12 Jun 2018 Analisis Harian
Pasaran senyap sambil memantau sidang kemuncak di Singapura.
Dolar AS didagang dengan lebih tinggi pada semalam selepas pound sterling menerima tekanan bearish susulan dengan keputusan laporan ekonomi yang lebih suram daripada jangkaan. Indeks dolar menokok sebanyak 0.06% ke 93.51 semasa sesi dagangan Asia pada pagi tadi. Momentum pasaran adalah agak tipis untuk setakat ini sementara para pelabur memberi tumpuan kepada sidang kemuncak yang dinanti-nantikan diantara Presiden AS Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un yang bakal berlangsung di Singapura pada hari ini. Kedua-dua negara tersebut bakal membincang faktor yang menyelubungi Semenanjung Korea seperti isu senjata nuklear serta kemungkinan untuk menandatangani perjanjian damai bagi menghentikan Perang Korea secara rasmi. Selain itu, pound sterling telah didagang dengan lebih rendah selepas laporan menunjukan bahawa output dari sektor pembuatan di UK mengecut dengan kadar yang paling tertinggi di dalam tempoh 6 bulan sebanyak -1.4% berbanding ramalan 0.3% untuk bulan April. Tambahan pula, sterling menerima tekanan bearish yang lebih lanjut sementara para pelabur mengurangkan pendedahan mereka ke atas risiko dari mata wang ini menjelang undian Brexit Withdrawal yang bakal diadakan pada hari ini dan esok. Pasangan GBP/USD menurun sebanyak 0.04% ke paras $1.3375 semasa penulisan.
Untuk pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.15% ke $66.14 setong selepas Iraq memberi amaran bahawa peningkatan pembekalan boleh menjejaskan harga minyak dunia yang kini masih memerlukan sokongan daripada pelan pembekuan minyak dari OPEC. Sementara itu, harga emas menyusut sebanyak 0.12% ke $1,298.68 se troy auns menjelang keputusan kadar faedah dari Bank Pusat AS yang berada di dalam jangkaan majoriti para pelabur pada hari Khamis ini.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
19:20 CrudeOIL OPEC Monthly Report
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Time | Nation & Data | Previous | Forecast | Actual |
| 16:30 | GBP – Average Earnings Index +Bonus (Apr) | 2.6% | 2.5% | – |
| 16:30 | GBP – Claimant Count Change (May) | 31.2K | 11.3K | – |
| 16:30 | GBP – Unemployment Rate (Apr) | 4.2% | 4.2% | – |
| 17:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (Jun) | -8.2 | -14.6 | – |
| 20:30 | USD – Core CPI (MoM) (May) | 0.1% | 0.1% | – |
| 04:30 | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -2.028M | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menurun sementara kini menguji di paras bawahnya. MACD histogram yang memaparkan pembentukan isyarat silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan sasaran di 1.3350.
Tahap rintangan: 1.3375, 1.3410
Tahap sokongan: 1.3350, 1.3320
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan paras bawah segi tiga menyempit. MACD histogram yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan yang kukuh id 1.1740.
Tahap rintangan: 1.1790, 1.1830
Tahap sokongan: 1.1740, 1.1705
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam saluran menaik sementara ia telah berundur dari paras atasnya baru-baru ini. Petunjuk Stochastic Oscillator yang berlegar di paras overbought mencadangkan kemungkinan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek. Arah aliran jangka pertengahan masih tertakluk kepada formasi saluran tersebut.
Tahap rintangan: 110.55, 111.00
Tahap sokongan: 110.00, 109.40
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menaik menyempit sementara kini sedang menguji di paras atasnya. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 66.50, 67.35
Tahap sokongan: 65.70, 65.45
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD histogram yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup niaga di bawah garisan 60-MA (hijau).
Tahap rintangan: 1298.70, 1301.30
Tahap sokongan: 1294.70, 1292.40