1 Jun 2018 Analisis Harian
Dolar melantun berasaskan fundamental yang kukuh.
Dolar AS telah melantun dari paras rendah sesinya semasa sesi dagangan Amerika Utara susulan dengan laporan ekonomi optimistik dan penyusutan pada Euro walaupun risiko politik telah menurun. Indeks dolar mencatat peningkatan sebanyak 0.02% ke paras 93.90 semasa awal sesi dagangan Asia. Semalaman, data yang digunakan oleh Bank Pusat AS (Fed) – Core PCE Price Index telah meningkat lebih daripada jangkaan dengan 0.2% berbanding 0.1% bagi perbandingan bulan-ke-bulan untuk bulan April. Bagi pasaran pekerjaan, US Department of Labour telah melaporkan penyusutan pada tuntutan pengangguran sebanyak 13,000 individual ke jumlah keseluruhan sebanyak 221,000. Kedua-dua data tersebut telah membantu dolar untuk memangkas kerugiannya susulan dengan lonjakan mata wang Euro dan data GDP bagi suku pertama yang kurang memberangsangkan. Sebaliknya, pasangan EUR/USD menurun sebanyak 0.02% ke $1.1690 sementara para pelabur memberikan tumpuan mereka kepada isu politik di Sepanyol. Perdana Menteri Sepanyol Mariano Rajoy dijangka untuk berdepan dengan undian “Tiada Keyakinan” yang bakal diadakan pada hari ini selepas beliau diseru untuk meletak jawatan selepas dituduh dengan beberapa kes rasuah.
Untuk pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.07% ke 466.98 setong walaupun stok AS menurun secara mendadak selepas kadar pembekalan minyak serantau meningkat sebanyak 215,000 sehari ke paras 10.47 juta tong sehari bagi bulan Mac. Selain itu itu, harga emas meningkat sebanyak 0.03% ke $1,298.47 se troy auns sementara para pelabur memantau perkembangan isu geopolitik di seluruh dunia.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
08:30 USD FOMC Member Kaplan Speaks
20:55 USD FOMC Member Kashkari Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Time | Nation & Data | Previous | Forecast | Actual |
| 09:45 | CNY – Caixin Manufacturing PMI (May) | 51.1 | 51.3 | – |
| 15:55 | EUR – German Manufacturing PMI (May) | 56.8 | 56.8 | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing PMI (May) | 53.9 | 53.5 | – |
| 20:30 | USD – Average Hourly Earnings (MoM) (May) | 0.1% | 0.2% | – |
| 20:30 | USD – Nonfarm Payrolls (May) | 164K | 189K | – |
| 20:30 | USD – Unemployment Rate (May) | 3.9% | 3.9% | – |
| 22:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (May) | 57.3 | 58.2 | – |
| 22:00 | USD – ISM Manufacturing Employment (May) | 54.2 | 54.5 | – |
| 01:00 | CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 844 | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah keluar dari garisan trend menaik. MACD histogram yang mula memaparkan peningkatan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup niaga di bawah garisan 60-MA (hijau).
Tahap rintangan: 1.3300, 1.3345
Tahap sokongan: 1.3260, 1.3220
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dan menutup niaga di bawah sasaran 1.1700. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 60-MA (hijau).
Tahap rintangan: 1.1700, 1.1750
Tahap sokongan: 1.1600, 1.1500
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia menerima sokongan di paras 108.30. MACD histogram yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 108.85.
Tahap rintangan: 108.85, 109.40
Tahap sokongan: 108.30, 107.50
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah meneruskan kerugiannya selepas ia berundur dari tahap rintangan 68.30. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harga komoditi ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 65.75.
Tahap rintangan: 67.40, 68.30
Tahap sokongan: 65.75, 64.05
GOLD

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang di dalam saluran sisi sementara kini menguji di paras bawahnya. MACD histogram yang memaparkan pembentukan isyarat silang kematian mencadangkan bias bearish. Namun, pemecahan dari tahap sokongan 1297.00 adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 1301.20, 1306.00
Tahap sokongan: 1297.00, 1290.00