83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

16 Ogos 2018                      Analisis Harian

 

Dolar berundur susulan dengan keluaran data Retail Sales.

Indeks dolar telah berundur dari paras tinggi yang telah berterusan dan sentimen kini ditambah dengan keluaran data Retail Sales. Berdasarkan dengan US Census Bureau, kadar jualan barangan runcit dalam bagi bulan Jun telah memberi bacaan yang positif dengan peningkatan sebanyak 0.5%, lebih kukuh daripada jangkaan pasaran dengan bacaan sebanyak 0.1%. Selain itu, sentimen dolar kekal dirangsang oleh kelemahan di zon Eropah, yang telah ditekan oleh ketakutan terhadap pendedahan bank-bank Eropah ke Turki dan juga jangkaan kadar faedah untuk bulan September, justerunya semua faktor tersebut telah mengesahkan sentimen dolar masih tertakluk kepada momentum bullish secara keseluruhannya untuk jangka panjang. Indeks dolar telah menurun sebanyak 0.03% ke 96.40 semasa penulisan. Sementara itu, GBPUSD telah meningkat sebanyak 0.17% ke 1.2704 pada waktu penulisan berikutan dengan pembebasan data inflasi yang menepati jangkaan pada semalam. Menurut kepada National Statistics daripada UK, data CPI yang mengukur kadar perbelanjaan untuk barangan dan perkhidmatan dalam negara pun telah meningkat sebanyak 2.5% daripada data sebelumnya dengan bacaan sebanyak 2.4%, yang sejajar dengan jangkaan pasaran. Namun, sentimen bagi paun tersebut pun kekal diimbangi oleh ketakutan yang masih berlangsung dalam negara tersebut bagi pelan Brexit di mana ia berkemungkinan tinggi untuk gagal mencapai sebarang perjanjian perdagangan.

 

Dalam pasaran komoditi, Harga minyak mentah telah memulih sebanyak 0.31% ke $65.06 setong daripada penjualan yang ketara pada semalam selepas data Crude Oil Inventories memaparkan peningkatan sebanyak 6.8 juta tong minyak pada minggu lepas, tersasar daripada jangkaan untuk menurun sebanyak 2.4 juta tong. Sebaliknya, Harga emas telah menjunam sebanyak 0.45% ke $1169.62 se troy auns berikutan dengan kekukuhan dolar yang didorong oleh data ekonomi yang positif pada semalam.  

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16.30 GBP – Retail Sales (MoM) (Jul) -0.5% 0.2%
20.30 USD – Building Permits (Jul) 1.292M 1.310M
20.30 USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Aug) 25.7 21.9

 

 

 

 


 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan 1.2695 baru-baru ini. Pergerakan harga yang terkini dan MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan pembetulan teknikalnya ke arah tahap rintangan 1.2735.

 

Tahap rintangan: 1.2735, 1.2785

Tahap sokongan: 1.2695, 1.2665

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan 1.1365 baru-baru ini. Pergerakan harga yang terkini dan MACD yang memaparkan momentum bullish yang ketara mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1440.

 

Tahap rintangan: 1.1440, 1.1485

Tahap sokongan: 1.1365, 1.1300

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan 110.75 baru-baru ini. MACD yang memaparkan isyarat bearish yang telah berkurangan serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 111.10.

 

Tahap rintangan: 111.10, 111.45

Tahap sokongan: 110.75, 110.45

 


 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 64.60 baru-baru ini. MACD yang memaparkan isyarat bearish yang telah berkurangan dan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 65.70.

 

Tahap rintangan: 65.70, 66.30

Tahap sokongan: 64.60, 63.55

 


 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1166.00 baru-baru ini. MACD yang telah memaparkan isyarat bias bearish yang telah berkurangan telah mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1177.00

 

Tahap rintangan: 1177.00, 1185.00

Tahap sokongan: 1166.00, 1155.00