27 June 2018 Analisis Harian
Dolar melantun sementara risiko masih berlegar.
Dolar AS telah melanjutkan pemulihannya dari paras rendah seminggu pada semalam susulan dengan sentimen pengambilan risiko yang makin meningkat sementara ketegangan perdagangan diantara Amerika Syarikat dan China masih berlegar. Indeks dolar mencatat peningkatan sebanyak 0.41% dan disebut harga berdekatan 94.30 semasa sesi Asia. Mata wang selamat seperti Yen Jepun dan Swiss Franc telah memangkas keuntungannya berbanding dengan dolar selepas para pelabur bergiat untuk bertaruh ke atas ekonomi AS yang mungkin bertumbuh dengan lebih pesat sekira “perang” perdagangan berskala besar berlaku. Menurut kepada ekonomis, aset AS adalah dianggap lebih selamat sekiranya perselisihan perdagangan tercetus oleh kerana ekonomi AS kurang bergantung kepada eksport apabila dibandingkan dengan negara yang lain. Namun, keuntungan yang dicapai adalah terhad susulan dengan pembebasan data ekonomi yang lebih suram. Menurut kepada Conference Board, indeks keyakinan pengguna bagi bulan Jun telah susut ke paras 126.4, lebih rendah daripada jangkaan iaitu 127.6. Sebaliknya, pasangan EUR/USD memulih sebanyak 0.02% ke $1.1650 pada awal pagi ini. Semalaman, mata wang tunggal tersebut menerima tekanan bearish selepas pemimpin di dalam Sidang Kemuncak EU gagal untuk mencapai konsensus di dalam isu penghijrahan di zon ekonomi tersebut.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.08% ke $70.75 setong namun kerugiannya adalah masih terhad selepas AS menyeru negara lain untuk tidak membeli minyak mentah dari Iran dan mengancam untuk mengenakan sekatan jika didapati bersalah. Tindakan tersebut bakal mengurangkan pembekalan global secara drastik oleh kerana Iran adalah pembekal minyak ketiga terbesar di dalam kesatuan OPEC yang mempunyai kapasiti sebanyak 2 juta tong sehari. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.04% ke $1,258.40 se troy auns sementara prospek untuk kenaikan kadar di AS masih mengehadkan sebarang momentum untuk pemulihan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16:30 GBP BoE Gov Carney Speaks
23:00 USD FOMC Member Quarles Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (May) | 0.9% | 0.5% | – |
| 20:30 | USD – Pending Home Sales (MoM) (May) | -1.3% | 1.1% | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -5.914M | -2.572M | – |
| 22:30 | CrudeOIL Gasoline Inventories | 3.277M | 1.313M | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3235. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk mengalami fasa pembetulan sebelum ia melanjutkan aliran bearish utama.
Tahap rintangan: 1.3235, 1.3290
Tahap sokongan: 1.3185, 1.3140
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1710. MACD histogram yang memaparkan pembentukan silang kematian mencadangkan bias bearish. Namun, penutupan niaga di bawah tahap sokongan 1.1645 adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 1.1710, 1.1820
Tahap sokongan: 1.1645, 1.1550
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap 110.25. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sementara trend utama adalah masih tertakluk kepada formasi saluran menurun.
Tahap rintangan: 110.25, 110.55
Tahap sokongan: 109.80, 109.50
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah melonjak secara mendadak selepas ia melantun dari garisan 20-MA (merah). Kedua-dua garisan MA dan MACD histogram yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk kenaikan dan menuju ke arah 71.15.
Tahap rintangan: 71.15, 72.80
Tahap sokongan: 69.50, 67.40
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). Namun, petunjuk MACD histogram yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk mengalami fasa pembetulan sebelum meneruskan aliran bearish utama.
Tahap rintangan: 1260.00, 1264.00
Tahap sokongan: 1255.00, 1250.00