun 11  

Data

GBP – Manufacturing Production (MoM) (Apr)

GBP – Trade Balance (Apr)

 

Acara

N/A

 

Selasa, Jun 12  

Data

GBP – Average Earnings Index +Bonus (Apr)

GBP – Claimant Count Change

GBP – Unemployment Rate (Apr)

USD – Core CPI (MoM) (May)

 

Acara

CrudeOIL – OPEC Monthly Report

 

Rabu, Jun 13  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

GBP – CPI (YoY) (May)

EUR – Industrial Production (MoM) (Apr)

USD – PPI (MoM) (May)

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

CrudeOIL – Gasoline Inventories

 

Acara

CrudeOIL – IEA Monthly Report

 

Khamis, Jun 14  

Data

USD – Fed Interest Rate Decision

AUD – Employment Change (May)

AUD – Unemployment Rate (May)

CNY – Industrial Production (YoY) (May)

EUR – German CPI (MoM) (May)

GBP – Retail Sales (MoM) (May)

EUR – ECB Interest Rate Decision

EUR – Deposit Facility Rate

EUR – ECB Marginal Lending Facility

USD – Core Retail Sales (MoM) (May)

USD – Import Price Index (MoM) (May)

USD – Initial Jobless Claims

 

Acara

USD – FOMC Economic Projections

USD – FOMC Statement

USD – FOMC Press Conference

EUR – ECB Press Conference

 

 

Jumaat, Jun 15

 

 

Data

JPY – BoJ Interest Rate Decision

EUR – CPI (YoY) (May)

USD – NY Empire State Manufacturing Index (Jun)

CAD – Manufacturing Sales (Apr)

USD – Industrial Production (MoM) (May)

USD – Michigan Consumer Sentiment (Jun)

CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

JPY – BoJ Monetary Policy Statement

JPY – BoJ Press Conference

 


 

Analisis Teknikal Mingguan: Jun 11 – 15

 

Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 94.80. MACD histogram yang masih memaparkan isyarat menurun mencadangkan indeks tersebut untuk meneruskan bias bearish dan menuju ke arah tahap sokongan di 93.00.

 

Tahap rintangan: 94.10, 94.80

Tahap sokongan: 93.00, 91.95


 

GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3445. MACD histogram yang masih memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 1.3445.

 

Tahap rintangan: 1.3445, 1.3600

Tahap sokongan: 1.3300, 1.3170

 


 

USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY masih kekal didagang di dalam saluran menurun menyempit selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD histogram yang mula untuk membentuk isyarat menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sekiranya ia memecahkan tahap rintangan di 109.35.

 

Tahap rintangan: 110.50, 111.35

Tahap sokongan: 109.35, 108.25

 


 

EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan 20-MA (merah). MACD histogram yang masih memaparkan isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.1850.

 

Tahap rintangan: 1.1850, 1.2000

Tahap sokongan: 1.1700, 1.1600

 


 

GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah melanjutkan pemulihannya selepas ia melantun dari tahap sokongan yang kukuh iaitu 1285.95. MACD histogram yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan garisan trend menurun dan sasaran di 1300.0..

 

Tahap rintangan: 1300.00, 1312.70

Tahap sokongan: 1285.95, 1266.90

 


 

Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia mendapat sokongan di paras 64.10 MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harga komoditi ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 65.70.

 

Tahap rintangan: 65.70, 67.30

Tahap sokongan: 64.10, 61.80