31 Julai 2018 Analisis Harian
Dolar susut sementara menunggu keputusan polisi.
Dolar AS telah melanjutkan penyusutannya pada hari Isnin susulan dengan kenaikan Euro dan Pound Sterling sementara para pelabur memantau beberapa siri mesyuarat bank pusat yang telah dijadualkan di dalam minggu ini. Indeks dolar menurun sebanyak 0.34% dan disebut harga berhampiran 94.08 pada awal sesi dagangan Asia. Untuk setakat ini, para pelabur sedang menunggu beberapa keputusan dasar monetari dari bank pusat yang dijadualkan di dalam minggu ini dan ia boleh memberikan hala tuju bagi mata wang masing-masing. Walaupun Bank Pusat AS telah dijadualkan untuk mengumumkan keputusan kadar pada hari Khamis nanti, tiada sebarang prospek bagi kenaikan kadar faedah telah diberikan bagi bulan ini. Menurut kepada Fed Rate Monitor Tool, para pelabur memberikan harga peluang sebanyak 87.8% untuk kenaikan kadar faedah pada bulan September nanti. Sebaliknya, kerugian yang dialami oleh dolar adalah terhad selepas Pending Home Sales dilaporkan bertumbuh sebanyak 0.9%, lebih tinggi daripada ramalan iaitu 0.4% bagi bulan Jun. Apabila dibandingkan dengan mata wang utama yang lain, EUR/USD meningkat sebanyak 0.23% ke $1.1708 sementara Pound Sterling menokok sebanyak 0.22% ke $1.3135 berbanding dengan dolar.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menokok sebanyak 0.03% ke $70.02 setong sementara keuntungan yang dialami adalah terhad sementara para pelabur memberi tumpuan kepada stok minyak global yang makin bertambah. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.06% ke $1,222.05 se troy auns berlatarbelakangkan dolar yang lebih lemah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
11:00 JPY BoJ Monetary Policy Statement
11:00 JPY BoJ Outlook Report (YoY)
Tentatif JPY BoJ Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 09:00 | CNY – Manufacturing PMI (Jul) | 51.5 | 51.4 | – |
| 09:00 | CNY – Non-Manufacturing PMI (Jul) | 55.0 | 55.0 | – |
| 11:00 | JPY – BoJ Interest Rate Decision | -0.10% | -0.10% | – |
| 15:55 | EUR – German Unemployment Change (Jul) | -15K | -10K | – |
| 17:00 | EUR – CPI (YoY) (Jul) | 2.0% | 2.0% | – |
| 20:30 | USD – Core PCE Price Index (YoY) (Jun) | 2.0% | 2.0% | – |
| 20:30 | USD – Employment Cost Index (QoQ) (Q2) | 0.8% | 0.7% | – |
| 20:30 | USD – Personal Income (MoM) (Jun) | 0.4% | 0.4% | – |
| 20:30 | USD – Personal Spending (MoM) (Jun) | 0.2% | 0.4% | – |
| 20:30 | CAD – GDP (MoM) (May) | 0.1% | 0.3% | – |
| 22:00 | USD – CB Consumer Confidence (Jul) | 126.4 | 126.5 | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3150. Petunjuk MACD yang telah memaparkan pembentukan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah garisan trend menaik sampingan.
Tahap rintangan: 1.3130, 1.3150
Tahap sokongan: 1.3100, 1.3070
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1700. Namun, petunjuk MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1720, 1.1740
Tahap sokongan: 1.1700, 1.1685
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah keluar dari paras bawah segi tiga menyempit. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 110.70.
Tahap rintangan: 111.00, 111.25
Tahap sokongan: 110.70, 110.50
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menaik sementara ia telah melantun dari tahap sokongan 69.80 baru-baru ini. Namun, petunjuk MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 70.30, 70.75
Tahap sokongan: 69.80, 69.20
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang di dalam segi tiga menyempit sementara kini menguji di paras atasnya. Oleh kerana kekurangan isyarat yang teliti dari segi pergerakan harga dan MACD, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih lanjut telah muncul sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1226.50, 1230.00
Tahap sokongan: 1222.00, 1219.00