26 Jun 2018 Analisis Harian
Dolar susut ditengah-tengah ketegangan perdagangan.
Dolar AS telah melanjutkan kerugiannya pada semalam susulan dengan permintaan yang tinggi terhadap aset selamat selepas risiko “perang” perdagangan makin meningkat diantara Amerika Syarikat dengan negara lain yang boleh melambatkan pertumbuhan ekonomi global. Indeks dolar menurun sebanyak 0.24% ke paras 93.89 semasa awal sesi dagangan Asia. Menurut kepada Wall Street Journal, White House dilaporkan sedang bersiap sedia untuk menyekat syarikat yang mempunyai 25% pegangan China dari melabur ke dalam industri teknologi dan menghalang eksport teknologi ke Beijing. Laporan tersebut telah mencetuskan penghindaran risiko di dalam pasaran sambil memburukan lagi kerugian yang dialami oleh dolar. Pendekatan protectionism yang dipeluk oleh AS telah meningkatkan ketegangan perdagangan global selepas Presiden AS Donald Trump mengancam untuk mengenakan tarif sebanyak 20% ke atas kenderaan import dari EU selepas zon ekonomi tersebut bertindak balas ke atas tarif aluminium dan keluli dari White House dengan mengenakan cukai tinggi ke atas barangan import AS. Apabila dibandingkan dengan mata wang utama yang lain, pasangan EUR/USD meningkat sebanyak 0.10% ke $1.1704 sementara USD/JPY melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.14% ke 109.62.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah susut sebanyak 0.12% ke $68.25 setong selepas para pelabur memberi tumpuan kepada keputusan OPEC untuk meningkatkan pembekalan minyak yang boleh melambatkan proses pengimbangan pasaran global dari segi pembekalan dan permintaan. Sementara itu, harga emas menokok sebanyak 0.04% ke $1,265.99 se troy auns namun keuntungannya adalah terhad selepas prospek bagi kenaikan kadar faedah oleh Bank Pusat AS makin meningkat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
01:00 USD FOMC Member Bostic Speaks
01:45 USD FOMC Member Kaplan Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 22:00 | USD – CB Consumer Confidence (Jun) | 128.0 | 127.6 | – |
| 04:30 | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -3.016M | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah melanjutkan kenaikannya selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3235. Kedua-dua garisan MA yang masih menyempit ke atas mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.3290.
Tahap rintangan: 1.3290, 1.3345
Tahap sokongan: 1.3235, 1.3185
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah melanjutkan keuntungannya selepas ia memecahkan paras atas saluran sisi. MACD histogram yang masih memaparkan isyarat menaik mencadangkan bias bullish. Justeru, pemecahan pada sasaran 1.1710 akan membekalkan pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 1.1710, 1.1820
Tahap sokongan: 1.1645, 1.1550
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam saluran menurun sementara kini sedang menguji di paras bawahnya. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 109.50.
Tahap rintangan: 109.80, 110.25
Tahap sokongan: 109.50, 109.20
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan yang kukuh iaitu 69.50. Namun, kedua-dua garisan MA yang masih melebar ke atas selepas pembentukan isyarat silang emas mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya dan menguji semula di sasaran 69.50.
Tahap rintangan: 69.50, 71.15
Tahap sokongan: 67.40, 65.75
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang di dalam segi tiga menyempit sementara kini menguji di paras bawahnya. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya pada jangka pendek selepas ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah). Arah aliran jangka panjang hanya boleh dikenal pasti selepas ia memecahkan keluar dari salah satu sisi segi tiga tersebut.
Tahap rintangan: 1270.00, 1275.80
Tahap sokongan: 1264.00, 1260.00