18 Jun 2018 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Jun 18 – 22
Kajian Pasaran (Forex): Jun 11 – 15
Dolar A.S.
Dolar AS menokok sedikit semasa lewat sesi dagangan hari Jumaat namun keuntungan yang dicapai adalah terhad susulan dengan pengumuman AS untuk mengenakan tarif yang tinggi ke atas barangan import China. Indeks dolar mencatat peningkatan sebanyak 0.02% ke paras 94.79 berbanding dengan sebakul enam mata wang utama yang lain.
Pada hari Jumaat yang lepas, Presiden AS Donald Trump menegaskan untuk mengenakan tarif sebanyak 25% ke atas senarai barangan import China sambil mengulas untuk mengenakan tarif tambahan sekiranya China mengambil tindakan yang sama. Kenyataan beliau telah mencetuskan kebimbangan diantara para pelabur oleh kerana ia bakal meningkatkan prospek untuk berlakunya “perang perdagangan” diantara dua ekonomi yang terbesar di dunia.
Seawalnya, dolar menerima tekanan untuk menurun selepas Trump memberikan isyarat yang pesimistik tersebut namun pembebasan data Empire State Manufacturing Index dan Michigan Consumer Sentiment yang optimistik telah membekalkan aliran bullish kepada dolar.
Data tersebut bergerak di dalam arah tuju yang sama seperti unjuran Bank Pusat AS di mana perkembangan ekonomi yang pesat serta prestasi perbelanjaan pengguna yang kukuh bakal mendorong kepada tekanan inflasi yang lebih tinggi pada jangka masa yang akan datang.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY menokok sebanyak 0.03% ke 110.66 semasa lewat sesi dagangan hari Jumaat.
EUR/USD
Euro meningkat sebanyak 0.36% ke $1.1610 berbanding dengan dolar AS selepas ia mengalami tekanan menjual yang tinggi pada hari Khamis lepas susulan dengan kenyataan Bank Pusat Eropah untuk mengekalkan kadar faedah dengan tidak berubah sehingga musim panas tahun 2019.
GBP/USD
Pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.11% dan menutup minggu lalu di paras $1.3277.
Kajian Pasaran (Komoditi): Jun 11 – 15
GOLD
Harga emas telah melanjutkan kerugiannya pada hari Jumaat yang lepas walaupun ketegangan geopolitik dan perdagangan diantara AS dan China makin meningkat berikutan dengan prospek yang tinggi terhadap Bank Pusat AS untuk mempunyai kenaikan kadar yang lebih kerap bagi tahun ini. Harganya mencatat kerugian sebanyak 1.72% dan menutup minggu lalu di paras $1,279.76 se troy auns.
Aset selamat tersebut telah mengalami tekanan untuk menurun selepas Bank Pusat AS mengambil keputusan untuk mempunyai satu lagi kenaikan kadar tambahan bagi tahun ini berlatarbelakangkan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan kenaikan harga barangan pengguna. Sekiranya kadar faedah di AS meningkat, penampilan aset emas sebagai aset alternatif akan menyusut oleh kerana ia gagal untuk bersaing dengan aset yang memberi pulangan tinggi seperti bon.
Crude Oil
Harga minyak mentah menjunam secara mendadak pada hari Jumaat lepas berikutan dengan pembekalan minyak di Amerika Syarikat yang makin meningkat serta cadangan OPEC dan Rusia untuk meningkatkan pembekalan minyak mereka. Harga komoditi hitam tersebut menjunam sebanyak 3.97% sambil mengakhiri minggu lepas di tahap berdekatan $64.25 setong.
Menurut kepada pembekal perkhidmatan AS, Baker Hughes melaporkan bahawa bilangan pelantar penggerudian minyak di AS telah meningkat bagi minggu keempat berturut-turut sebanyak 1 ke jumlah 863. Data tersebut telah dilepaskan selepas EIA melaporkan bahawa pembekalan minyak mentah di AS telah mencecah paras rekod tinggi sebanyak 10.9 juta tong sehari pada hari Rabu yang lalu.
Di samping itu, harga minyak menerima tekanan menjual yang menyeluruh selepas Menteri Tenaga Rusia Alexander Novak mencadangkan untuk meningkatkan pembekalan secara beransur-ansuran selepas beliau berbincang dengan Arab Saudi. Cadangan tersebut telah dilepaskan selepas OPEC dan Rusia mencadangkan untuk meningkatkan pembekalan bagi mengatasi kekurangan stok dari Venezuela dan Iran yang bakal dikenakan sekatan antarabangsa oleh AS kelak.
Pandangan Mingguan: Jun 18 – 22
Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada keputusan kadar faedah dari Bank Pusat England sementara kenaikan harga barangan pengguna masih memberi tekanan kepada bank tersebut untuk meningkatkan kadar faedah ditengah-tengah risiko Brexit yang masih berlegar.
Bagi pedagang minyak, mereka akan melihat kepada tahap inventori AS yang bakal dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan dari pengguna minyak terbesar di dunia.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Jun 18 – 22
| Isnin, Jun 18 |
Data JPY – Trade Balance (May)
Acara USD – FOMC Member Dudley Speaks USD – FOMC Member Duke Speaks
|
| Selasa, Jun 19 |
Data AUD – Wespac Consumer Sentiment (Q2) USD – Building Permits (May)
Acara USD – FOMC Member Bostic Speaks EUR – ECB President Draghi Speaks USD – FOMC Member Williams Speaks AUD – RBA Meeting Minutes
|
| Rabu, Jun 20 |
Data CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock GBP – CBI Industrial Trends Orders (Jun) USD – Existing Home Sales (May) CrudeOIL – Crude Oil Inventories CrudeOIL – Gasoline Inventories
Acara USD – Fed Chair Powell Speaks EUR – ECB President Draghi Speaks
|
| Khamis, Jun 21 |
Data NZD – GDP (QoQ) (Q1) CHF – SNB Interest Rate Decision GBP – BoE Interest Rate Decision (Jun) USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Jun) USD – Philly Fed Employment (Jun) USD – Initial Jobless Claims CAD – Wholesales Sales (MoM) (Apr)
Acara CHF – SNB Monetary Policy Assessment CHF – SNB Press Conference CrudeOIL – OPEC Meeting
|
|
Jumaat, Jun 22
|
Data JPY – National Core CPI (YoY) (May) EUR – German Manufacturing PMI (Jun) EUR – German Services PMI (Jun) CAD – Core CPI (MoM) (May) CAD – Core Retail Sales (MoM) (Apr) CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count
Acara CrudeOIL – OPEC Meeting
|
Analisis Teknikal Mingguan: Jun 18 – 22
Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari sasaran 95.00. Pergerakan harga tersebut mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal pada jangka pendek dan didagang dengan lebih rendah sebelum melanjutkan aliran menaiknya berasaskan MACD histogram.
Tahap rintangan: 94.10, 95.00
Tahap sokongan: 93.00, 91.95
GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan sasaran di 1.3300. MACD histogram yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.3170.
Tahap rintangan: 1.3300, 1.3445
Tahap sokongan: 1.3170, 1.3045
USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dan kini sedang menguji di tahap sokongan 110.50. Pergerakan harga tersebut mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal sebelum melanjutkan aliran bullish berasaskan garisan trend menaik dan isyarat menaik dari MACD histogram.
Tahap rintangan: 111.35, 112.10
Tahap sokongan: 110.50, 109.35
EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1850. MACD histogram yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.1560.
Tahap rintangan: 1.1700, 1.1850
Tahap sokongan: 1.1560, 1.1445
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia mendapat sokongan di 1275.00. Pergerakan harga baru-baru ini mencadangkan aset tersebut untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal sebelum meneruskan aliran bearish berasaskan silang kematian dari MACD histogram.
Tahap rintangan: 1285.95, 1304.30
Tahap sokongan: 1275.00, 1266.25
Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah meneruskan kerugiannya selepas ia berundur dari tahap rintangan 67.35. MACD histogram yang mula untuk memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk melanjutkan bias bearish selepas ia memecahkan tahap sokongan di 64.10.
Tahap rintangan: 65.70, 67.30
Tahap sokongan: 64.10, 61.80