83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

31 Mei 2018                        Analisis Harian

 

Euro melonjak selepas risiko politik susut.

Mata wang dolar AS telah mengalami tekanan bearish yang ketara susulan dengan pembebasan data ekonomi yang pesimistik serta penyusutan risiko politik di zon Eropah. Indeks dolar mencatat kerugian sebanyak 0.09% sambil disebut harga berdekatan 94.00 semasa awal sesi dagangan Asia. Semalaman, ADP Nonfarm Employment Change telah memaparkan penambahan pekerjaan yang lebih rendah di dalam sektor swasta dengan hanya 178,000 berbanding ramalan iaitu 186,000. Data tersebut yang mempunyai korelasi tinggi dengan keputusan Nonfarm Payrolls telah menurunkan prospek para pelabur terhadap laporan tersebut. Selain itu, kadar Gross Domestic Product (KDNK) bagi suku pertama telah bertumbuh dengan lebih lambat selepas ia memaparkan bacaan hanya 2.2% berbanding 2.3%. Tambahan pula, mata wang dolar menerima pukulan menurun yang ketara susulan dengan penyusutan penghindaran risiko terhadap Euro yang makin menyusut. Momentum tersebut telah didorong oleh kenyataan Perdana Menteri sementara Carlo Cottarelli yang mengulas bahawa mereka sedang membincang mengenai pembentukan kerajaan sementara untuk setakat ini. Pembentukan kerajaan tersebut telah mengurangkan kekhuatiran para pelabur terhadap berlakunya referendum EU-Exit yang boleh tercetus dari pilihanraya yang baru. Pasangan EUR/USD menurun sebanyak 0.05% dan disebut harga berhampiran $1.1656.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah mencatat kerugian sebanyak 0.40% ke $67.89 setong selepas American Petroleum Institute melaporkan peningkatan pada stok minyak sebanyak 1.001 juta tong bagi minggu lepas. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.15% ke $1,303.07 se troy auns berlatarbelakangkan dolar yang lebih lemah.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

00:30                     USD                       FOMC Member Bostic Speaks

01:00                     USD                       FOMC Member Brainard Speaks

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
07:50 JPY – Industrial Production (MoM) (Apr) 1.4% 1.5% 0.3%
09:00 CNY – Manufacturing PMI (May) 51.4 51.4
09:00 CNY – Non-Manufacturing PMI (May) 54.8 54.8
17:00 EUR – CPI (YoY) (May) 1.3% 1.6%
20:30 USD – Core PCE Price Index (MoM) (Apr) 0.2% 0.1%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 234K 234K
20:30 USD – Personal Income (MoM) (Apr) 0.3% 0.3%
20:30 USD – Personal Spending (MoM) (Apr) 0.4% 0.4%
20:30 CAD – GDP (MoM) (Mar) 0.4% 0.2%
22:00 USD – Pending Home Sales (MoM) (Apr) 0.4% 1.1%
23:00 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 5.778M 2.214M
23:00 CrudeOIL – Gasoline Inventories 1.883M

 


 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. Namun, petunjuk MACD histogram yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek dan menguji semula berhampiran dengan garisan trend menurun di 1.3300.

 

Tahap rintangan: 1.3300, 1.3400

Tahap sokongan: 1.3220, 1.3140

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan garisan trend menurun baru-baru ini. Walaubagaimanapun, petunjuk MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal dan menuju ke arah garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 1.1700, 1.1750

Tahap sokongan: 1.1600, 1.1500

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD histogram yang telah membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 108.30.

 

Tahap rintangan: 108.85, 109.40

Tahap sokongan: 108.30, 107.50

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 68.30. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal dan menuju ke arah garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 68.30, 69.45

Tahap sokongan: 67.40, 65.75

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah meneruskan kenaikannya selepas ia memecah keluar dari paras atas segi tiga menurun. MACD histogram yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan momentum bullish yang lebih lanjut. Namun, pemecahan dari tahap rintangan minor iaitu 1304.00 adalah diperlukan untuk mengesahkan bias tersebut.

 

Tahap rintangan: 1304.00, 1308.00

Tahap sokongan: 1300.00, 1296.00